Info Terkini : Refinance Rumah / Pembiayaan semula

Info Terkini : Refinance Rumah / Pembiayaan semula Cepat & Pantas, Mudah & Ringkas, Perunding terlatih & Professional, Selamat & dipercayai, urusan atas Talian & jimat masa.

Salam Maulid RasulullahNabi Muhammad ﷺ12.Rabiul Awwal 1444H/2022اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله سيدنا محمد
08/10/2022

Salam Maulid Rasulullah
Nabi Muhammad ﷺ
12.Rabiul Awwal 1444H/2022

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله سيدنا محمد

[KWSP RM10K, HUTANG, REFINANCE & HARI RAYA]Tinggal 2 hari saja lagi menuju Hari Permohonan Pengeluaran Wang KWSP  one-of...
30/03/2022

[KWSP RM10K, HUTANG, REFINANCE & HARI RAYA]

Tinggal 2 hari saja lagi menuju Hari Permohonan Pengeluaran Wang KWSP one-off RM10k. Mana yang betul2 'sesak' ini lah antara jalan keluar terbaik yg ada.

Tidak salah sekiranya nak ambil RM10k dari simpanan KWSP tapi pastikan ada strategi yang baik. Contoh terbaik adalah untuk selesaikan hutang jahat dan pinjaman peribadi.

Tindakan ini akan dapat membantu kita untuk kecilkan komitment bulanan masa hadapan.

Bagi yang berkira-kira dan ada perancangan untuk buat pembiayaan semula Rumah (Refinance) atau Pinjaman pembiayaan, peluang inilah yg terbaik untuk cantikkan Rekod Ccris/Ctos kita.

Gunakanlah duit hasil titik peluh kita ini untuk bayar segala hutang bank yang tertunggak. Tunggakan sebulan, 2 bulan, berbulan-bulan. Percayalah lepas 15hari rekod Ccris/Ctos kita akan kembali cantik dan lebih mudahlah kita teruskan niat untuk submit permohonan Loan di bank.

Apabila kita menjaga rekod CTOS/CCRIS dengan baik, bank tidak akan ada masalah untuk memberi kita pinjaman lagi pada masa akan datang.

Jika ada lebihan dari pengeluaran KWSP boleh lah kita simpan atau pun gunakan sedikit utk keperluan Hari Raya. Bersederhanalah dalam berbelanja. Yg penting rancanglah sebaiknya.

Semoga niat kita untuk meringankan beban kewangan diri dan keluarga serta akhir nanti bebas dari hutang2 jahat dimakbulkan Allah dan dipermudahkan segala urusan InsyaAllah...Aamin.

'Marhaban YaaRamadhan'

SHARING IS CARING

Kak D
30 Mac 2022.

14/03/2022

Alhamdulillah akhirnya tamat tempoh kuarantin.
Seminggu lebih tak sharing info dan ilmu disini.

27/02/2022

Tips for today:

[JENIS SIDE INCOME YANG BANK BOLEH TERIMA]

Biasanya kita memohon pinjaman rumah kita akan tunjuk 3-6 bulan slip gaji & bank statement kita. Jadi bank tahu berapa pendapatan kita.

Kalau anda ada side income lain, anda WAJIB tunjukkan juga kepada bank.

Tapi apa jenis side income yang bank terima?

Saya bagi contoh side income biasanya bank boleh terima:

✅Rental income

Rental income bank boleh terima dengan syarat perlu sediakan tenancy agreement dengan stamping, 6 bulan bank statement kadar sewa masuk & copy S&P (untuk tunjuk ownership rumah)

✅Kerja Partime

Kerja partime ini bermaksud kena ada slip gaji atau payment voucher sekurang kurangnya 6 bulan.Juga perlu ada 6 bulan bank statement.
Contoh anda kerja partime dengan company ABC. Dalam bank statement pendapatan partime kena dibayar oleh company ABC.

