07/07/2024
SALAM MAAL HIJRAH 1446H
Maal Hijrah atau awal Muharram, merupakan hari yang amat signifikan bagi setiap umat Islam. Ia memperingati peristiwa bersejarah dalam Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. bermula dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Setiap kali tiba 1 Muharram, kita menyambut tahun baru dalam kalendar Hijrah dengan penuh kesyukuran dan refleksi atas perjalanan spiritual dan sejarah umat Islam.