UiTM Puncak Perdana

UiTM Puncak Perdana Menyalurkan Info tentang aktiviti/program yang bakal diadakan untuk pelajar dan juga staf UiTM☺️☺️

JUMAAT | 31 OKTOBER 2025Assalamualaikum W.B.T,Salam Sejahtera,Salam UiTM Dihatiku,🩸 PROGRAM DERMA DARAH 🩸Dengan segala h...
03/11/2025

JUMAAT | 31 OKTOBER 2025

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku,

🩸 PROGRAM DERMA DARAH 🩸

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Kesihatan Puncak Perdana dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) akan menganjurkan satu Program Derma Darah seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 6 November 2024 (Rabu)
🕘 Masa: 9.30 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: PTAR, Kampus Puncak Perdana

Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada warga kampus menunaikan tanggungjawab sosial dengan menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan.

Kriteria asas penderma adalah seperti yang tertera dalam poster.

Semua pelajar dan staf dijemput hadir serta digalakkan menyertai program ini bagi menyemai semangat prihatin dan membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

✨ “Selamatkan Nyawa Dengan Darah Anda” ✨

Anjuran:
Unit Kesihatan Puncak Perdana
dengan kerjasama
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)

JUMAAT | 31 OKTOBER 2025Assalamualaikum W.B.T.Salam Sejahtera,Salam UiTM Dihatiku 🌸📢 JEMPUTAN PROGRAM JELAJAH SIHAT HIV ...
03/11/2025

JUMAAT | 31 OKTOBER 2025

Assalamualaikum W.B.T.
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku 🌸

📢 JEMPUTAN PROGRAM JELAJAH SIHAT HIV 2025

“Kesejahteraan Remaja Bebas HIV”
Red Flag: HIV dan Belia

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam akan menganjurkan Program Jelajah Sihat HIV 2025 seperti butiran berikut:

🗓️ Tarikh: 6 November 2025 (Khamis)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: PTAR, UiTM Kampus Puncak Perdana

🎙️ Tajuk Ceramah 1:
🕘 9.00 pagi – 10.00 pagi
“Remaja Alert Bukan Remaja Lalai”

🎤 Tajuk Ceramah 2:
🕙 10.00 pagi – 11.00 pagi
“HIV – Isu, Realiti & Cabaran”

✨ Aktiviti Menarik:
🩸 Derma Darah
💉 Saringan Kesihatan
🧠 Ceramah & Pameran Kesihatan
🎯 Kuiz & Permainan

🍽️ Sarapan ringkas disediakan untuk 100 peserta terawal!
🏅 Penyertaan akan menerima eMerit.

📌 Pra-pendaftaran (Terhad kepada 100 pelajar):
🔗 https://forms.gle/5htPmeV9LKNbzsGu6

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu, menjaga kesihatan dan mengumpul eMerit anda! 💪
Semua pelajar

KHAMIS | 19 JUN 2025 | MAKLUMANAssalamualaikum WBT,Salam Sejahtera,Salam UiTM Dihatiku,Salam Malaysia Madani.PROGRAM SEJ...
19/06/2025

KHAMIS | 19 JUN 2025 | MAKLUMAN

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Dihatiku,
Salam Malaysia Madani.

PROGRAM SEJIWA SIHAT 2025

Merujuk perkara di atas, pihak Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor anjuran bersama Unit Kesihatan UiTM Kampus Puncak Perdana dengan sukacitanya akan menganjurkan Program Sejiwa Sihat 2025 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 21 Jun 2025 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Masjid Ar-Raudhah Seksyen 10, Puncak Perdana

Pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh sertai, antaranya adalah:
- Aktiviti _Brisk Walk_ sambil Mengutip Sampah
- Aktiviti _Art Therapy_
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Sehubungan dengan itu, para mahasiswa yang berminat boleh mengisi borang pendaftaran melalui pautan berikut:

Pendaftaran Aktiviti _Brisk Walk_
sambil Mengutip Sampah
🔗https://forms.gle/3rq1DiZq3HxHoFWd7

Pendaftaran Aktiviti _Art Therapy_
🔗https://forms.gle/sRMXoxuVc6eRkGic6

Pendaftaran Pemeriksaan Kesihatan Percuma
🔗https://forms.gle/7xnEdedCPTXva7N1A

Jika terdapat sebarang pernyataan, sila hubungi:

Puan Azura - https://wa.me/60176378761
SMPP Najwa - https://wa.me/60184000692

Sekian, terima kasih.

_“UNGGUL, CEMERLANG, SINERGI”_

Yang Menjalankan Amanah,

BIRO PENDAFTARAN DAN JEMPUTAN
Sejiwa Sihat 2025
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Selangor
Sesi 2024/2025




❤️ *Jom Derma Darah, Selamatkan Nyawa!*❤️Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sertailah *Kempen Derma Darah Perdana: _Ui...
13/06/2025

❤️ *Jom Derma Darah, Selamatkan Nyawa!*❤️

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sertailah *Kempen Derma Darah Perdana: _UiTM Heartbeat – Nationwide Blood Drive for a Better Tomorrow_* yang julung kali diadakan pada hari yang sama di seluruh UiTM satu Malaysia sempena Hari Penderma Darah Sedunia! 🩸

📍 *Lokasi bagi UiTM Cawangan Selangor:*
*PTAR Kampus Puncak Alam, PTAR Kampus Puncak Perdana & Lobi Fakulti Perubatan Kampus Sungai Buloh*

📆 *Tarikh:* Isnin, 16 Jun 2025
⏰ *Masa:* 10.00 pagi – 4.00 petang

*Syarat Khas Penderma Darah:*
🩺 Sihat tubuh badan
🎂 Umur 18 – 60 tahun
⚖️ Berat badan 45kg ke atas
🕒 Tidur minimum 5 jam
🚫 Tiada masalah kesihatan
🍽️ Sudah mengambil makanan sebelum menderma
⚠️ Tidak terlibat dalam aktiviti berisiko tinggi
📅 Pendermaan terakhir mestilah 3 bulan lepas
🚺 Tidak mengandung / menyusu / haid (bagi wanita)
🏠 Telah menetap di Malaysia sekurang-kurangnya 1 tahun (bukan warganegara)

📢 Terbuka kepada semua *warga UiTM, alumni, rakan industri & komuniti setempat* yang memenuhi kriteria penderma.

