29/02/2024
Rutin aku akan tengok handphone waktu pukul 6 pagi.
Dapat notifikasi bertulis "NakTakaful".
Jadinya aku approach.
Dipendekkan cerita, klien dah ada medical card.
Cuma nak minta pendapat berkenaan pelan medikal.
Bila aku analisis dan bersembang dengan klien, finding yang dapat, polisi klien dah 5 tahun bersama syarikat P.
Terus dia luahkan niat nak surrender sebab berlaku peningkatan premium yang mendadak dalam 5 tahun ni.
Katanya, lagi-lagi waktu hujung 2023. Menggila naik.
Sebelum dia nekad.
Aku share sikit beberapa info untuk dia berfikir;
1️⃣ Rugi masa kalau surrender dan apply dengan company baru.
Dalam medical card ada Contestable Period selama 2 tahun. Untuk medical plan dia, dah tak ada isu claim sebab dah lepas 2 tahun. InsyaaAllah cover semua.
2️⃣ Consult balik dengan perunding takaful.
Taylor made balik pelan sedia ada agar bersesuaian dengan bajet terkini. Buang rider yang tak berkenaan.
3️⃣ Premium lebih mahal kalau sign up pelan baru dengan umur dan harga terkini.
Risiko kesihatan semakin meningkat bila umur meningkat. Pelan medikal semakin mahal saban tahun. Takkan sama dengan 5 @ 10 tahun lepas.
4️⃣ Kemungkinan besar dalam tempoh 5 tahun dah pernah claim atau sudah berpenyakit.
Lagi pening kepala kalau dah pernah warded atau dah berpenyakit. Banyak proses kesihatan kena lalui. Renyah.
Nampak tak?
Tak semua perunding takaful tu nak sailang klien lain.
Ejen pun kadang malas nak servis klien dari company lain.
Sebab expectation klien yang dah ada medical card sangat tinggi.
Tapi kalau klien berkeras juga, rembat juga lah kan.