Investment Advisor - Penasihat Pelaburan

CARA KENAL ORANG KAYA❓Nak kenal orang kaya, bukan tengok kopi apa yang dia minum, bukan tengok kereta apa yang dia pakai...
04/05/2024

CARA KENAL ORANG KAYA❓

Nak kenal orang kaya, bukan tengok kopi apa yang dia minum, bukan tengok kereta apa yang dia pakai. Itu semua boleh jadi sekadar simbol kekayaan palsu.

Sebaliknya kena tengok cara dia berfikir (mindset). Yang membezakan seseorang itu ialah cara dia berfikir (mindset). Apa yang kita fikir, itulah yang akan mencorakkan kehidupan kita.

Cuma kita tak benar-benar faham cara orang kaya berfikir, melainkan kita dah jadi sebahagian daripada mereka. Ataupun bakal jadi sebahagian daripada mereka.

Hanya orang kaya mudah kenal sesama orang kaya.

Orang yang benar-benar kaya tahu siapa orang kaya sebenar, dan siapa yang sekadar berlakon kaya.

Bukan sahaja dalam bab kekayaan, dalam apa bidang sekalipun, kita akan kenal mereka yang sama bidang dengan kita.

Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam.

Doktor kenal sesama doktor, walaupun dia tak berpakain dan tak perkenalkan diri dia sebagai doktor.

Kaki bola kenal sesama kaki bola.

Kaki main kereta kenal sesama kaki kereta.

Orang hartanah kenal sesama orang hartanah.

Kita bukan kenal daripada apa yang dia pamerkan, tapi apa yang keluar dari mulutnya.

Sebab apa yang keluar daripada mulutnya, itulah cerminan apa yang ada dalam fikirannya. Mindsetnya, dan ilmunya.

Nak kenal tahap kekayaan seseorang pun macam tulah juga...

Yang nampak mewah, belum tentu kaya. Yang kaya belum tentu pilih hidup mewah.

Nak kenal orang kaya, perhatikan apa yang keluar dari mulutnya, dan juga sikapnya.

Walaupun kita tak tahu berapa jumlah harta bersihnya, tapi kita boleh agak tahap kekayaan seseorang itu berdasarkan;

Apa yang keluar dari mulutnya, topik apa yang dia s**a bercakap, apa perkataan yang sering dia gunakan, sudut pandang dia pada sesuatu perkara, khususnya tentang kekayaan...

Dan yang bagaimana dia bawa dirinya...

Great people talk about ideas.
Everage people talk about event.
Negative people talk about other people.

Orang kaya s**a bercakap tentang idea dan masa depan. Dia sentiasa fokus macam mana nak jadikan diri dia (dan mereka yang di bawah tanggungjawab dia) lebih baik.

Dia rimas bercakap perkara yang tak mengubah apa-apa. Apatah lagi bercakap tentang orang lain. Bagi dia, "masa" dia lebih berharga daripada duit yang dia ada.

Itulah sebab kenapa orang kaya ada PA (personal assistant) dia sendiri.

PA dia itulah yang bantu filter perkara yang akan membuang masa dia, tolong susun jadual dia supaya dia cuma ruangkan waktu pada perkara-perkara yang bernilai tinggi sahaja. Yang berbaloi bagi dia.

Bukan habiskan waktu pada perkara yang cuma membuang masa.

Orang kaya sentiasa fokus pada "penyelesaian", bukan pada "masalah". Sedangkan orang biasa fokus pada masalah dan melayan masalah. Bahkan mereka 'selesa' layan masalah.

Orang kaya tak anggap "masalah" sebagai "masalah". Mereka anggap "masalah" sebagai "cabaran", bahkan "peluang" untuk jadi lebih baik. Mereka fokus pada apa yang mereka boleh ubah.

