Shahir Rais

Shahir Rais Menyampaikan kelebihan dan kebaikan perlindungan takaful yang patuh syariah untuk diri sendiri, keluarga dan hartanah.

Menguruskan pelan penggantian pendapatan, perlindungan pendapatan & MLTT.

04/10/2022

Masa Depan Di Tangan ALLAH

Selagi ALLAH memberikan nyawa kepada kita, bererti DIA memberikan peluang untuk kita berubah kepada yang lebih baik. Masa depan hanya ALLAH yang tahu. Manusia boleh menjangkakan, tapi urusan sebenar tetap hanya di tangan ALLAH.

Maka, jangan putus asa dengan hidup. Kesedihan hari ini, mungkin kebahagiaan esok. Keperitan hari ini mungkin kesenangan yang akan datang. Paling tidak, penderitaan dunia hanyalah kecil dibandingkan nikmat syurgawi yang maha indah.

Betapa banyak tangisan semalam bertukar menjadi senyuman hari ini. Begitu juga, betapa banyak ketawa semalam bertukar menjadi airmata hari ini. Justeru, jangan putus asa dengan hidup dan jangan terlalu yakin dengan apa yang ada.

Sebaliknya, sentiasa memohon kepada Pencipta Kehidupan ALLAH Yang Agung agar diganti segala yang buruk dengan yang baik. Segala yang kurang baik dengan yang penuh kebaikan. Segala yang memang baik kepada yang lebih baik.

Apa yang lebih penting, kesudahan yang baik di sisiNYA.

Credit: Dr. MAZA

27/09/2020

Suami WAJIB ambil iktibar kalau tak nak perkara sama berlaku pada Isteri masing-masing.

Ini cerita yang di sampaikan pada saya tentang Makcik Maznah (bukan nama sebenar) yang berusia 63 tahun.

Bagi saya kes ini macam orang biasa kata sudah jatuh ditimpa tangga.

Arwah suami beliau sudah meninggal dunia 3 tahun, tetapi dalam 2 minggu lepas Makcik Maznah mendapat panggilan dari badan pemberi pinjaman XX.

Kata mereka, arwah suami tidak membayar hutang pinjaman semasa hayatnya.

Baki hutang keseluruhannya lebih kurang RM20,000 dan perlu dilangsaikan segera bagi mengelakkan Makcik Maznah didakwa dan disumbatkan ke penjara kerana beliau adalah penjamin.

Sudahlah Makcik Maznah menyara hidup hanya dengan hasil jualan kuih yang tak seberapa.

Nak dapat RM200 sebulan pun payah sampai tak mampu membayar sewa rumah.

Sekarang terpaksa p**a menanggung beban hutang dari arwah suami.

Nak harapkan anak-anak, beliau tak dikurniakan zuriat.

Nak minta bantuan ahli keluarga lain, mereka juga ada beban masalah sendiri.

Berat masalah Makcik Maznah. Betul-betul jatuh ditimpa tangga.

Ya! Ini kisah benar..

Bila saya dengar, saya wajib kongsi cerita ini pada semua.

Saya nak para Suami ambil iktibar dan belajar dari kes Makcik Maznah ini.

Jangan sampai Isteri kita p**a yang menanggung beban hutang kita di masa depan.

Para Suami, sila pastikan :

+ Isteri tahu semua perkara membabitkan kewangan dan pinjaman. Bincang dengan isteri jika ada masalah membabitkan bayaran balik. Terutamanya bila Isteri dijadikan Penjamin.

+ Usahakanlah sehabis baik untuk tinggalkan sedikit harta buat isteri teruskan hidup walau tidak mampu banyak, bila kita (suami) sudah tak ada. Takkan kita sanggup biar Isteri kita hidup susah melarat kan?

+ Selain hutang, aset dan harta juga sebaiknya di uruskan sejak dari sekarang. Menjadi tanggungjawab suami untuk memudahkan semua urusan supaya tidak menjadi isu di masa hadapan.

Kita berkahwin bukan semata-mata memikirkan kemaslahatan isteri semasa suami hidup sahaja, tetapi apa nasib si isteri setelah Suami pergi meninggalkan dunia.

Moga dipermudahkan urusan Makcik Maznah.

Ada yang pernah lalui kes macam ni? Rasanya banyak sangat kes macam ni di luar sana. Boleh kongsi pengalaman di ruangan komen..

25/09/2020

Semalam jumpa kawan sekolah rendah, dia saja nak tanya-tanya pasal kad medikal. Bila bagi dia tengok quotation dia macam merungut sebab mahal, tak cukup bajet katanya.

