26/05/2026
ππππ ππππ: πππππ πππππ, πππππ ππππππππ
Masuk usia 40an, ramai yang baru mula sedar dengan status kewangan, bukan sebab gaji tidak cukup, tetapi sebab dulu tidak pernah ada perancangan kewangan. Ramai yang dulunya tenang dengan pendapatan tetap, hari ini mula terasa sempit, bil bertambah, hutang menekan, dan simpanan? Hampir tiada.
Hakikatnya, masalah kewangan di usia 40an tidak berlaku semalam. Ia berpunca daripada sikap bertahun-tahun. Semasa muda, duit masuk habis dibelanjakan.
Tidak sempat fikir soal tabungan, kerana pada waktu itu rasa masih panjang lagi perjalanan.
Bila masa berlalu, tabiat itu jadi beban. Gaya hidup melebihi kemampuan, hutang semakin bertambah, dan bila diuji hilang pekerjaan atau kesihatan terganggu, hidup menjadi gelap kerana tiada asas kewangan yang kukuh. Inilah realiti yang ramai sedang hadapi hari ini. Bukan kerana mereka tidak pandai mencari duit, tetapi kerana tidak pernah disiplin urus duit.
Usia 40an bukan lagi masa untuk eksperimen. Jika tabungan belum ada dan hutang masih banyak, inilah masa untuk mula buat perubahan besar. Mulakan dengan asas:
1. Simpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan setiap bulan.
2. Belanja selepas menabung, bukan menabung selepas belanja.
3. Elakkan hutang ansuran
4. Tambah ilmu kewangan secepat mungkin.
5. Sertai circle yang betul iaitu circle yang bercakap tentang menabung, melabur dan membina masa depan.
6. Setiap kali pendapatan bertambah, naikkan simpanan, bukan gaya hidup.
Kerana hakikatnya, status kewangan kita hari ini bukan disebabkan nasib. Ia hasil daripada tabiat kita bertahun-tahun. Dan tabiat yang sama juga akan tentukan siapa diri kita lima atau sepuluh tahun akan datang. Semoga perkongsian saya bermanfaat dan boleh follow saya untuk info lanjut tentang emas.