07/03/2023
Buka akaun ASB secara online tanpa perlu ke cawangan atau mana-mana ejen ASB (Bank).
Sebelum apply ASB Financing, kita perlu ada akaun ASB dulu. Boleh register secara online dan masukkan duit minimum RM10 sahaja.
Jangan tersilap pilih dana sebab dalam ASNB ada banyak pilihan dana. Pastikan pilih dana yang betul iaitu *AMANAH SAHAM BUMIPUTERA*.
β οΈ Tips : Semasa mendaftar, bakal pelabur perlu menjawab soalan untuk menilai tahap kesesuaian dana. Sila jawab seolah-olah kita newbie dan tak tahu apa-apa mengenai pelaburan. Pilih risiko yang paling rendah dan tidak mahu kehilangan modal. Supaya pilihan dana yang dicadangkan adalah ASB.
Kalau tersalah pilih dana, jangan risau. Boleh buat *PELABURAN BARU* dan masukkan sahaja duit ke dalam dana ASB.
Link rujukan seperti dibawah π
https://youtu.be/a2-GTQgytgQ