11/06/2020
Apa itu produk Takaful bertempoh?
Produk Takaful bertempoh merupakan produk yang menggunakan konsep hibah takaful. Kelebihan produk ini adalah caruman bulanan yang agak rendah berbanding dengan produk lain.
Kelebihan produk Takaful bertempoh ini;
1. Harga caruman bulanan tidak akan berubah mengikut tempoh (term) yang diambil oleh pencarum.
Contoh:
Caruman bagi pencarum berumur 30 tahun;
Peserta lelaki – Term 20 Tahun
RM 46.38 (Pampasan 200k)
RM 69.56 (Pampasan 300k)
RM 92.75 (Pampasan 400k)
Selama 20 tahun harga ini akan kekal tanpa ada sebarang perubahan.
2. Harga caruman mampu milik. (Berbeza mengikut umur dan jantina)
Term 20 Tahun
RM 46.38 (Pampasan 200k) Peserta Lelaki
RM 41.65 (Pampasan 200k) Peserta Perempuan
3. Ada autorenew selepas polisi matang (ada semakan harga)
Contoh selepas 20 tahun, tahun ke 21 polisi akan autorenew walaubagaimana pun, akan ada semakan harga.
Isu yang sering ditanya berkaitan produk ini;
1. Cashvalue; Produk ini tiada cashvalue. Bermaksud sekiranya tidak berlaku apa-apa kepada pencarum apa akan terjadi kepada sumbangan. Untuk pengetahuan semua, produk ini berfungsi sebagai perlindungan dan bukannya bersifat pelaburan. Pada masa yang sama, produk ini menawarkan caruman bulanan yang rendah dengan nilai pampasan yang tinggi. Oleh itu, sekiranya berhasrat untuk dapatkan produk perlindungan yang mempunyai cashvalue, ada dan harga caruman sedikit mahal dan jumlah caruman tidak dijamin kekal.
Perlu diingat bahawa caruman Takaful bermaksud tabungan bersama yang mana dana yang dikumpul akan digunakan sekiranya salah seorang pencarum ditimpa musibah.
2. Merasakan rugi;
Seperti yang saya terangkan sebentar tadi, produk ini menawarkan caruman bulanan yang rendah dengan jumlah pampasan yang tinggi.
Contoh sumbangan;
Peserta lelaki – Term 20 Tahun
RM 46.38 (Pampasan 200k)
RM 46.38 X 20 Tahun (240 bulan) = RM 11,131.20
Hanya dengan caruman sebanyak RM 11,131.20 (20 Tahun) anda boleh menyediakan pampasan berjumlah 200,000.00 kepada yang tersayang.
Berbaloi atau tidak?
Produk yang ditawarkan di Takaful Ikhlas berkaitan produk ini;
1. IKHLAS Value Term Takaful – memberi perlindungan kepada kematian dan lumpuh.
2. IKHLAS Preferred Term Takaful – memberi perlindungan kepada kematian, lumpuh dan penyakit kritikal.
Nasihat saya;
1. Sebaik-baiknya, lihat tanggungan semasa kita untuk memudahkan kita melihat jumlah pampasan yang setimpal.
2. Faham terms polisi yang dilanggan supaya bersesuaian.
3. Lihat komitmen bulanan. Tiada produk yang sempurna, setiap produk ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Sebarang pertanyaan boleh klik pautan di bawah
http://nak.la/6kDJ