20/10/2022
Jangan silap letak penerima hibah
8/10 client wanita berkahwin sign up Takaful dgn saya taknak letak nama suami sbg penerima hibah. Katanya tak percaya suami & namakan anak bwh 18 tahun sbg penerima hibah
10/10 client lelaki berkahwin letak isteri sebagai penerima hibah
Saya tanya kenapa isteri namakan anak bawah 18 tahun sebagai penerima hibah?
Depa semua bagi jawapan yang sama
"Shahmi , saya tak nak letak suami sebagai penerima hibah sebab tak percaya kat suami. Takut lepas dia mati nanti suami guna duit pampasan Takaful untuk kahwin lain"
Sebagai ejen takaful, saya tak kisah siapa yang hampa nak letak sebagai penerima hibah.
Tapi sebagai orang yang ada ilmu tentang ni, saya nasihatkan semua client saya supaya letak suami atau sesiapa sahaja yang berusia 18 tahun keatas.
Kenapa? Saya jelaskan
Tujuan utama kita ambil takaful adalah untuk sediakan aset CASH apabila kita meninggal dunia. Cash tersebut akan dibayar terus ke dalam akaun bank penerima hibah.
Jika penerima hibah atas 18 tahun, dia akan dapat direct. Tapi jika hibah kepada bawah 18 akan ada masalah besar!
Tahukah anda, dlm Akta Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) ada mention:
Syarikat Takaful hanya akan bayar max RM50k je kepada waris yg buat tuntutan bagi pihak anak bawah 18 tahun!
Selebihnya akan DISERAHKAN kepada Amanahnya!
Puan-puan sekalian, kesimp**annya tujuan kita ambik hibah takaful ni utk dapatkan cash tunai dgn lebih cepat
Tetapi, disebabkan curiga & tak percaya kat suami anda letak anak bawah umur kan dah defeat the purpose?
Tak pasal-pasal duit pampasan takaful dpt sikit & terbeku
Nasihat saya, jika tak percayakan suami, letak la individu atas 18 tahun yang lain contohnya mak, ayah, adik beradik ataupun BFF
Jangan letak ejen takaful sebagai penama hibah p**ak!
Paling penting diorang tu amanah sebab duit pampasan akan masuk terus ke dalam akaun bank mereka
Kredit: Wan Ahmad Shahmi
Jom Takaful