30/03/2026
Struktur Tanggungjawab Syarikat
Ramai usahawan tahu berniaga, tapi tak semua jelas tentang struktur dalam syarikat sendiri.
Secara ringkas:
1️⃣Pemegang saham = penyumbang modal & pemilik syarikat
2️⃣Pengarah = urus dan buat keputusan syarikat
C-Level (CEO, CFO, dll) = bantu jalankan operasi harian bila syarikat dah berkembang
3️⃣Setiausaha syarikat, juruaudit & ejen cukai = pastikan syarikat patuh undang-undang dan kewangan teratur
Dalam kebanyakan SME, pemegang saham dan pengarah biasanya orang yang sama, especially masa baru mula.
Bila syarikat makin stabil, barulah struktur ni berkembang dan lebih tersusun.
💡 Faham struktur ni penting supaya bisnes kita bukan saja jalan, tapi juga tersusun & patuh.