Aku bagitau dia start 1/10 nanti lagi mahal. Dia ingat aku nak game dia. Lepas dia survey syarikat takaful yang lain baru dia caya cakap aku.

Bulan ni last nak dapatkan kad medikal komprehensif yang lengkap siap dengan pampasan dan simpanan. Contoh umur kau 30-35 tahun jenis kerja duduk bawah air cond je bulanan kau Rm165 untuk hingga 30/09/2020 ni.

Start 1/10/2020 takpat dah harga murah tapi pelan lengkap macam tu. Silap² dari Rm165 jadi Rm300 sebulan.

Jadi, kau nak yang mahal sekarang atau 2 kali ganda mahal bulan depan nanti? Kalau sekarang tak cukup bajet, rasanya bila naik makin mahal, bajet cukup tak?

Tinggal 5 hari je lagi nak grab peluang ni. Lepas tu tamat nanti aku dah tak boleh nak tolong dah.

Tekan sini, aku buatkan quotation percuma.

https://bit.ly/3grJ4OZ
https://bit.ly/3grJ4OZ

Betul ke kalau kita jatuh kereta, masuk hospital boleh dapat sehari Rm100?
24/09/2020

Betul ke kalau kita jatuh kereta, masuk hospital boleh dapat sehari Rm100?

24/09/2020

Ada tak yang nak tahu cara backup simpanan kita hingga 10x ganda guna 10% gaji basic kita?

Kalau ada nak tahu, saya nak share.

KISAH BENAR KWSP 🌿Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada sua...
21/09/2020

KISAH BENAR KWSP 🌿

Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.

Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.

1) Ayah si mati - 1/6
2) Ibu si mati - 1/6
3) Isteri - 1/8
4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.
5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka.

Contoh :

Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.

1) Ayah = RM16,666
2) Ibu = RM16,666
3) Isteri = RM12,500
4) Anak lelaki = RM36,112
5) Anak Perempuan = RM18,056

Jadi apa guna ada penama?

Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid.

Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam KWSP bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya.

Dalam sibuk rewang hari tu dapat set appointment takaful untuk 1 keluarga. Asalnya nak set hari minggu lepas tapi sibuk ...
14/09/2020

Dalam sibuk rewang hari tu dapat set appointment takaful untuk 1 keluarga. Asalnya nak set hari minggu lepas tapi sibuk p**a dengan kenduri kahwin adik ipar.

Nasib baik prospek ni jenis steady boleh tunda jumpa minggu ni.

Prospek ni plan nak buat 'cross hibah' dan kad medikal untuk anak-anak. Dia cakap nak buat cepat sebab dia selalu nampak aku update pelan murah ni tamat sampai hujung bulan ni je.

Lepas tu dengar kata pelan murah ni tamat terus, maknanya takkan ada lagi lepas ni. Kalau ada pun dah tentu manfaat tak sama dan mungkin lagi mahal.

Jadi, kalau masih buat kira-kira tu baik bertindak sekarang sebelum bulan Oktober ni. Kalau tak memang menyesal tak sudah. Tak rugi pun ambik sebab pelan ni lengkap siap ada simpanan lagi.

Satu lagi, boleh buat ikut bajet yang kita ada. Tak caya pm la saya.

Kikiki 🤭

09/09/2020

Korang tahu tak sebenarnya kita yang kerja swasta ni pun boleh dapat duit pencen. Tolak 10% je dari gaji bulanan kita.

Ada orang kerja swasta yang nak tau tak?

Yang nak tau link ada pada komen. ☺️

05/09/2020

Bila kau ambik takaful bukan bermakna kau dah putuskan tawakal pada Tuhan, tapi kau usahakan satu alternatif sebagai pelengkap tawakal tu.

Takaful ni kau jadikan sebagai persediaan sebelum kau tawakal. Lagipun bukan takaful ni bagi jaminan kau selamat dari musibah. Semua orang akan rasa musibah tu cuma masa, cara, bagaimana tu je tak tahu. Ujian dan dugaan tu datang banyak cara. Sebab tu kena ada persediaan.

Simple,

Kau nak ambik peperiksaan, belajar dan buat ulangkaji persediaan yang kau kena buat.

Kau nak raya kau shopping baju raya untuk persediaan hari raya nanti.

Kau simpan air untuk persediaan nak hadapi masalah tiada air.

Kita ambik takaful ni bukan nak elak takdir Tuhan tapi satu cara untuk siapkan persediaan malah bukan untuk diri kau sorang je tapi keluarga kau jugak.

Moga kita semua dapat buat persediaan untuk dunia dan akhirat.

