Azufa Management & Services

Azufa Management & Services Menyediakan perkhidmatan bagi penyediaan penyata kewangan syarikat sama ada enterprise atau sdn bhd, tax dan business consultation. Perlukan bantuan....?

Alhamdulillah…Selamat Hari Raya Aidiladha 🕋, Happy Birthday to Muhammad Safwan 🎂dan Welcome to Wafa (our new staff) ❤️Cu...
03/06/2026

Alhamdulillah…

Selamat Hari Raya Aidiladha 🕋, Happy Birthday to Muhammad Safwan 🎂dan Welcome to Wafa (our new staff) ❤️

Cuti yang panjang hujung bulan May yang lalu, bermula dengan cuti Hari Raya Aidiladha, masuk ke weekend dan sambung isnin Birthday Agong…

Pagi masuk office meeting dengan staff untuk event2 yang akan dilaksanakan sepanjang bulan 6 ini. Antaranya, meeting dengan client untuk review 1st quarter 2026, company trip to Bukit Cahaya Alam, di Shah Alam and last month to hantar borang B untuk client2 enterprise… Fuhhh.. pack nie !!! 😆😁…

Semoga urusan kami, dipermudahkan dan semoga tahun ini, tahun kecemerlangan bagi kami di Azufa Management & Services… Insya-Allah amin 🤲🏻

By the way, kami kini ada menyediakan perkhidmatan company secretary. Mana2 yang nak bukak syarikat sdn bhd, boleh contact admin kami di talian whataap di bawah 👇👇👇👇👇👇

https://wa.link/5wzq2w

https://wa.link/5wzq2w

sis
bukan

Alhamdulillah… ✨Jodoh pertemuan semuanya aturan Allah SWT. Memang tak sangka dapat jumpa balik mereka berdua ni 😆Entah b...
23/05/2026

Alhamdulillah… ✨

Jodoh pertemuan semuanya aturan Allah SWT. Memang tak sangka dapat jumpa balik mereka berdua ni 😆

Entah bila kali terakhir jumpa pun dah tak ingat… maklumlah, lepas 5 kali beranak, banyak urat dah terputus 🤣 ingatan pun terhad 🤭🤭

Seronok dengar cerita perjalanan bisnes mereka. Jatuh bangun, susah senang, semua ditempuh bersama. Sis memang kagum dengan persahabatan mereka. Bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku… turun naik business, mereka tak tinggal kawan belakang 👍🏻

Dalam dunia bisnes hari ni, bukan mudah nak jumpa partner dan sahabat yang saling percaya mempercayai dan terus berdiri bersama, tidak kira waktu susah mahupun senang.

Alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada kami di Azufa Management & Services untuk uruskan kewangan, perakaunan dan percukaian — bukan sekadar siapkan kerja, tapi pastikan semuanya dibuat dengan teliti dan amanah 💪🏻

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan semoga kita semua terus berjaya, berkembang dan dimurahkan rezeki 🤍

sis
bukan

Alhamdulillah.. 🌷Berkat doa dan didikan daripada kedua ibu bapa, serta usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan,  ketika d...
19/05/2026

Alhamdulillah.. 🌷

Berkat doa dan didikan daripada kedua ibu bapa, serta usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan, ketika dalam tempoh latihan praktikal, kami dengan penuh rasa gembira melamar beliau untuk terus bersama keluarga besar Azufa Management & Services

Selamat datang kepada Wafa sebagai ahli keluarga baru kami 🤍

Semoga kehadiran Wafa dapat terus membawa semangat positif, menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman, serta berkembang bersama kami dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua client-client Azufa.

Semoga kami juga terus istiqamah, amanah dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Welcome to Azufa & all the best, Wafa 💪🏻✨

Kepada usahawan wanita, anda harus rebut peluang ini bagi memperkasa perniagaan anda sedia ada. Dapatkan maklumat lanjut...
19/05/2026

Kepada usahawan wanita, anda harus rebut peluang ini bagi memperkasa perniagaan anda sedia ada.

Dapatkan maklumat lanjut di https://aim.gov.my ataupun walkin ke Amanah Ikhtiar dikawasan berhampiran tempat dimana perniagaan anda beroperasi.

Selamat Maju Jaya Wanita Hebat !!!