✅Bonus

Kalau company ada bagi bonus, bonus boleh jadi pendapatan anda. Tapi dengan syarat kena ada slip & bank statement

Setiap bank kira pendapatan bonus tak sama. Bank A kira 70% daripada amount bonus, bank B kira 30% daripada amount bonus. Ada juga bank tidak ambil Bonus sebagai pendapatan.

✅ASB loan Dan Fixed Deposit

ASB loan ini kena lebih setahun, baru bank akan consider ini sebagai pendapatan. Kalau baru ambil awal tahun, bank akan anggap ini adalah commitment.

Contoh Ali ambil ASB loan tahun 2019 Ali pernah dapat dividend ASB loan pada tahun2020. Jadi bank akan minta statment dividend ASB tahun 2020 semasa Ali nak beli rumah pada tahun 2021.

Setiap bank kiraan dividend ASB juga tak sama. Ada juga bank tidak terima dividend ASB loan.

Jadi sebaiknya tanya bank dahulu sblm submit atau guna khidmat Mortgage Consultant kerana mereka sedia tahu requirements utk setiap bank di Malaysia ni.

*🏘️Info Tambahan🏘️*
🔑 Sebenarnya masih ada banyak side income yang bank boleh terima.

Beberapa contoh yg boleh saya kongsi:

▶️ Pendapatan E-Hailing (Grab, Lalamove, dll)

▶️ Komisen Dari Jualan as agent/dropship

Dengan syarat setiap income disertakan dgn Komisen statement@payment voucher@payslip dan bank statement utk tempoh 6 bulan.

Pihak bank nak semak setiap transaksi dalam bank statement adalah tally dengan amount slip.Baru akan consider sbg income.

🔑Sama juga seperti diatas bukan semua bank boleh terima. Nasihat saya anda kena survey lah skit ya atau guna khidmat Mortgage Consultant 😊

Bagi yg planning nak apply loan, nak buat refinance 6bulan atau setahun dari skrg anda dah boleh lah start cantik kan ctos/Ccriss dan juga filing side income anda.

Semoga bermanfaat.

Nak dibantu utk cantikkan docs?

Klik link wasap dibawah

20/02/2022

Musim COVID-19 ini menyebabkan ramai orang menghadapi masalah kewangan.

KOMITMEN Bulanan semakin TINGGI ini menjadi punca segala beban asas kehidupan!

Korang nak selesaikan masalah Hutang yang Tinggi ni dan dapat Reserve CASH ?

Korang ada masalah komitmen bulanan yang tinggi, tapi tidak tahu cara nak selesaikan?

Dah penat nak cari bank untuk apply loan rumah lagi? Sebab permohonan pinjaman rumah telah ditolak oleh Bank ! Adoi...

Nak buat Refinance Rumah tapi tidak tahu pilih mana satu bank yang boleh lulus?

Jangan risau! Kak D boleh bantu buat Analisis Khas untuk Kredit Profile korang.

Kita akan pilih bank yang paling sesuai untuk Refinance Loan Rumah korang 🤗




[Kadar Faedah Pinjaman Perumahan lebih Rendah. Inilah masanya!]"10 tahun lepas interest untuk Pinjaman perumahan adalah ...
16/02/2022

[Kadar Faedah Pinjaman Perumahan lebih Rendah. Inilah masanya!]

"10 tahun lepas interest untuk Pinjaman perumahan adalah 4.5%.

Tetapi sekarang minimum interest untuk Pinjaman perumahan hanya 3.0%. Malah Ada case bank boleh offer 2.8% jika kelayakan sgt baik."

Secara asasnya, refinance bermaksud 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗿𝘂 di bawah terma yang berbeza.
Sekali dengar, nampak macam refinance rumah bukanlah satu perkara yang bagus. Tapi dgn kadar interest yg rendah inilah peluang yg boleh diambil. Refinance jika diguna dan diurus dengan betul, ia boleh membantu anda dari segi kewangan.

