10/10/2025
‼️REALITI SEBENAR‼️
💸 Fakta Kos Urus Pusaka
1. Kos buka fail pusaka bukan percuma na.
Kat Amanah Raya, ada caj buka fail, ikut nilai harta. Lagi besar harta, lagi tebal poket kena buka.
2. Kos guaman boleh sampai ribu-ribu.
Kalau lantik peguam urus dokumen faraid atau hibah, minimum RM1k–RM5k, ikut kes rumit ke tak.
3. Amanah Raya bukan charity body.Diorang ambil upah pengurusan (service charge), biasanya 1%–5% daripada nilai pusaka. Bayangkan harta RM500k, caj boleh cecah RM25k.
4. Kos mati bukan setakat kain kapan.Nak urus harta si mati, kadang kena bayar denda cukai tertunggak, cukai tanah, bil-bil lama ,semua tu kena “clear” dulu.
5. Kalau ada rumah, tunggu loan settle.Rumah ada hutang bank? Waris kena teruskan bayaran bulanan ,atau bank boleh tarik. Sedih tapi real.
6. Nak mohon sijil faraid pun ada kos.Sijil faraid dari Mahkamah Syariah biasanya ambil masa & kos guaman tambahan. Nak cepat, duit pun cepat keluar.
7. Dokumen banyak, masa pun mahal. Salinan geran, surat mati, IC, akaun bank — semua kena sahkan & sediakan. Kalau silap, ulang semula = tambah kos & masa.
8. Kalau ada pertikaian waris, siap sedia duit lagi.Bila ada yang berebut, masuk mahkamah = kos naik, emosi pun koyak.
9. Amanah Raya tolong urus, tapi bukan free rider.Diorang bantu, tapi semua ada caj – termasuk urus akaun, surat kuasa mentadbir, dan pembahagian harta.
So Nak elak semua ni? Buat perancangan awal.
Buat hibah, wasiat, atau takaful siap-siap masa hidup. Murah sikit dari bayar kos pusaka lepas mati.
Abdul Rahman
Mr.Takafulman