09/01/2023
9 Sebab & Manfaat Kenapa Perlu Hibah Takaful
1. Pelupusan dan Pengurusan Hutang.
Ustaz ada pesan bahawa hutang ialah perkara UTAMA yang perlu diselesaikan oleh waris sejurus si mati meninggal dunia dan mayatnya diurus rapi.
Bahkan waris wajib melangsaikan hutang terlebih dahulu sebelum mengurus dan membahagikan harta pusaka si mati kepada waris.
Kerana hutang yang tidak dilunaskan boleh menjadi penghalang si mati menuju ke syurga.
Sabda Rasulullah S.A.W;
“Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali HUTANG.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam hadis lainnya;
“Sesungguhnya Roh orang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya. Sehinggalah hutangnya dijelaskan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Tirmizi)
Jadi mana datangnya wang besar untuk membayar hutang-hutang besar si mati?
Dan buat waris yang tidak bekerja; contoh suri rumah yang tiada pendapatan, bagaimana Puan dapat membayar hutang piutang suami yang telah pergi dengan serta merta?
Dan bagaimana p**a buat waris yang tidak mengerti apa-apa; contoh anak bawah 16 tahun, bagaimana anak-anak kita membayar hutang piutang kita setelah kita (ibu atau bapa) pergi dengan serta merta?
Mungkin mereka boleh fikir untuk lakukan ikhtiar sebagai waris di bawah,
a) keluarkan wang simpanan di bank, ASB, unit trust.
b) jual rumah, kereta, motor.
c) minta derma dari keluarga.
Tapi sesiapa yang pernah kehilangan ahli keluarga tahu bahawa perkara di atas ini bukan senang dilakukan selepas pemilik meninggal dunia.
Ini kerana,
a) Asset tunai, rumah, kereta akan di bekukan. Jika jual rumah, waris nak tinggal mana?
b) Pindah milik, penjualan terbatas & susah. Perlu masuk mahkamah, surat kuasa.
c) Keluarga kita tak mampu bayar semua hutang yang kita cipta.
d) Jika kita nak jual barang secara terdesak, kita selalu rugi kerana dapat pada harga yang amat rendah.
Jadi kita yang ingin masuk syurga, mempunyai hutang piutang yang banyak, dan mempunyai waris, sediakan Hibah takaful terbaik untuk bantu mencapai cita-cita anda setelah dicabut nyawa.
TIPS: Hibah takaful boleh dijadikan MLTA, MLTT kepada pinjaman perumahan atau sewa beli kereta anda. Hubungi saya dipenghujung artikel ini untuk maklumat lanjut.
2. Melaksanakan Upah Haji atau Badal Haji.
Waris juga adalah digalakkan membuat Upah Haji atau Badal haji bagi si mati. Di samping itu, waris juga digalakkan untuk menunaikan haji bagi memenuhi rukun Islam ke 5 bersama-sama kedua-dua orang tua yang masih hidup.
Rukun Islam mengikut turutan
1. Mengucapkan dua kalimah syahadah dan menunaikan haknya.
2. Menunaikan fardhu solat lima waktu (Subuh, Zuhur, Asar, Marghrib, Isyak).
3. Berpuasa wajib pada bulan Ramadan.
4. Membayar zakat (zakat fitrah, zakat harta).
5. Mengerjakan fardhu haji di Mekah bagi mereka yang mampu.
Perkara ini ada disebut dalam hadis Riwayat Bukhari seperti yang ditulis di bawah,
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa seorang wanita dari Juhainnah datang kepada Nabi S.A.W dan bertanya,
”Sesungguhnya ibuku nadzar untuk haji, namun belum terlaksana sampai ia meninggal, apakah saya harus melakukan haji untuknya?” Rasulullah SAW menjawab, “Ya, bagaimana pendapatmu kalau ibumu mempunyai hutang, apakah kamu akan membayarnya? Bayarlah hutang Allah, karana hutang Allah lebih berhak untuk dibayar.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Dari rujukan kami, kos upah haji (Badal haji) bermula dari RM3000.00 untuk seorang. Ia tidaklah setinggi seperti bayaran bulanan Hibah takaful jika dibandingkan dengan manfaat Hibah di dunia dan di akhirat.