Alhamdulillah…Setiap kali sesi perjumpaan bersama client, pasti ada pelbagai cerita, pengalaman dan cabaran perniagaan y...
18/05/2026

Alhamdulillah…

Setiap kali sesi perjumpaan bersama client, pasti ada pelbagai cerita, pengalaman dan cabaran perniagaan yang dikongsikan bersama. Kadang-kadang dari situlah banyak pengajaran dan kesedaran yang dapat diambil.

Client sis kali ini meluahkan kebimbangan mengenai prestasi perniagaan mereka apabila syarikat mengalami kerugian bagi tahun kewangan 2025. Selepas sesi post mortem dibuat, banyak perkara yang mereka sedari — antaranya kelewatan mengambil tindakan terhadap sesuatu keputusan sebenarnya memberi impak yang sangat besar, terutamanya terhadap aliran tunai (cash flow) syarikat.

Sebab itu setiap perancangan perlu dibuat dengan teliti dan pelaksanaannya juga perlu dijalankan mengikut spesifikasi serta tempoh yang telah ditetapkan. Jika tidak, kesannya akan mula dirasai pada kedudukan kewangan dan kestabilan cash flow syarikat.

Selain itu, kerugian bagi tahun kewangan 2025 juga dikhuatiri memberi kesan kepada lesen vendor Petronas yang telah lama mereka pegang. Mereka bimbang sekiranya kontrak tidak disambung atau skop kerja serta LO yang diterima akan menjadi semakin kecil pada masa akan datang.

Isu penalti daripada SST Kastam turut menjadi antara perkara yang membebankan mereka. Dalam hal ini, tiada banyak ruang kompromi yang boleh diberikan dan mereka terpaksa akur dengan tindakan serta penalti yang dikenakan. Secara tidak langsung, keadaan ini turut menyukarkan proses rolling cash flow syarikat.

Semoga segala urusan client sis ini dipermudahkan Allah SWT dan diberikan jalan keluar yang terbaik dalam menguruskan cabaran perniagaan yang sedang dihadapi 🤍

sis
bukan

Alhamdulillah… 🌿Selesai sudah urusan kami menyediakan penyata kewangan syarikat client sis ini dan kini management accou...
18/05/2026

Alhamdulillah… 🌿

Selesai sudah urusan kami menyediakan penyata kewangan syarikat client sis ini dan kini management account telah bersedia untuk diserahkan kepada pihak auditor bagi tindakan selanjutnya.

Tahniah juga kepada client sis atas usaha dan perancangan projek tanaman buah tin yang dibangunkan bersama share partner beliau. Satu usaha yang sangat baik dalam memperkenalkan tanaman sunnah yang mempunyai potensi besar dalam industri pertanian dan pasaran makanan sihat.

Semoga segala usaha, perancangan dan pengembangan perniagaan ini dipermudahkan Allah SWT serta mendapat perhatian dan sokongan daripada pihak berkaitan agar buah tin tempatan dapat diperluaskan ke pasaran serantau Asia suatu hari nanti.

Di sini juga ada jual buah tin segar yang dipetik terus dari pokok dan boleh dimakan begitu sahaja. Memang satu pengalaman yang menarik kerana tidak semua orang berpeluang merasa buah tin segar yang baru dipetik 🌱

Pokok buah tin juga ada dijual di sini ya 😊

Buah tin atau buah ara merupakan antara buah yang istimewa kerana disebut di dalam Al-Quran menerusi Surah At-Tin. Buah ini sering dikaitkan dengan pelbagai khasiat kesihatan dan menjadi simbol keberkatan serta nikmat kurniaan Allah SWT kepada manusia. Semoga perniagaan yang dibangunkan ini terus berkembang maju dan memberi manfaat kepada ramai orang, insya-Allah 🤍

sis
bukan

Alhamdulillah… ❤️Antara client non bumi yang sis attend. Dah masuk tahun ke-3 bersama mereka, dan client ini datang mela...
17/05/2026

Alhamdulillah… ❤️

Antara client non bumi yang sis attend. Dah masuk tahun ke-3 bersama mereka, dan client ini datang melalui recommendation daripada client yang lain.

Seronok bila berurusan dengan family yang sangat terbuka dan mempunyai pengetahuan yang baik mengenai percukaian dan akaun. Mereka faham tentang depreciation, capital allowance, non-allowable expenses dan banyak lagi, jadi setiap perbincangan menjadi lebih mudah, tenang dan professional.

