Perunding Hibah Great Eastern

Perunding Hibah Great Eastern Perancangan kewangan dan takaful hibah.

Serendah RM15.50 Sebulan - Dapat Nilai Perlindungan RM50,000 Sebagai ibu ayah, kita selalunya sanggup berbelanja lebih u...
19/08/2026

Serendah RM15.50 Sebulan - Dapat Nilai Perlindungan RM50,000

Sebagai ibu ayah, kita selalunya sanggup berbelanja lebih untuk anak-anak. Tak kisahlah untuk makanan, pakaian, mahupun untuk pendidikan mereka. Apa sahaja yang terbaik, kita cuba sediakan.

Namun, tanpa kita sedari, perlindungan untuk anak-anak mungkin menjadi perkara yang kita terlepas pandang.

Tahukah ibu ayah?

Hanya dengan serendah RM15.50 sebulan, kita dah boleh ambil/ sediakan perlindungan sehingga RM50,000 untuk anak-anak.

Lebih menarik, beberapa manfaat tambahan turut disediakan tanpa caj tambahan, antaranya:

✅ Manfaat Jangkitan Penyakit (5 jenis)
✅ Khidmat Supreme Assist
✅ Pampasan Sakit Kritikal ( 5 penyakit)
✅ Elaun Harian Hospital RM50/hari

Jadi kalau ibu ayah memang mencari perlindungan mampu milik untuk mereka, pelan i-Great Inspirasi ini memang pelan yang terbaik.

Nak tahu lebih lanjut lagi, jom pm sekarang.

Saya bantu semakkan syarat dan boleh dapatkan sebutharga secara percuma.

wasap.my/60172104020

"Kalau saya stop bayar takaful ni, duit yang dah carum tu boleh dapat balik tak?"Ini antara soalan yang paling kerap kam...
10/07/2026

"Kalau saya stop bayar takaful ni, duit yang dah carum tu boleh dapat balik tak?"

Ini antara soalan yang paling kerap kami. terima.

Jawapannya ialah tidak sepenuhnya.

Sebenarnya, takaful bukanlah simpanan semata-mata, sebaliknya ia berkonspekan perlindungan.

Setiap kali kita membayar, sebahagian daripada caruman akan dimasukkan ke dalam Dana Tabarru'.

Apa itu Dana Tabarru'?

Dalam bahasa mudah, ianya ibarat tabung khairat kematian / kebajikan, tetapi dalam skala yang jauh lebih besar dan tersusun.

Sebahagian caruman peserta akan dimasukkan ke dalam dana. Tujuannya untuk saling membantu apabila ada peserta yang ditimpa musibah seperti meninggal dunia, hilang upaya kekal atau menghidap penyakit kritikal (bergantung kepada pelan yang disertai).

Sebagai contoh, Ahmad mengambil pelan hibah sebanyak RM250,000.

Ahmad baru setahun dua mencarum, jumlah caruman yang dibayar baru sekitar seribu lebih.

Namun jika ditakdirkan Ahmad meninggal dunia, warisnya akan menerima manfaat tunai RM250,000 mengikut terma dan syarat sijil.

Persoalannya, adakah Ahmad sempat menyimpan RM250,000?

Sudah tentu tidak.

Manfaat ini dapat dibayar kerana adanya Dana Tabarru yang diwujudkan dengan konsep saling membantu antara semua peserta.

Sebab itulah apabila seseorang berhenti mencarum, bukan semua wang caruman akan dip**angkan.

Jika ada, hanya nilai tunai (cash value) setakat yang ada, mengikut pelan dan tempoh caruman.

Baca sini: Baru 24 hari ambil pelan takaful tapi peserta dah meninggal dunia : https://www.facebook.com/share/p/1PgBpBfHjA/

Jadinya, kalau tujuan utama kita adalah untuk menyimpan duit dan ingin keluarkan semula 100% pada masa akan datang, produk yang sesuai adalah simpanan.

Namun jika tujuan kita ialah untuk memastikan keluarga mempunyai perlindungan kewangan yang besar, maka perlindungan takaful adalah pilihan yang sangat tepat.

