04/10/2021
πππ₯π¨π¦ππ π―π±-π°π± π§πππ¨π‘? ππ‘π π° π£ππ₯πππ₯π π¬ππ‘π π£ππ₯ππ¨ ππ‘ππ π§πππ¨! π©π»β‘οΈπ§βπ¦³
Kalau sekarang ni usia anda adalah antara 35 hingga 45 tahun, satu benda yang anda patut tahu adalah dana persaraan. π·π·π·
Jom Aina cerita sikit pasal benda ni.
Kenapa kena ready dana persaraan masa usia kita dalam lingkungan 35 hingga 45 tahun?
1) LANGSAIKAN HUTANG π€π€
Dalam tempoh usia tu, kita kena usaha langsaikan semua hutang yang ada.
Kalau masih ada hutang dalam jumlah yang banyak sampai usia lewat 40-an, kedudukan kewangan kita sebenarnya dalam keadaan kurang stabil.
Selain itu, jangan buat hutang lagi. Fokus bayar hutang saja.
2) KONSISTEN MENABUNG π°π°π°
Ketika usia sebegini, kita kena fokus penuhkan tabungan. Tak kisahlah cara macam mana tapi kena peruntukkan sejumlah wang daripada mana-mana sumber pendapatan yang ada.
Simpan duit. Ini sangat penting.
3) TAJAMKAN SKILL π€Ίπ€Ίπ€Ί
Apa lagi mengenai dana persaraan yang perlu kita tahu?
Tajamkan skill yang ada. Ini kerana selepas bersara nanti, skill inilah yang boleh digunakan untuk buat income.
4) DISIPLIN RANCANG KEWANGAN πππ
Disiplin dan cerewet dalam bab merancang kewangan. Jangan boros tak menentu hala. Jangan ambil remeh bab kewangan. Apabila dah bersara nanti, kita juga yang susah apabila kewangan kita tak kukuh.
Jadi, usia 35 hingga 45 tahun adalah fasa penentu kedudukan kewangan selepas bersara nanti. Jadi, mari mulakan langkah simpanan dan pelaburan anda utk masa depan yg lebih tenang dan tenteram β€οΈβ€οΈ