24/09/2025
✨ Nasib vs Strategi Dalam Pelaburan Unit Trust?
Bayangkan dua orang klien saya:
📌 Klien A – “One Time Lucky”
Beberapa tahun lalu, Klien A melabur sekali gus RM10,000 dalam unit trust. Kebetulan pada masa itu, harga unit berada pada paras rendah. Selepas beberapa tahun, nilai pelaburannya naik dengan cantik. Kalau ditanya dia sekarang, mungkin dia akan kata:
“Nasib baik saya masuk masa harga murah dulu.”
📌 Klien B – “Consistent Builder”
Klien B p**a seorang yang sibuk bekerja. Dia hanya mula melabur setahun kemudian, ketika harga unit sudah pun meningkat. Tetapi dia pilih strategi melabur bulanan RM500. Adakalanya harga naik, adakalanya turun. Kadang-kadang rasa macam “eh, kenapa tak masuk awal-awal?”.
⸻
💡 Apa jadi selepas 10 tahun?
➡️ Klien A memang untung sebab dia masuk pada masa harga unit dalam paras rendah. Tuah Masa
➡️ Klien B p**a tak perlu bergantung pada nasib semata-mata. Walaupun mula agak lambat dan melabur dalam amount kecil setiap bulan secara konsisten, kos pelaburannya jadi lebih stabil kerana dia membeli unit pada pelbagai harga. Inilah konsep Ringgit Cost Averaging (RCA) – purata harga unit jadi seimbang dalam jangka panjang dan memberi keuntungan kepada simpanan pelaburan klien.
⸻
📊 Moral of the Story
🔹 Pelaburan sekali gus pada harga rendah boleh beri p**angan besar — jika kena masa. Tapi itu bergantung pada faktor yang tiada siapa boleh ramalkan: nasib dan timing.
🔹 Pelaburan secara konsisten (RCA) p**a mengurangkan risiko tersalah timing. Ia lebih sesuai untuk pelabur yang mahu kurangkan tekanan, urus risiko, dan membangun kekayaan berperingkat.
⸻
🌱 Kesimp**an
Dalam pelaburan unit trust:
• Timing boleh untungkan anda… tapi risiko juga besar. High risk high return. Ramalan harga pasaran yang tepat mempunyai risiko ketidaktentuan.
• Disiplin dan konsistensi sentiasa menang dalam jangka panjang. Strategi menguruskan risiko dengan pelaburan berkala juga boleh memberikan keuntungan kepada simpanan berbentuk pelaburan.
💬 Jadi, anda mahu bergantung pada nasib atau strategi? Hari tak selamanya panas, tuah takkan selalu memihak. Melabur dengan strategi dan berkala juga mendatangkan keuntungan. Sikit- sikit, lama-lama jadi bukit.
Coretan ✒️
Mama Unit Trust Consultant & Life Planner