Kesimp**annya, simpanan berfungsi untuk mengumpul wang setakat yang ada tetapi takaful berfungsi untuk melindungi kehidupan dan kewangan keluarga seandainya musibah berlaku.

Ialah, kita tidak mengharapkan musibah terjadi, namun jika ianya berlaku, ada sokongan lain yang dapat bantu ringankan beban keluarga yang ditinggalkan.

Semoga bermanfaat ❤️

Nota : Kalau takaful memulangkan semula 100% semua caruman kepada setiap peserta, dari mana p**a datangnya wang RM250,000 untuk membantu peserta yang baru mencarum beberapa tahun tetapi meninggal dunia?

Di situlah indahnya konsep Tabarru – kita saling membantu ketika musibah. Andai suatu hari nanti apabila giliran kita diuji, dana yang sama p**a akan membantu keluarga kita.

"Ila, penting ke ada hibah Takaful ni?"Sejujurnya selalu je saya dapat pertanyaan macam ni. Kadangkala daripada prospek,...
21/06/2026

"Ila, penting ke ada hibah Takaful ni?"

Sejujurnya selalu je saya dapat pertanyaan macam ni. Kadangkala daripada prospek, kadangkala daripada pelanggan sendiri yang ada masalah kewangan.

Jawapan saya pun agak berbeza mengikut siapa yang bertanya.

Kalau yang bertanya itu seorang prospek yang ada kerjaya dan beliau berkeupayaan untuk menyediakan perlindungan bagi keluarga, tentulah ianya sangat penting.

Namun jika yang bertanya tu adalah mereka yang kurang mampu dan perlu mengutamakan keperluan asas kehidupan seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya, hibah takaful bukanlah perkara pertama yang perlu diberikan keutamaan.

Dalam kehidupan, kita perlu mendahulukan yang lebih utama. Makanan di atas meja, tempat berteduh, bil utiliti, pendidikan anak-anak dan keperluan harian keluarga perlu dipastikan cukup terlebih dahulu.

Tetapi apabila keperluan asas itu sudah stabil dan kita mempunyai kemampuan, hibah takaful mula memainkan peranan yang sangat penting.

Ia bukan untuk kita yang masih hidup, tetapi untuk mereka yang kita sayang seandainya ditakdirkan kita pergi terlebih dahulu.

Dalam bahasa mudah, perlindungan takaful ni ibarat kita sediakan payung sebelum hujan.

Sangat berguna apabila hujan untuk elakkan pakaian kita menjadi basah dan membantu kita kita teruskan perjalanan ke tempat yang dituju.

Namun bukanlah bermakna jika tiada payung, perjalanan itu terus gagal.

Mungkin kita terpaksa berhenti di mana-mana tempat sehingga hujan berhenti, meminjam payung orang lain atau kita redah juga hujan, basah dan mungkin boleh menyebabkan selsema/demam.

Hakikatnya, hibah takaful adalah satu perancangan. Perancangan supaya keluarga tidak terkapai-kapai mencari sumber kewangan yang terhenti seandainya kita ditakdirkan pergi dahulu.

Perancangan supaya anak-anak masih dapat meneruskan kehidupan dan pendidikan mereka. Perancangan supaya keluarga mempunyai sedikit ruang untuk bernafas ketika berhadapan dengan kehilangan yang besar.

Sebab itulah saya tidak melihat hibah takaful sebagai produk semata-mata, namun sebagai satu bentuk tanggungjawab dan kasih sayang yang dirancang lebih awal.

Ya begitulah, hibah bukan tentang musibah atau kematian. Hibah adalah tentang memastikan kehidupan orang yang kita sayang dapat diteruskan dengan baik.

Kalau dulu-dulu, nak ambil perlindungan takaful punyalah mahal. Namun sekarang ada banyak pelan mampu milik seperti pelan iGreat Chinta.

Untuk wanita, serendah RM50 sebulan, kita dah dapat menyediakan hibah sebanyak setengah juta.

Hubungi saya sekarang untuk dapatkan info percum berkenaan pelan iGreat Chinta yang bakal tamat 10 hari lagi.

wasap.my/60172104020

Pasangan muda yang belum ada anak atau baru kahwin, selalu terlepas pandang tentang kepentingan hibah takaful.Yelah seba...
09/06/2026

Pasangan muda yang belum ada anak atau baru kahwin, selalu terlepas pandang tentang kepentingan hibah takaful.

