21/11/2025
Baru-baru ini saya berkongsi satu post di medsos akan bahaya mempraktik sistem overlap/beranak/fungsi emas di arrahnu.
Lalu ada seorang hamba Allah buat komen, βOh, orang PG. Fahammm.β
Jadi di mata hamba Allah ini saya upload post tersebut kerana saya tak puas hati dengan sistem overlap dan kerana saya dealer PG.
Hamba Allah ini mungkin lupa atau buat-buat lupa yang saya dan PG jual emas! Yes, tuan puan, adik-adik, saya dan PG jual emas.
FYI, jumlah pemegang akaun PG semasa saya tulis post ini sudah lebih 2.1 juta orang!
Jika saya dan semua dealer PG mempromosikan sistem overlap/beranak/fungsi emas di arrahnu (ingat yang PG juga ada arrahnunya sendiri), jualan PG bukan sahaja akan double, malah ia boleh naik 5 atau 10 kali ganda! Dan komisen semua dealer juga akan double, malah ia boleh naik 5 atau 10 kali ganda!
Tapi kami β dealer dan juga pihak pengurusan PG β tidak mempromosikan sistem overlap ini.
Mengapa tidak?
Kerana kami tahu sistem overlap emas di arrahnu adalah songsang dan akan berakhir dengan kerugian yang super besar, tangisan dan seribu kesalan.
Jadi the fact that kami tidak mempromosikan sistem overlap ini merupakan sesuatu yang baik, bagus dan murni.
Saya dan para dealer di PG berkongsi ilmu yang tepat, selamat, patuh-syariah dan yang menguntungkan customer kami in the long run - bukan menjual emas semata-mata.
Bukankah ini dealer yang anda cari? Dealer yang memikirkan kesejahteraan dan keuntungan anda instead of menambahkan jualan dan komisen dia sahaja?