Namun harus diingat bahawa upah haji (Badal haji) juga ada syaratnya.
Syarat Badal Haji
1. Tidak sah badal haji bagi seseorang yang mampu melaksanakannya.
2. Sah badal haji kepada mereka yang telah meninggal dunia dan mampu melaksanakan semasa hidup, orang yang sakit tidak ada harapan sembuh seperti penyakit kronik, hemodialisis dan lain-lain atau mereka tidak ada keupayaan untuk melaksana ibadat haji.
3. Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.
4. Sah bagi wanita mengambil upah haji untuk lelaki dan sebaliknya.
5. Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.
6. Seseorang yang meninggal dunia yang mempunyai wang dan hartanah maka selayaknya dibadalkan dengan mengunakan hartanya sama ada ia berwasiat atau pun tidak.
7. Meraka yang mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh contohnya, kencing manis tahap kritikal atau sakit buah pinggang yang perlu pada hemodialisis.
Hibah takaful sebagai modal mengurus harta pusaka
3. Modal Mengurus Harta Pusaka.
Tiada apa yang percuma di dunia ini. Setuju?
Nak mati perlukan duit untuk pengurusan pengkebumian. Tinggalkan duit dan harta pusaka banyak pun perlukan duit dan modal untuk menguruskannya. Lagi besar harta pusaka, lebih besar modalnya.
Bak kata Apek dalam filem Madu 3 lakonan Tan Sri P. Ramlee, "Hidup pun susah, mati pun susah."
Waris memerlukan modal berupa tunai bagi menguruskan harta pusaka yang digunakan untuk perlantikan peguam dan kos-kos sampingan.
Pengurusan harta pusaka memakan masa yang panjang jika si mati tidak membuat wasiat bertulis semasa hidupnya.
Alangkah bagusnya jika anda tinggalkan hibah takaful untuk keluarga. Ini kerana keluarga anda tidak perlu mengharungi proses pengagihan harta yang rumit. Ini kerana melalui hibah bersyarat ini, anda telah memastikan wang yang disediakan untuk waris akan dibayar terus kepada waris anda.
Kos-kos Mengurus Harta Pusaka
1. Caj pengurusan harta oleh syarikat amanah. Contoh, Amanah Raya Berhad.
2. Caj surat kuasa tadbir dan perintah pembahagian oleh Pejabat Pesaka Kecil.
3. Kos sampingan dibayar kepada pihak guaman atau syarikat amanah.
4. Kos sampingan persendirian untuk urusan dengan pihak guaman, syarikat amanah dan sesama waris.
Jika waris tidak mempunyai modal atau duit untuk bayaran pengurusan harta pusaka, tentunya ia akan mendatangkan kesusahan kepada waris dan keadaan menjadi lebih buruk apabila keluarga yang lain bertikam lidah menuntut hak bahagian masing-masing.
Bayangkan waris ialah wanita dan seorang suri rumah yang mempunyai pendapatan terhad. Atau anak yang masih kecil ditinggal yatim piatu bersama pakcik makcik yang tidak bermodal untuk mengurus harta pusaka anda serta kos menjaga anak anda.
Hasilnya, harta pusaka tidak bermanfaat kepada waris kerana tidak boleh diuruskan kerana tiada duit dan modal mencukupi.
Dengan adanya Hibah takaful ini dapat memastikan waris yang anda namakan menerima jaminan kewangan dan modal segera untuk menguruskan harta pusaka yang anda tinggalkan untuk mereka.
4. Duit Sara Diri dan Nafkah Keluarga
Bukan semua kematian itu sama.
Kematian seseorang ahli keluarga yang membawa sumber rezeki utama keluarga adalah lebih pedih. Ahli keluarga ini tidak semestinya lelaki sahaja atau sang suami. Ia boleh jadi sesiapa saja yang dianggap "breadwinner" atau pemberi nafkah.
