29/11/2021
*CORETAN UTK ISTERI DAN SUAMI*
Pengalaman kehilangan โmy other halfโ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti.
*Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya samada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan...*
1. Mesti tahu dan faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.
2. Sentiasa berdoa supaya kita dan pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.
3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kepada pasangan password hp, email, myeg & pin no kad-kad ATM dan lain-lain.
Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit yang ada. (Walaupun begitu semua duit perlu diagihkan mengik*t faraid.)
Sebaik sahaja kita daftar untuk dapatkan sijil kematian, semua akaun akan dibekukan. Wang tidak boleh diambil, tanah tak boleh ditukar milik.
4. Buat salinan ic pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak dan no kad pengenalan anak-anak. Dokumen ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila membuat semua urusan berkaitan.
5. Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan (bil bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang dan sebagainya) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan banyak urusan untuk uruskan hutang-hutang dan harta2 yang ditinggalkan.
โKita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yang telah meninggal akan lebih susah jika hutang dan harta tidak diurus dengan segeraโ.
Jika kita benar sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.
6. Hubungi bank yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga blh claim khairat kematian drpd bank/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit utk claim. EPF dlm tempoh 6 bulan tapi Bank Rakyat dalam masa 3 bln shj. Kalau lewat, hangusss)
Pastikan juga semua akaun di atas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir. *SOCSO ada pencen bulanan untuk pewaris.
7. Kepada para isteri, belajar mengenai IDDAH dan IHDAD.
Tempoh iddah adalah 4BULAN 10HARI. Bukan 44 hari ye?
8. Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yang berhak ke atas harta yang ditinggalkan dan berapa banyak yang perlu diagih-agihkan. Isteri hanya berhak 1/8 sahaja harta pusaka. Selebihnya milik anak2, mak/ayah suami dan mungkin penerima2 yang lain.
PENAMA bukanlah bermakna harta ditinggalkan seratus peratus kepada mereka. Penama WAJIB menguruskan pembahagian harta mengik*t syariat yang telah ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM!
9. Jika berkemampuan, mencarumlah dengan takaful HIBAH untuk semua pinjaman bank, diri sendiri dan keluarga. Wang tuntutan hibah boleh membantu meneruskan kelangsungan hidup serta boleh disedekahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.
*Money is not everything, but everything needs money*.
Wang hibah tidak tertakluk kepada faraid. Waris lain TIDAK BERHAK menuntut wang hibah.
Adanya wang hibah, bolehlah isteri selesaikan tuntutan faraid dan menguruskan proses 'mencairkan' harta pusaka suami jika perlu.
10. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga dan sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan dan tidak berdaya.
11. Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi sebab malaikat maut boleh datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Panggil pasangan dan bincangkan perkara ini.
Dengan sedikit perkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri2) tidak akan hilang punca.
Allahualam.
Kredit: Solah Hiyah Mohd Idris
*PERSOALANNYA:*
1. Buat para suami, apa jaminan orang lain boleh menjaga kebajikan anak isteri anda selepas menerima harta pusaka anda?
2. Buat para isteri, cukupkah anda meneruskan hidup dengan anakยฒ dgn hanya 1/8 sahaja harta tinggalan suami?
Fikirlah bersama pasangan anda.
Semoga perkongsian ini memberi banyak manafaat..
__________________
Forward dari cikgu Zai (sudah pencen lama)
Coretan ni ditulis oleh cikgu Solahiah dr sekolah Menengah Hulu Kelang kawan saya. Mmg dia tenggelam punca bila tiba2 suami meninggal
c n p