AKU ADA TAKAFUL TAPI TAK BOLEH CLAIM. TAKAFUL PENIPU. AHHH.. BENCINYA.   Mesti ada sebahagian golongan yang hadapi masal...
03/09/2020

AKU ADA TAKAFUL TAPI TAK BOLEH CLAIM. TAKAFUL PENIPU. AHHH.. BENCINYA.

Mesti ada sebahagian golongan yang hadapi masalah macam ni atau kita jadi takut nak mohon takaful sebab dimomokkan begini.

Sebenarnya tiada syarikat takaful yang penipu. Yang rasa tertipu tu mungkin ada yang kurang jelas dengan terma dan syarat yang ada.

Ini antara punca kenapa tak boleh claim:-

- Manfaat yang kita ambik itu tak wujud dalam polisi kita.
Contohnya, kita ambik pelan Perlindungan Kemalangan (PA) yang cuma lindungi bila berlaku kemalangan sahaja tapi kita nak claim untuk kos rawatan sakit jantung, automatik claim kita tak akan lulus.

- Polisi takaful luput (lapsed).
Jika polisi yang kita ambik itu lapsed, secara automatik kita tak dilindungi dan dah tentu tak boleh claim.
Boleh aktifkan semula tapi umpama kena mula dari awal macam polisi baru dan harga caruman berubah mengikut semasa.

- Tempoh matang perjalanan kad medikal.
Takaful ini bukan seperti 'painkiller', makan bila rasa sakit. Tak sakit tak makan.
Kena fahamkan perjalanan dalam penggunaan kad medikal. Mohonlah dari awal kerana ada tempoh matang untuk penyakit atau perlindungan tertentu melainkan kemalangan. Perlindungan untuk kemalangan 24 jam selepas diluluskan.

Jelas dah kan?

Tiada siapa tipu siapa. Yang penting baca polisi yang kita terima, fahamkan. Ada masa 14 hari untuk kita batalkan polisi jika kita tidak puas hati dengan syarat dan terma atau boleh rujuk semula dengan ejen kita.

Jika dah jelas, boleh tekan link ni untuk saya tolong buatkan kad medikal anda. Nak yang murah ada, nak pelan 3 dalam 1 pun ada tapi bulan ni bulan terakhir. Jadi, mohon segera https://bit.ly/3grJ4OZ

02/09/2020

Ramai yang salah sangka, katanya takaful ni mahal. Silap tu. Sebenarnya bayar murah je tapi yang silapnya kita dapat manfaat yang besar.

Boleh ke macam tu?

Boleh.

Itulah takaful yang amalkan konsep ta'awun. Satu konsep tolong menolong dari dana tabarru' (tabung).

Tengok video ni sampai habis.

Lepas terus tekan link ni, saya tolong buatkan ikut yang sesuai. https://bit.ly/3grJ4OZ

5 SEBAB KEMATIAN UTAMAMati itu pasti, tiada satu makhluk pun yang hidup akan kekal hidup. Pasti akan hadapi kematian.Apa...
30/08/2020

5 SEBAB KEMATIAN UTAMA

Mati itu pasti, tiada satu makhluk pun yang hidup akan kekal hidup. Pasti akan hadapi kematian.

Apa pun kita masih ada peluang untuk buat persediaan sebelum kita dijemput Ilahi. Yang mati, bahagian dia dah selesai tak perlu nak fikir apa dah. Tapi macam mana dengan keluarga yang si mati tinggalkan, hutang yang ditinggal siapa yang tanggung, dana pendidikan anak dan segala tanggungjawab simati juga secara automatik waris simati akan tanggung.

Bertambahlah komitmen waris si mati.

Tapi isu tu boleh ditangani dan beban dapat dikurangkan dengan adanya hibah untuk jadikan sebagai penggantian pendapatan si mati.

Waris si mati akan dapat satu pampasan tunai.

Mungkin ada yang cakap mahal tapi sebenarnya tak mahal pun untuk wujudkan hibah tu. 5%-10% anggaran Rm120 hingga Rm170 je dari gaji kita dah memadai untuk dapatkan minima Rm250k pampasan penggantian pendapatan untuk waris simati. Bulanan tu pun bergantung pada umur juga, lagi muda lagi murah.

Jadi, inilah persediaan yang kita boleh sediakan untuk waris kita selain dari persediaan amalan untuk diri kita sendiri untuk hari esok.

Tekan link ni untuk saya tolong buatkan 👉 https://bit.ly/3d6hxA4

Jom jemput semua ke channel telegram saya untuk kita kongsi cerita, pengalaman dan tips bertakaful. http://t.me/

Address

Shah Alam
40170

Telephone

+60133339387

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shahir Rais posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Shahir Rais:

Share