Kehilangan secara mengejut ini bukan sahaja mendatangkan kesedihan, ia juga akibatkan hilangnya segala pendapatan sara diri dan nafkah bulanan untuk keluarga yang ditinggalkan.
Nafkah isteri, nafkah anak, nafkah ibu bapa - terhenti.
Kehidupan berubah; lebih berjimat dan mungkin tidak dapat meneruskan kehidupan selesa dulu. Tiada lagi makan sedap-sedap 'western' atau "kepci" (baca: KFC) setiap hujung bulan. Tiada lagi kelas tiusyen dan piano anak. Tiada lagi saluran pelbagai TV Astro atau air Coway.
Berubah 180 darjah. Dalam keadaan ini, isteri yang suri rumah mungkin perlu bekerja semula. Bukankah si suami dahulu yang ingin isterinya duduk rumah untuk jaga anak baik-baik? Apakah bisik hati para isteri sekarang?
"Abang... ayang teringin nak abang Hibahkan saya RM500,000.00,"
bisik isteri dalam hatinya.
Manfaat Hibah takaful berupa wang besar yang dihadiahkan (dihibahkan) kepada waris boleh memberi jaminan kewangan kepada mereka untuk menyara diri selepas kematian si mati.
Selain itu, manfaat hibah takaful juga bermakna keluarga anda tidak perlu mengharungi proses pengagihan harta yang rumit. Ini kerana melalui hibah bersyarat ini, anda telah menghadiahkan wang tersebut terus kepada waris anda.
Walaupun duit bukanlah segala-galanya untuk mereka setelah kematian si mati, tetapi segala-galanya memerlukan duit.
5. Sumber Pendapatan Berterusan
Hibah Takaful bersyarat dibayar kepada waris secara sekali gus atau "lump sum" jika berlaku kematian. Jika si mati hibahkan RM1,000,000.00 kepada waris, penerima hibah bersyarat tersebut boleh mendapatkan wang tersebut kerana ia tidak dibekukan selepas kematian si mati.
Memperkenalkan hibah takaful - cara yang lebih mudah untuk memastikan legasi anda kekal ke generasi anda seterusnya. Dengan pengurusan wang hibah yang betul, waris dapat pendapatan pasif dari wang ini. Inilah kelebihan hibah.
Bagi memastikan waris mendapat pendapatan berterusan atau memberikan pendapatan pasif mereka boleh gunakan 2 idea jana pendapatan yang kami kongsikan di bawah ini.
Pelaburan hartanah; sebagai contoh membeli hartanah untuk disewakan bagi mendatangkan hasil sewa bulanan untuk nafkah waris secara berterusan.
Pelaburan ASB (Amanah Saham Bumiputra); pelan pelaburan terhangat untuk orang bumiputera. Jika p**angan 6% setahun, dan boleh berikan p**angan RM60,000.00 setahun, makanya waris boleh dapat purata RM5,000.00 sebulan ya.
Dalam menyediakan hibah takaful untuk keluarga anda perlu fikirkan berapa nilai akhir hibah dan faedahnya kepada waris andai kata anda tiada. Sediakan sejumlah minima 10 tahun gaji anda untuk mereka sebagai tanda sayang anda. Di bawah ini formula cara buat hibah
Formula Hibah
Nilai Hibah = [Pendapatan Sebulan x 12 bulan] x 10 tahun
Mari kita buat kiraan hibah.
Andai kata gaji dan pendapatan lain, berjumlah RM9,000 sebulan.
Nilai Hibah = [Pendapatan Sebulan x 12 bulan] x 10 tahun
Nilai Hibah = [9000 x 12 bulan] x 10 tahun
Nilai Hibah = RM1,080,000
Dari formula hibah di atas, anda perlukan hibah RM1,080,000 untuk keluarga anda.
6. Dana Pendidikan Anak
Anak adalah penyambung zuriat kita.
Bagi menyediakan mereka untuk kehidupan dan masa depan yang lebih cerah, pendidikan menjadi asas utama untuk mereka.
Kita tentunya mahu mereka belajar dengan selesa di sekolah dan seterusnya memberikan mereka peluang melanjutkan pendidikan tinggi di universiti ternama.