Malah dalam sesetengah kes, membantu anda meningkatkan pendapatan!

Nak dibantu? Klik link dibawah

https://wa.me/601162062900

FCA - Mortgage Specialist
𝑨 𝑵𝒂𝒎𝒆 𝒀𝒐𝒖 𝑪𝒂𝒏 𝑻𝒓𝒖𝒔𝒕

Salam Jumaat yg Barakah. Selamat menjamu selera. Makan apa tengahari ni? Sambil2 rehat Hari Jumaat break lama ni if nak ...
11/02/2022

Salam Jumaat yg Barakah. Selamat menjamu selera. Makan apa tengahari ni? Sambil2 rehat Hari Jumaat break lama ni if nak tau apa2 pasal refinance ke, check Market value or check kelayakan boleh jer roger Kak D 😀

https://wa.me/601162062900




[MACAM MANA BANK KIRA PENDAPATAN CLIENT YANG BERKERJA SENDIRI?]"Saya kerja sendiri macam mana nak buat loan beli rumah? ...
07/02/2022

[MACAM MANA BANK KIRA PENDAPATAN CLIENT YANG BERKERJA SENDIRI?]

"Saya kerja sendiri macam mana nak buat loan beli rumah? Boleh ke?"

Jawapannya boleh.

Bank akan kira keseluruhan jumlah yang masuk ke dalam akaun perniagaan setiap bulan.

Sebab itu penggunaan akaun semasa digalakkan untuk setiap pemilik bisnes kerana penyata akan dikeluarkan secara bulanan. Tak macam akaun simpanan.

Satu nasihat saya, pastikan semua duit perniagaan masuk ke dalam akaun perniagaan sejurus tutup perniagaan setiap hari.

Tak kira korang berniaga kat pasar malam ke, bisnes trading yang gunakan wang tunai ke, sentiasa pastikan duit tu korang bank in dalam satu akaun je.

Ini supaya senang untuk pihak bank trace balik segala gerak-geri duit bisnes kita.

Kalau korang nak buat sebarang pembayaran atau transaksi bisnes, gunakan cek atau bank in je ke dalam akaun penerima. Lebih mudah dan selamat.

Apa yang penting kat sini adalah korang tahu ke mana duit tu dibelanjakan.

Macam ni cara bank kira purata pendapatan perniagaan.
Bawah ni adalah contoh cara nak kira jumlah kredit dalam perniagaan korang:

Contoh penyata (nilai daripada Total Credit):
Bulan #1: RM55,000,
Bulan #2: RM63,000,
Bulan #3: RM49,000,
Bulan #4: RM52,000,
Bulan #5: RM58,000,
Bulan #6: RM60,000.
Jumlahkan kesemua pendapatan bulanan Dan bahagikan dengan 6 Bulan.
Bermakna, purata pendapatan perniagaan korang adalah lebih kurang RM56,000.

Bank akan lihat hanya 20% saja daripada jumlah ini sebagai gaji pemilik bisnes. Yang lebih tu, bank akan anggap sebagai kos operasi atau stok.

Jadi, jumlah gaji korang adalah seperti berikut:

Pendapatan bulanan:
20% X RM56,000 =
RM11,200
Bank akan ambil jumlah RM11,200 ni sebagai pendapatan bulanan korang, dan gunakan jumlah ni untuk tentukan kelayakan korang dapatkan pinjaman.

Kalau korang rasa sharing dan info ni bermanfaat sudi-sudilah like dan share pada kawan2 ya..

07/02/2022

Selamat kembali dari cuti yg panjang. Semoga lebih bersemangat dan sentiasa terpelihara dari sebarang wabak penyakit

07/02/2022

Address

HQ : FCA 16A Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Info Terkini : Refinance Rumah / Pembiayaan semula posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Info Terkini : Refinance Rumah / Pembiayaan semula:

Share