Assalamualaikum wbt, "Perangi Denggi, Gempur Aedes!"  #🦟❗ WEBINAR DENGGI SIRI 2/2025: LANGKAH 10 MINIT – HAPUSKAN AEDES,...
07/05/2025

Assalamualaikum wbt,

"Perangi Denggi, Gempur Aedes!"
#🦟❗ WEBINAR DENGGI SIRI 2/2025: LANGKAH 10 MINIT – HAPUSKAN AEDES, CEGAH DENGGI ❗🦟

Skuad Communication For Behavioral Impact (COMBI) UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana menjemput semua pelajar untuk menyertai Webinar Denggi Siri 2/2025: Langkah 10 Minit – Hapuskan Aedes, Cegah Denggi

📅 Tarikh: 9 Mei 2025 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.30 malam – 9.30 malam
📍 Platform: Facebook Live
🔗 https://www.facebook.com/UiTM.Puncak.Perdana

✅ E-merit Kolej disediakan
❗ Terbuka kepada semua pelajar

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 Aisyah: wa.link/+601161006388
📞 Auni: wa.link/mw145u

"Perangi Denggi, Gempur Aedes!" ❌🦟



02/05/2025

INFO SIHAT UK SIRI 4/25: KENALI PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

Mutakhir ini, kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) semakin meningkat. Justeru itu, pihak Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah menyediakan poster tips kesihatan kepada semua warga UiTM Cawangan Selangor bagi mengetahui tentang penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) ini dan cara - cara pencegahannya. Semoga bermanfaat untuk semua.

02/05/2025
28/04/2025
Program Gema Syawal yang berlangsung pada 27 April, jam 3.00 petang merupakan sebuah inisiatif bermakna bagi meraikan bu...
28/04/2025

Program Gema Syawal yang berlangsung pada 27 April, jam 3.00 petang merupakan sebuah inisiatif bermakna bagi meraikan bulan kemenangan, di samping memperkukuh keimanan serta meningkatkan ketakwaan dalam kalangan mahasiswa. Sambutan ini bukan sekadar sebuah acara perayaan, malah menjadi simbol kesatuan dan keharmonian dalam komuniti UiTM Kampus Puncak Perdana. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Jasmine dengan bimbingan staf residen kolej selaku penasihat program, serta mendapat kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dan Persatuan Mahasiswa Hadhari Puncak Perdana.

Seramai 600 peserta yang terdiri daripada kakitangan UiTM Puncak Perdana dan pelajar Kolej Jasmine telah turut serta memeriahkan program ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kemeriahan Gema Syawal ini terus mengukuhkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kampus!



Unit Kesihatan UiTM Puncak Perdana menyambut baik Program “Jom Baca Bersama 10 Minit”!Kami menyokong penuh inisiatif ini...
23/04/2025

Unit Kesihatan UiTM Puncak Perdana menyambut baik Program “Jom Baca Bersama 10 Minit”!

Kami menyokong penuh inisiatif ini yang membawa semangat cintakan ilmu dan budaya membaca dalam kalangan warga kampus. Luangkan 10 minit untuk membaca dan rasai ketenangan dalam kesibukan harian.

Tarikh :23 April 2025
Masa :11.00 - 11.10 pagi
Lokasi :Iqra’ Corner, Unit Kesihatan UiTM Puncak Perdana
Tema :“Nikmati Saat Ini”

Jom baca bersama-sama!















Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,  YBhg. Prof. Emeritus / Datuk / Dato / Datin / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tu...
21/04/2025

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Emeritus / Datuk / Dato / Datin / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan

Unit Kesihatan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana dengan sukacitanya ingin menjemput semua untuk menghadiri Webinar HealthyU Siri 02/2025 anjuran kami seperti di butiran berikut :

Tajuk : Webinar mengenali MPOX, CHICKENPOX DAN HFMD PANDUAN UNTUK WARGA
Tarikh : 24 April 2025
Masa : 10.00 pagi -11.30 pagi
FB LIVE : UiTM Puncak Perdana
Link : https://www.facebook.com/UiTM.Puncak.Perdana

Jam latihan untuk staf uitm dan E-SIJIL
Jom bersama kami bagi menambah ilmu pengetahuan!

Tahniah Unit Kesihatan Kampus Puncak Perdana kerana telah terpilih sebagai pemenang pertandingan Iqra Corner Terbaik anj...
13/11/2024

Tahniah Unit Kesihatan Kampus Puncak Perdana kerana telah terpilih sebagai pemenang pertandingan Iqra Corner Terbaik anjuran PTAR Kampus Puncak Alam 👏🏻👏🏻👏🏻

Address

Kampus Puncak Perdana, Lot 6
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 13:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 20:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UiTM Puncak Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share