21/12/2020
Ada perkara yang boleh kita kawal, ada perkara yang tak boleh kita kawal.
Antara perkara yang boleh kita kawal ialah perbelanjaan kita, simpanan kita dan cara hidup kita.
Jika kita perbelanjaan kita terlalu boros, kita boleh didik diri supaya berbelanja hanya yang perlu saja, potong mana perbelanjaan yang tidak perlu.
Jika simpanan kita masih sedikit, kita boleh usaha sedaya mungkin untuk tingkatkan simpanan kita.
Jika gaya hidup kita masih di kedai-kedai hipster, lepas ini kita ubah hanya di kedai mamak saja.
Itu perkara yang boleh kita ubah dengan daya upaya kita.
Ada perkara di luar kawalan kita iaitu nilai simpanan kita dalam jangka masa panjang. Kita perlu menerima hakikat yang mana nilai duit kertas semakin lama semakin merosot.
Ambil saja nilai RM100 ketika ini berbanding dulu. Banyak beza bukan?
Antara sebab kenapa anda perlu tahu bagaimana untuk meningkatkan kewangan anda menjadi sesuatu yang luar biasa!
Boleh hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut:
πhttps://wa.me/60128636631
πhttp://ikiaraplatinium.com.my/
π§[email protected]