22/09/2022
Alhamdulillah..
Agensi saya ada seramai 200 lebih takaful advisor, jadi berada di dalam top 10 pun saya dah kira sebagai pencapaian terbaik untuk diri saya sendiri setakat ini. Agak struggle jugak sebenarnya untuk gigih mendaki gunung cabaran semata-mata nak masuk dalam finalis 10 terbaik ni.
Saya sememangnya terlalu kerdil dan takkan mampu bersaing dengan orang lain yang lebih hebat dan berpengalaman, jadi saya cuma bersaing dengan diri saya sendiri, saya akan pastikan pencapaian saya hari ini wajib lebih bagus dari pencapaian saya semalam.
Kenapa kena share benda ni? Sebab saya sangat berterima kasih kepada semua klien takaful yang menyokong perjalanan karier saya sehingga kini, terharu dengan kepercayaan yang diletakkan di atas bahu saya untuk jaga semua polisi anda walaupun saya masih setahun jagung dalam bidang takaful.
Saya juga nak beritahu anda yang saya memang serius dan sangat 'passionate' once saya melangkahkan kaki masuk dalam bidang takaful. Saya terus join sebagai full timer dan akan tumpukan 100% fokus saya di sini.
Terima kasih, terima kasih dan saya mohon anda setia menyokong saya, sebab saya teruja nak berada di tempat pertama, kenapa nak jadi no 4 kalau saya boleh berada di tangga no 1 kan? Insyaallah one fine day. Saya nak kopipes leader saya yang berada di tempat pertama tu, Tunku Ketri Eliana yang baru je dapat title MDRT, I wanna be like her....
It's not how fast you go,
It's how long you will stayπ
Zeta Salim
Your Trusted Advisor
Kenanga & HLMT