29/06/2021
Selain daripada berkongsi kesedaran takaful, salah satu tugas sebagai Takaful Advisor ialah menolong client sekiranya mereka memerlukan rawatan di hospital.
++++
Seawal subuh saya dah menerima panggilan daripada client yang mahu mendapatkan rawatan. Sebagai seorang Takaful Advisor, kita perlu pastikan medical card mereka masih active dan masih boleh digunakan. Kita juga perlu cek samada sakit mereka itu dilindungi oleh pihak takaful. Kadang-kadang kita juga boleh membantu mereka menelefon hospital-hospital untuk bertanyakan adakah masih ada katil. Ini bagi memudahkan urusan pendaftaran mereka di hospital tersebut.
+++++
Kadang- kadang prosesnya agak rumit terutama skali melibatkan caruman yang baru. Apabila caruman masih belum cukup 120 hari, akan terdapat sedikit pertanyaan dari pihak takaful mengenai penyakit yang ditanggung oleh client sekiranya diragui.
Yang ni boleh buat gaduh! Trust me!
+++
Oleh sebab itu kita selalu pesan kepada khalayak ramai supaya ambillah medical card seawal usia. Penyakit menjelma tidak kira masa.
+++
Terasa satu achievement besar sekiranya dapat menolong client mendapatkan rawatan perubatan di hospital swasta.
Kerja kita mudahkan hal orang lain. Jom join geng saya!