01/03/2018
GERAKAN KESEDARAN HIBAH PERAK TIDAK MELIBATKAN HIBAH TAKAFUL !
Baru pagi DYMM Sultan Perak lancarkan GERAKAN KESEDARAN HIBAH PERAK , tengahari ni dah ada cubaan mengaitkan HIBAH TAKAFUL dalam Gerakan ini.
MAKLUMAN PENTING :
HIBAH TAKAFUL TIDAK TERMASUK dalam GERAKAN KESEDARAN HIBAH PERAK. Usahasama khusus di bawah nama Gerakan ini ialah untuk mempromosi HIBAH HARTANAH & HIBAH SAHAM SYARIKAT melalui Wasiyyah Shoppe sahaja seperti kandungan PERJANJIAN yang ditandatangani Wasiyyah Shoppe Bhd dan Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak sahaja.
Saya ulangi GERAKAN KESEDARAN HIBAH PERAK tidak melibatkan HIBAH TAKAFUL. Saya harap kawan2 perunding takaful TIDAK MENGGUNAKAN nama Gerakan ini bila mempromosi HIBAH TAKAFUL.
Ia lambang khas yang digunakan khusus berkait dengan Perjanjian di antara Wasiyyah Shoppe Berhad dan MAIPK serta telah ditrademark kan. Sebarang penggunaan lambang ini tanpa kebenaran Wasiyyah Shoppe Berhad dan MAIPK adalah pelanggaran undang2. Saya harap perunding2 takaful ambil maklum perkara ini.
Hanya penggerak GERAKAN KESEDARAN HIBAH yang mempunyai kad id khusus sahaja yang telah dilatih & diberikan kuasa untuk mewakili Gerakan ini. Harap maklum .