12/04/2023
Persepsi VS Realiti: Buat dokumen masalah pusaka anda akan selesai?
Kalau anda semua nak tahu, ini adalah persepsi biasa di kalangan masyarakat Malaysia dalam merancang harta. Gembira hati anda nampak salinan dokumen perancangan harta yang anda terima daripada penyedia dokumen anda. TAPI, anda tahu tak sebenarnya dokumen di tangan anda itu hanya menyelesaikan sebahagian kecil sahaja proses turun milik harta selepas kematian anda nanti.
Yang ramai tidak nampak, proses turun milik harta ini bukan sahaja dengan dokumen. Ia melibatkan beberapa proses undang-undang yang lain sama ada di Mahkamah Tinggi Sivil, Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Syariah. Disini lah nanti waris-waris anda akan "tersangkut" dari segi masa, tenaga dan yang paling kritikal adalah kos kepada mereka.
Kita fikir semasa hidup dah ada dokumen, nanti waris kita senang. Tapi sebaliknya rupanya waris kita masih "tersangkut". Kesian kan?