21/08/2023
ORANG BIASA SIMPAN NOMBOR, TAPI ORANG KAYA SIMPAN NILAI
Simpan emas maksudnya kita simpan NILAI.
Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya sendiri, tanpa perlu jaminan daripada sesiapa. Dan kuasa belinya kekal sepanjang zaman.
1400 tahun dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing. Hari ini pun masih boleh beli seekor kambing.
Tapi simpan duit dalam akaun macam Tabung Haji dan ASB tu, maksudnya kita cuma simpan NOMBOR.
Nilainya bukan pada nombor ataupun kertasnya, tapi pada jaminan kerajaan. Walaupun nombornya masih kekal, tetapi nilainya itu confirm akan semakin merosot dalam jangka panjang.
Itulah sebab kenapa guru kewangan Robert T. Kiyosaki mengatakan βsavers are losersβ. Orang yang menyimpan (duit kertas dalam jangka panjang) adalah orang yang rugi.
Walaupun nombornya kekal, tapi nilainya semakin merosot dalam jangka panjang.
Simpanan duit di bank tak sesuai untuk jangka panjang. Ia hanya sesuai untuk simpanan jangka pendek, dan simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.
Untuk jangka panjang, jangan simpan duit yang banyak di bank.
Orang kaya-kaya di dunia tak simpan kekayaan mereka dalam bentuk duit yang banyak di bank. Sebaliknya mereka menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk harta yang boleh bertahan nilainya dalam jangka panjang, macam emas, perak, hartanah, tanah atau bisnes yang berkembang.
Kalau bajet besar, simpanlah dalam bentuk hartanah yang boleh disewakan, atau tanah yang boleh diusahakan.
Tapi kalau bajet kecil, simpanlah dalam bentuk emas (dan perak). Kita boleh simpan sedikit-sedikit, sekecil 1gram1bulan.
Bahkan sekarang, kita boleh simpan serendah RM10 melalui di
Inilah cara termudah dan termurah untuk simpan emas di Malaysia.
Ingin belajar ilmu simpanan emas
PM Consultant QM Anda
www.merchantqm.com