Yelah sebab masih muda kan? Badan sihat dan usia pun belum cecah 30an dan insyaAllah tak ada apa-apa berlaku.

Sebenarnya pelbagai risiko akan datang bila umur dah nak 40an.

Waktu ni barulah kita mula terfikir nak ada perlindungan takaful.

Tapi kan, waktu ni harga dah jadi mahal sebab umur dan risiko dah makin tinggi. Ada p**a yang dah start makan ubat itu ini maka dah tak dapat nak ambil plan hibah takaful ni.

Waktu muda, waktu sihat, sumbangan bulanan untuk bayar hibah tu murah sangat tau.

Kalau yang umur bawah 30an tu, dengan RM50 sebulan dah dapat buat hibah sebanyak RM250K atau suku juta kepada pasangan dan anak-anak.

Nanti umur masuk 40-50an, orang lain bayar beratus sebulan, awak masih bayar tak sampai seratus pun untuk jumlah hibah yang sama. Siap ada cash value lagi.

Ambil plan takaful hibah waktu umur muda ni sangat mampu sebenarnya. Just put aside RM50 lebih sikit sebulan untuk harta segera sebanyak suku juta kepada orang yang kita paling sayang.

Walaupun yang belum kahwin, ambillah siap-siap sementara muda dan masih murah, hibah tu letaklah nama mak ayah.

Nanti dah kahwin dan berkeluarga, masukkan nama pasangan dan anak-anak p**a.

Carilah ejen-ejen takaful yang dipercayai, dari mana-mana syarikat pun ok, InsyaAllah.

Anggaplah hibah ini sebagai hadiah jariah kita kepada pasangan, anak dan mereka yang tersayang bila kita tiada nanti.

Semoga cukup makan pakai mereka dan terhidar dari menjadi orang yang meminta-minta.

Aamiin.

P/s: Great Eastern Takaful ada pelan promosi iGreat Nova dan iGreat Chinta. Bolehlah tengok mana yang sesuai.

Boleh pm untuk dapatkan sebutharga percuma.

wasap.my/60172104020

Pelan Takaful Istimewa Untuk Wanita.Ada tak mak-mak yang nak ambil plan hibah takaful setengah juta?Sumbangan bulanan pu...
05/06/2026

Pelan Takaful Istimewa Untuk Wanita.

Ada tak mak-mak yang nak ambil plan hibah takaful setengah juta?

Sumbangan bulanan pun insyaAllah semua mak-mak mampu.

Umur 25: RM47/sebulan
Umur 30: RM57/sebulan
Umur 35: RM72/sebulan
Umur 40: RM92/sebulan

Yer mak-mak sekalian, bawah seratus sebulan dapat perlindungan takaful hibah RM500,000 ya kalau kita mengalami hilang upaya kekal.

Kalau berlaku musibah kematian p**a, duit setengah juta tadi dapat dihadiahkan pada keluarga yang ditinggalkan.

Kematian ketika buat haji atau umrah p**a, dapat hibah RM1juta.

Boleh hibahkan pada pasangan, ibu bapa atau pun anak-anak.

Kalau berminat boleh pm segera.

wasap.my/60172104020


Pernah tak kita terfikir nak tinggalkan harta / duit setengah juta pada keluarga dan anak-anak?Mesti pernah kan? Tapi it...
29/05/2026

Pernah tak kita terfikir nak tinggalkan harta / duit setengah juta pada keluarga dan anak-anak?

Mesti pernah kan?

Tapi itulah, dalam bank duit memang ada, tapi biasanya singgah sekejap je.

Hari ni gaji, kemudian tak sampai setengah jam dah nak habis lepas bayar hutang dan komitmen bulanan.

Jadi kalau nak hadiahkan mereka duit setengah juta, mestilah makan masa dan agak mustahil nak kumpulkan dalam masa terdekat.

Namun sebenarnya kita ada cara untuk adakan wang atau harta segera tersebut iaitu melalui plan Takaful hibah.

Ambil hari ini, lulus dan esoknya dah ada 'duit' setengah juta.