Jangan jadikan ketiadaan kita dan kesempitan kewangan sebagai alasan untuk mereka untuk gagal menghadapi masa depan yang cerah.
Bayangkan anda boleh menyediakan kewangan cukup kepada pendidikan anak anda, walaupun anda tiada di sisi mereka. Kini anda boleh, kerana anda berpeluang mendaftar dengan hibah takaful ini. Betapa bahagianya anak anda kerana anda telah merancang masa depan cemerlang buat mereka.
Kos Pendidikan Tinggi Swasta (Setahun) di Malaysia
a) Bacelor Ekonomi; RM37,000.00
b) Bacelor Kejuruteraan; RM48,000.00
c) Bacelor Farmasi; RM45,000.00
d) Bacelor Sains Komputer; RM40,000.00
7. Wakaf dan Sedekah
Wakaf dan sedekah itu penting, tapi ada kalanya kita berasa kita tidak cukup melakukannya sepanjang umur kita. Jika ditakdirkan umur pendek, mungkin tidak sempat melakukan semua itu dalam hidup kita.
Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu) : Sedekah jariah, Ilmu yang dimanfaatkan dan Doa anak yang soleh.” (Hadis Riwayat Muslim)
Benarlah kata hadis, sedekah jariah itu amalan yang berterusan.
Bayangkan anda boleh bersedekah jariah dan wakaf walaupun anda telah meninggal dunia.
Berita baik: Sekarang anda juga boleh sedekah jariah dan wakaf bila anda menyediakan wang hibah takaful yang besar untuk waris anda.
Melalui waris atau syarikat amanah, anda boleh membuat amalan Wakaf dan sedekah dengan niat kebaikan agar mendapat amalan kebaikan berterusan di dunia dan akhirat.
Dengan wang Hibah Takaful, tiada halangan untuk melaksanakan wakaf dan sedekah secara berterusan.
“Bahawa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW: ‘Sesungguhnya ayahku sudah wafat, dia meninggalkan harta dan belum diwasiatkannya, apakah jika disedekahkan untuknya maka hal itu akan menghapuskan kesalahannya?’ Rasulullah SAW menjawab: Na’am (Ya).”
(HR. Muslim No. 1630, Ibnu Majah No. 2716, An Nasa’I No. 3652, Ahmad No. 8486)
8. Simpan Duit Cara Takaful
Salah satu kelebihan hibah takaful ialah ia mempunyai komponen simpanan pelaburan. Di sini sebahagian daripada sumbangan takaful anda akan disalurkan ke akaun simpanan pelaburan anda.
Jika anda mendapati susah untuk menyimpan untuk kegunaan diri sendiri atau keluarga, hibah takaful ialah solusi untuk anda.
Wang di dalam akaun anda, akan dilaburkan dalam dana unit amanah. Pengendali takaful ini akan melaburkan wang anda dalam saham-saham patuh syariah.
9. Perlindungan Kemalangan & Cacat Kekal
Salah satu lagi kelebihan hibah takaful ialah ia juga mempunyai komponen perlindungan kemalangan dan cacat kekal sepenuhnya ("total permanent disability" TPD). Dalam masa anda gigih bekerja dan mencari rezeki, akan ada situasi yang tidak dijangka menimpa.
Statistik kemalangan jalanraya Malaysia tahun 2017, 6740 maut + 3310 cedera parah.
Kemalangan jalanraya sangat sinonim dengan Malaysia. Tidak asing juga kemalangan yang berlaku semasa anda dalam pengangkutan awan dan yang diakibatkan oleh bencana alam.
Bayangkan anda mendapat perlindungan dari semua risiko kemalangan ini dengan hanya satu pelan mudah, hibah takaful ialah solusi mudah untuk anda.
Tahukah Anda?
Produk Hibah Takaful di pasaran mempunyai perlindungan "waiver" dimana anda tidak perlu membayar sumbangan bulanan andaikata anda mengalami 45 Penyakit Kritikal atau dapat cacat kekal sepenuhnya.
Kredit: izwan.co
Fariza Fauzi
Perunding Takaful & Pewarisan Harta