Orang lain bercakap tentang politik sekadar nak kecam pemimpin ataupun musuh politik, dan mengeluh tentang politik, orang kaya fikir strategi yang patut dia ambil supaya bisnes dia dapat bertahan sesuai dengan keadaan politik.

Bahkan sentiasa cari peluang supaya bisnesnya jadi lebih baik.

Mereka fokus pada "penyelesaian", bukan pada masalah politik itu sendiri - yang dia pun tak boleh buat apa-apa.

Itulah sebenarnya cara saya perhatikan pada murid-murid saya (setiap kali ruangkan waktu untuk sessi coaching 1-1). Saya perhatikan perkataan yang keluar dari mulut mereka.

Dari situ saya boleh faham apa yang ada dalam fikirannya, sudut pandang (mindset) dia pada sesuatu perkara, khususnya pada peluang dan cabaran yang sedang dia hadapi.

Apa yang keluar dari mulut mereka, saya sudah boleh agak tahap bisnes, kewangan dan kehidupan mereka.

Bak kata seorang billionnaire bernama Bill Britt, "people live at the level of their speech". Kehidupan seseorang itu ialah pada tahap percakapannya....

Jadi kalau nak ubah masa depan, mulakan dengan mengubah apa yang ada dalam fikiran kita. Banyak baca buku, dan joinlah circle (rakan pegaulan) yang betul.

Kalau kita fikir apa yang orang kaya fikir, dan buat apa yang orang kaya buat, cepat atau lambat kita juga akan dapat apa yang orang kaya dapat.

SOCIAL GROUP ( MUAFAKAT RAKYAT )

Rahsia orang Cina bina kekayaan. 1. Bantu adik-beradik. Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan shar...
02/05/2024

Rahsia orang Cina bina kekayaan.

1. Bantu adik-beradik.

Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya.

Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.

Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground.

Kami tak sampai hati tengok adik-beradik susah sedangkan ada yang senang diantara kami. Jadi sama-sama belajar untuk bina kekayaan. Senang adik-beradik, senang hati kami.

Kami pegang prinsip, if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.

2. Harta yang ada dikembangkan.

Kalau ada cash banyak atau dapat duit ratus-ratus ribu, jarang kami plan nak kahwin banyak. Haha..sebab tambah beban dan harta lagi kecil portion bila dibahagikan.

Apa yang kami buat ialah kami beli rumah atau hartanah RM100k dalam 2-3 biji sebagai long term investment. Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda ke dalam 10 tahun.

Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun dah dewasa masih tinggal bersama dengan parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau yang lebih hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasaraya hasil pakat kumpul sesama keluarga.

Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata.

WE LOVE PROPERTIES. HAHA..

Tapi saya tak ada banyak rumah pun. Sebiji saja untuk duduk. Senduu.

3. Gembira atas kejayaan orang lain terutamanya ahli keluarga.

Perasan tak kalau kedai cina yang baru bukak, akan ada banyak jambangan bunga wish luck dan berjaya dalam perniagaan kepada bisnes owner tu.

Kami sangat gembira kalau ahli keluarga atau kawan-kawan berjaya dalam bisnes. Tandanya parents pun takkan hidup susah dan tidaklah anak sorang yang berjaya tu saja perlu menanggung parents. Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai.

Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan.

Even ada je dengki. Tip**ah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada.

4. Save dulu baru spend

Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank.

Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend.

Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali sekala.

Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD.

So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB.

5. Tak s**a berhutang

Kami memang tak s**a berhutang beli barangan kecil seperti fon, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya.

Kami akan kumpul duit dan tahan nafsu supaya dapat beli cash. Penat sekali tapi for long term lega minda dari fikir nak bayar bulan-bulan. Tu tak masuk lagi interest. Rugi woo..

Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate.

Lagi p**a kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba setel hutang secepat mungkin.

Tu sebab orang Cina sangat minat kereta Honda dan Toyota kerana kereta tu mampu milik dan tak perlu maintanance tinggi walaupun mereka mampu je beli kereta mewah.

Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan income tax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu.

Kredit Adam Kelvin
Masih belum kaya lagi.

SOCIAL GROUP ( MUAFAKAT RAKYAT )

Salam geng! Hari ini saya tak rasa nak mula trade lagi.Saya perhati dulu. Banyak pergerakan 'bergelora' minggu lepas mun...
22/04/2024

Salam geng! Hari ini saya tak rasa nak mula trade lagi.

Saya perhati dulu. Banyak pergerakan 'bergelora' minggu lepas mungkin menyebabkan pergerakan yang tak terjangka dalam chart minggu ini.

Isnin biasanya kita santai-santai kaji market, sambil baca INTRADAY.my

Sebagai trader. Kita perlu 'feel' kaedah sabar, mengkaji dan menunggu.

Ramai trader tak dapat kuasai situasi ini biasanya tersilap langkah kerana dia sangka duit perlu dikejar.

Sedangkan duit dalam sistem yang unlimited ini akan sentiasa mengalir kepada sesiapa yang mempunyai 'kunci' nya.

Trillion yang mengalir dalam sistem ini, akan mencari orang yang mempunyai 'kunci' nya.

Adakah anda pemilik 'kunci' tersebut?

Investment Advisor - Penasihat Pelaburan

BESI BURUK BERGERAK. Saya letak downpayment kereta ini RM50000. Beli plat number hampir RM10000. Pasang skirting dan lai...
09/04/2024

BESI BURUK BERGERAK.

Saya letak downpayment kereta ini RM50000. Beli plat number hampir RM10000. Pasang skirting dan lain-lain dalam RM5000. Total RM65000.

RM65000 yang saya sangkakan ianya sebagai satu kejayaan. RM65000 yang saya sangkakan sebagai satu kemajuan dalam karier. Walhal menjadi satu bebanan di dalam kehidupan.

Saya bukan seperti orang lain yang bergerak menggunakan kereta. Kadang kala dalam sebulan tidak sampai 10 kali kereta bergerak. Sifat dan jiwa saya banyak bergerak menggunakan motor. Lagi-lagi p**a kini saya tinggal di Kuala Lumpur. SO TIDAK BERBALOI LANGSUNG MENGGUNAKAN KERETA.

Bergerak atau tidak Vellfire ini, bulanan tetap kena bayar pada bank sebanyak RM3300. Roadtax + insurans hampir RM10000 setahun.

Di sini saya mula terfikir. Untuk apa lagi saya simpan ‘ kejayaan ‘ ini. Dan saya mula renung ke dalam diri ini untuk apa saya simpan Vellfire ini. Di mata orang terlihat saya berjaya. Di mata sendiri hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya menjadi hamba kerja untuk menampung bulanan kereta ini.

Saya mengambil keputusan menjual kereta ini. Ternyata keputusan saya tepat kerana saya dapat berjimat hampir RM5000 sebulan. Kini hidup saya tenang tanpa hutang. Kini jiwa saya tenang untuk menjalani kehidupan seperti orang-orang biasa.

Nak beli kereta mewah tidak salah. Yang salahnya apabila kita terpaksa bekerja keras hingga tidak dapat ketenangan dalam kehidupan demi untuk membayar SEBUAH BESI YANG AKAN MENJADI BURUK SATU HARI NANTI.

KERETA BUKANLAH SATU KEJAYAAN. TETAPI KERETA ADALAH SATU BEBANAN DI DALAM KEHIDUPAN.

sumber dari Azmeer Yusof

Investment Advisor - Penasihat Pelaburan

03/04/2024

Kalau beli rumah ambillah MLTT, kita meninggal rumah terus settle hutang. Jika beli kereta ambillah insurans autolife, apa-apa jadi waris tak perlu tanggung hutang,
kereta percuma.

Address

Jalan RP5, Taman Rawang Perdana
Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Investment Advisor - Penasihat Pelaburan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share