21/02/2024
ILMU PENTING ANDA PERLU TAHU
Soalan menarik hari ini,
"Saya selalu rugi sebab terpaksa jual emas dalam masa singkat bila berlaku kecemasan, macam mana nak elak kerugian?"
Simpanan emas sesuai untuk jangka masa panjang at least untuk kegunaan 3 tahun ke atas.
Jika nak guna duit dalam masa 24 bulan, seeloknya jangan ditukarkan kepada emas.
Sebagai persediaan untuk kecemasan, kita perlu wujudkan 2 jenis tabung dan asingkan 20% dari gaji setiap bulan kepada 2 tabung ini.
1️⃣) TABUNG KECEMASAN
📌 10% dari gaji simpan dalam bentuk yang mudah diakses contohnya cash / tabung haji / asb.
📌 Simpan sehingga cukup bersamaan 3 bulan gaji. Contohnya gaji RM2,000 sebulan, simpan hingga cukup RM6,000.
📌 Bila da cukup 3 bulan gaji, bulan berikutnya simpan kesemua 20% dalam bentuk emas.
📌 Simpanan kecemasan tak sesuai simpan melebihi 3 bulan gaji kerana berisiko kehilangan nilai disebabkan inflasi.
2️⃣) TABUNG EMAS
📌 Baki 10% lagi dari gaji bulanan simpan dalam bentuk simpanan emas.
📌 Bila simpanan kecemasan da cukup 3 bulan gaji, bulan berikutnya simpan kesemua 20% dalam bentuk emas.
JIKA BERLAKU KECEMASAN
📌 Bila berlaku kecemasan dan memerlukan cash, gunakan duit dari tabung kecemasan dahulu.
📌 Jika dah guna tabung kecemasan, bulan berikutnya, asingkan gaji 10% dalam tabung kecemasan dan 10% tabung emas hingga tabung kecemasan cukup bersamaan 3 bulan gaji semula.
📌 Jika tabung kecemasan tak mencukupi untuk kecemasan, barulah gunakan tabung emas tetapi jangan dijual emasnya, sebaliknya gadai dahulu melalui arrahnu.
📌 Jika tak yakin mampu bayar balik pinjaman arrahnu selewatnya dalam tempoh setahun, barulah dijual emasnya.
Percayalah, jika anda praktikkan tips ini, simpanan emas anda takkan berkurang!
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan simpanan kita terus bertambah dari masa ke semasa.
Kredit to penulis asal
Nak menabung emas? klik daftar di sini
https://publicgoldofficial.com/syuesuaid/cara-bermula