Namun cukup ke setengah juta / RM500 ribu untuk keluarga dan anak-anak kalau kita dijemput p**ang?

Jawapannya, cukup. Kalau guna dengan bijak.

Kalau keluarga biasa belanja dalam RM3,000 hingga RM4,000 sebulan untuk makan, utiliti, sewa dan yuran sekolah, jumlah tu boleh tanggung hampir 10 tahun keperluan asas.

Dalam tempoh tu pasangan dan anak-anak ada ruang untuk bernafas, untuk rancang dan stabilkan semula hidup tanpa kita.

Hibah ni bukan soal nak pasangan kita jadi kaya tau.

Tapi tentang bagi masa dan peluang. Masa untuk anak-anak teruskan sekolah dan kehidupan tanpa gangguan. Peluang untuk pasangan atur semula hidup tanpa tekanan wang yang menghimpit.

Itulah nilai sebenar hibah takaful.

Kita semua tak kira pangkat dan usia, atau kerja apa sahaja, boleh ambil plan hibah iGreat Chinta.

Untuk lelaki dalam lingkungan 30an, sumbangan bulanan cuma RM100 sahaja, tapi pasangan dan anak-anak dapat RM500,000 kalau kita tiada nanti.

Untuk wanita p**a, lebih murah. Dalam usia lingkungan 30an, sumbangan bulanan cuma RM60 sebulan.

InshaAllah kita semua mampu untuk adakan harta segera ini untuk orang-orang yang paling kita sayang.

Anggaplah ini adalah nafkah dan amal jariah kita yang berterusan untuk mereka walaupun kita dah p**ang mengadap Ilahi.

Puan Lila Khan
Perunding Takaful Hibah
KAG Advisory
wasap.my/60172104020

P/s: Ni gambar tuntuan sijil Takaful Hibah customer tahun 2023 dulu. Client meninggal dunia secara mengejut selepas sijil lulus 24 hari kerana serangan jantung.

Alhamdulillah claim lulus kerana client memang sihat sebelum dan semasa mengambil pelan ini.

Alhamdulilah untuk tahun 2025. Semoga tahun 2026 lebih gemilang lagi. Terima kasih kepada semua pelanggan yang mempercay...
02/01/2026

Alhamdulilah untuk tahun 2025. Semoga tahun 2026 lebih gemilang lagi.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang mempercayai saya dan team kami KAG Adisory untuk menjaga dan menguruskan sijil Takaful anda.

Nak dapatkan perlindungan Takaful?
Hubungi kami hari ini.

wasap.my/60172104020

Beberapa hari lepas, dapat WhatsApp dari prospek bertanyakan takaful kemalangan."Puan cari perlindungan untuk kenderaan ...
09/07/2025

Beberapa hari lepas, dapat WhatsApp dari prospek bertanyakan takaful kemalangan.

"Puan cari perlindungan untuk kenderaan ke atau untuk diri sendiri?" respon saya pada prospek.

Ramai rupanya masih keliru.

Ada yang ingat Takaful Kemalangan Diri (Personal accident-PA) sama dengan Takaful Hibah atau Takaful Kenderaan.

Tapi sebenarnya jauh beza.

✅ Takaful Kemalangan Diri (PA)
Lindungi tubuh badan bila berlaku kecederaan akibat kemalangan contohnya patah kaki, putus jari, hilang penglihatan, lumpuh atau kematian akibat kemalangan. Tergelincir dalam bilik air atau jatuh pokok pun dikira kemalangan juga tau.

✅ Takaful Kenderaan
Ni cover kereta kita kalau eksiden, kena curi, terbakar, atau dilanda bencana alam. Yang ni memang wajib ambil kalau nak kenderaan kita jalan atas jalan raya.

✅ Takaful Hibah
Lebih kepada perlindungan nyawa dan lumpuh tubuh badan disebabkan kemalangan dan juga sakit kritikal.

Sekarang ni serendah RM50 sebulan dah boleh sediakan RM500K takaful hibah mahupun takaful kemalangan diri, tertakluk pada usia, jantina dan risiko pekerjaan.

wasap.my/60172104020

Semoga setiap keluarga ada at least satu sijil Takaful hibah dan juga kemalangan sebagai persediaan kewangan untuk diri, pasangan dan anak-anak.

