22/06/2026
SIMPANAN KECEMASAN.
Dulu belajar topik kewangan semasa disekolah dan urus kewangan harian adalah tidak sama.
Semasa belajar, di sekolah subjek kewangan diajar agar kita bijak urus kewangan syarikat. Ramai sahaja yang cemerlang. Tetapi kalau urus kewangan sendiri belum tentu cemerlang. Pengalaman dan realiti zaman sekarang.
Boleh saja lihat statistik yang dikeluarkan oleh BNM pada March 2025, 61% rakyat Malaysia sukar menyimpan RM1,000 Dana Kecemasan. Bukan sebab tidak ada pekerjaan bagus tetapi pengurusan kewangan sendiri tidak diurus dengan sistematik.
Sebab itu kena belajar dan tambahkan ilmu dari mereka yang proven. Lagi-lagi dalam membuat โSIMPANAN KECEMASANโ.
Mana-mana guru kewangan menyarankan setiap kita perlu ada simpanan kecemasan 3 bulan ke 6 bulan. Apa-apa berlaku, simapanan kecemasan ini kita boleh guna tanpa susahkan orang lain.
Pesan guru kewangan saya. Untuk ada simpanan ini kena โPAKSAโ. Paksa sampai jadi habit.
Kalawon Emas,
Azbin Ekuk.