Business ini milik anak mereka, tetapi apa yang paling menyentuh hati sis ialah bagaimana kedua ibu bapanya sentiasa menjadi tulang belakang, penyokong dan sumber kekuatan dalam setiap perjalanan anak mereka. Sentiasa ada memberi dorongan, nasihat dan semangat untuk melihat anak berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Bila tengok hubungan kekeluargaan macam ini, memang rasa sangat kagum. Kejayaan seseorang kadang-kadang bukan hanya datang daripada usaha sendiri, tetapi juga daripada doa, sokongan dan kasih sayang keluarga yang tidak pernah putus.

Family bonding that truly inspires ❤️

sis,
bukan

Rujukkan lanjut mengenai PCB Ini roadmap PCBTanggungjawab majikan untuk buat potongan PCB atas gaji pekerja (yang layak ...
05/05/2026

Rujukkan lanjut mengenai PCB

Ini roadmap PCB
Tanggungjawab majikan untuk buat potongan PCB atas gaji pekerja (yang layak sahaja) dan kemudian remit the payment to LHDN… jangan dah dipotong gaji staff tu x di bayar pulak ke LHDN, lagi banyak penalty tu nyer nanti… 😅😆

bukan
sis

Alhamdulillah… Hari yang ditunggu-tunggu sudah tibaa.. Memang agak nervous lah jugak kan bila nak berjumpa dengan pegawa...
04/05/2026

Alhamdulillah…

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tibaa..

Memang agak nervous lah jugak kan bila nak berjumpa dengan pegawai pegawai LHDN nie.. client sis lagi lah, cuti panjang sempena hari pekerja yang lalu, memang x senang bercuti dia 😅 bila memikirkan depa nak mai opis.

First time jugak lah nak attend issue PCB nie, biasanya kes yang sis attend, semakkan penyata kewangan, pendapatan terkurang lapor dan semakkan document pelepasan cukai. Tapi kali ini, PCB… pekara yang x related dengan account.. tapi tak apalah, kita bantu client … and sis ambil peluang ini untuk timba pengalaman jugak.

PCB adalah cukai pendapatan yang dipotong setiap bulan daripada gaji pekerja oleh majikan.

Maknanya:

✔️ Majikan akan tolak sedikit cukai dari gaji pekerja setiap bulan
✔️ Kemudian majikan akan bayarkan terus kepada LHDN bagi pihak pekerja

Tujuan PCB ialah untuk:

✔ Elakkan bayar cukai sekaligus (lump sum) hujung tahun
✔ Mudahkan pekerja urus kewangan
✔ Pastikan cukai dibayar secara konsisten

Siapa yang terlibat dengan PCB ?

✔️ Majikan → wajib potong & hantar PCB ke LHDN
✔️ Pekerja → bayar cukai melalui potongan gaji

Nota penting

✔️ PCB bukan cukai tambahan, tapi bayaran ansuran cukai
✔️ Bila buat e-Filing (Borang BE):
🔘 terlebih bayar → dapat refund
🔘 terkurang bayar → kena tambah bayaran cukai

Faham ker faham …?? 😆😆

Semua document as per listing, kita dah serahkan kepada pegawai LHDN, so now tunggu finding jer dari mereka. Kalau setuju dengan penalty yang dikenakan, kita bayar jer lah… 😅 kalau tak setuju, then kita appeal … and immediate effect, client sis kene buat lah PCB pada staff mereka yang layak di PCB kan ☺️

bukan
sis

Untuk submission BE - individu yang tidak mempunyai perniagaan / individu yang hanya makan gaji Tarikh akhir submission ...
03/05/2026

Untuk submission BE - individu yang tidak mempunyai perniagaan / individu yang hanya makan gaji

Tarikh akhir submission BE ialah 30/4
Namun LHDN, membuat penambahan masa sehingga 15/5

Anda masih mempunyai masa untuk menghantar Borang BE dan elakkan diri dari dikenakan penalty lewat menghantar borang cukai dan membayar cukai

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau bantuan mengenai submission Borang BE anda, boleh hubungi kami di link whatapp di bawah 👇👇👇👇👇

https://wa.link/5wzq2w

https://wa.link/5wzq2w

bukan
sis

Address

No. 50 Jalan Karyawan Bestari
Puncak Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azufa Management & Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Azufa Management & Services:

Share

Category