Kredit : Nira Mawangi Sarif

Bila viral kisah bahawa hibah takaful boleh dicabar atau kena difaraidkan, ramai pemilik sijil Takaful Hibah mula risau ...
01/06/2025

Bila viral kisah bahawa hibah takaful boleh dicabar atau kena difaraidkan, ramai pemilik sijil Takaful Hibah mula risau dan antara soalan yang timbul ialah:

“Kalau boleh dicabar atau kena faraid, apa gunanya ambil hibah? Nanti jadi bergaduh juga akhirnya”.

Sebenarnya kisah yang viral ini bukan kisah biasa dan ada beberapa isu yang ‘lain’ di sebaliknya.

Berdasarkan cerita ahli keluarga terdekat dan bukti-bukti dokumen yang dipaparkan ianya berkisar di atas sikap penuntut (ahli keluarga suami) yang inginkan juga hibah tersebut walaupun sebenarnya yang menuntut adalah tidak layak dari segi Undang-Undang.

Kes ini dikatakan berlaku pada tahun 2021 di mana manfaat takaful hibah telah dibayar sepenuhnya kepada Balu Allahyarham tanpa sebarang isu.

Tuntutan untuk mencabar hibah ini p**a dikatakan baru sahaja berlaku baru-baru ini sehingga menjadi viral.

Untuk pemahaman kenapa perkara ini boleh berlaku, kita kena fahami dulu bahawa penama dalam hibah takaful terbahagi kepada dua iaitu:

1. Benefisiari – penerima hibah mutlak
2. Wasi (executor) – pentadbir yang perlu bahagikan hibah kepada yang berhak mengikut Undang-Undang.

Di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) jelas menerangkan kedudukan Wasi dan Benefisiari dalam konteks takaful seperti berikut:

1. Penama sebagai Wasi.
Penama yang dinamakan sebagai wasi bertindak sebagai pentadbir manfaat takaful, iaitu orang yang mengurus dan membahagikan manfaat tersebut mengikut wasiat si mati atau hukum faraid sekiranya tiada wasiat.

Kesan undang-undang: Wang takaful itu masih dianggap sebahagian daripada harta pusaka dan tidak terus menjadi milik wasi. Wasi hanya mengurus dan menyampaikan kepada waris yang sah mengikut hukum.

Rujukan IFSA 2013 6 (2)
"Bagi maksud subperenggan (1) jika seorang penama bagi peserta takaful menerima manfaat takaful itu sebagai seorang wasi, penama sedemikian hendaklah membahagikan manfaat takaful itu dalam penjalanan mengikut wasiat peserta takaful itu atau mengikut undang–undang yang berhubungan dengan pembahagian harta pusaka si mati yang terpakai bagi pentadbiran harta pusaka peserta takaful yang mati peserta takaful itu."

2. Penama sebagai Benefisiari di bawah Hibah Bersyarat
Penama menerima manfaat takaful sebagai pemilik mutlak, dan manfaat ini tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka si mati.

Kesan undang-undang: Manfaat akan terus dibayar kepada benefisiari dan tidak tertakluk kepada faraid.

Rujukan IFSA 2013 3 (2)
"Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2 (1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, mempunyai kesan memindahkan pemilikan, dan hendaklah memindahkan pemilikan, manfaat takaful yang kena dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya."

Kenapa hibah bersyarat sah di sisi undang-undang dan tidak perlu difaraid?

Kerana manfaat takaful hanya wujud selepas kematian pemilik sijil dan ini membolehkan hibah bersyarat dikuatkuasakan tanpa perlu melalui faraid, seperti diperuntukkan dalam IFSA:

“Manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya.”

Penuntut dikatakan telah membawa kes ini ke mahkamah Syariah namun tuntutan telah ditolak kerana menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) jelas menyatakan bahawa Balu adalah Benefisiari, makanya hibah ini tidak termasuk dalam harta pusaka/faraid.

Penuntut yang masih tidak berpuas hati kemudiannya membawa kes ini ke mahkamah Sivil p**a. Peguam Penuntut dikatakan telah memanip**asi fakta bahawa Balu adalah Wasi dan bukannya Benefisiari.

Balu juga tidak hadir ketika penghakiman kerana telah berpindah dan notis tidak dapat disampaikan kepada beliau.

Di mahkamah Sivil, berdasarkan maklumat yang diberikan, hakim telah menjatuhkan penghakiman bahawa sebagai Wasi, hibah tersebut perlu dibahagikan secara faraid.

Kes ini sebenarnya masih belum selesai dan dikatakan akan dibawa ke Mahkamah Rayuan p**a setelah Balu menyedari perkara yang terjadi.

InsyaAllah, bila dibicarakan semula dengan fakta yang tepat, saya percaya hibah tersebut kekal milik Balu seperti yang diperuntukkan dalam IFSA 2013 itu sendiri.

Ramai juga yang kata, maksudnya semua perkara boleh dicabar di mahkamah jika ada pihak yang tidak berpuas hati.

Ya betul, namun boleh dicabar tidak semestinya akan berjaya kerana sebenarnya bila Undang-Undang telah jelas, tuntutan akan ditolak.

Saya bagi contoh lain p**a yang lebih mudah difahami.

Situasi:
Abdullah beli rumah atas nama isterinya, Aminah. Dokumen hak milik (geran) semua atas nama Aminah. Abdullah dah niatkan sebagai hadiah semasa hayatnya, rumah itu adalah hadiah kepada Aminah.

Bila Abdullah meninggal dunia, adik-beradik lelaki Abdullah datang menuntut rumah tu dan menyatakana kononnya Aminah cuma "penjaga", dan rumah itu sepatutnya jadi harta pusaka.

Namun realitinya:

1. Rumah atas nama Aminah = pemilikan sah, bukan harta pusaka.

2. Tuntutan boleh dibuat tapi hampir pasti ditolak, sebab jelas ia bukan milik Abdullah si mati secara sah.

Dalam contoh hibah takaful di atas dan contoh kedua berkenaan rumah Aminah, pemilikan telah sah dan jelas.

Namun jika masih ada yang cuba ingin menuntut, ianya adalah perkara yang di luar kebiasaan dan mungkin berlaku 1 dalam 1000.

Mahkamah biasanya menolak tuntutan sebegini jika dokumen milik sah wujud dan tiada bukti penipuan/paksaan namun dalam kes Hibah tadi, manip**asi maklumat dikatakan telah berlaku sehingga keputusan penghakiman berlaku sebaliknya.

Seperti yang saya selalu pesan juga kepada client, penerima hibah ni boleh lebih dari satu.

Boleh sahaja kita nak letak nama penerima hibah tu dua, contohnya 70% nama pasangan dan 30% nama ahli keluarga yang lain.

Memberi hadiah ni sangat digalakkan terutama kepada ibu bapa yang banyak berjasa kepada kita.

Ada juga client yang ambil hibah sampai 2-3. Hibah pertama diletakkan nama pasangan sepenuhnya, hibah kedua diletakkan nama ibu dan ayah. Hibah ketiga p**a diletakkan nama anak-anak/adik beradik.

Dokumen yang disertakan di ruangan komen ini adalah daripada facebook Tuan Naim Fital. Beliau juga ada menceritakan kisah ini daripada sudut perundangan dan sangat jelas difahami.

Pelan Perlindungan Takaful Hibah Termurah RM100,000 kembali lagi!Tarikh Tutup: 30 September 2024.Jom dapatkannya hari in...
21/09/2024

Pelan Perlindungan Takaful Hibah Termurah RM100,000 kembali lagi!

Tarikh Tutup: 30 September 2024.

Jom dapatkannya hari ini!

Sangat sesuai untuk ketua keluarga/pasangan/anak-anak.

Serendah RM15 sebulan untuk hibah RM100,000 namun nilainya sangat bermakna seandainya berlaku musibah yang tak terduga.

Inilah peluang untuk semua memiliki perlindungan patuh syariah.

Untuk mereka yang betul-betul sihat sahaja dan berat badan tidak obesiti ya.

Hubungi kami hari ini.

wasap.my/60172104020
KAG Advisory
Team Superdaddy Khairul Abdullah

Address

Shaftsbury
Putrajaya
62000

Telephone

+60172104020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Hibah Great Eastern posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share