12/04/2024
[Hutang Pasangan Wajib DiLunas]
Mendepani kurun ke-21, suatu kenyataan yang tidak dapat dinafikan apabila majoriti rakyat dewasa terpaksa menanam hutang hanya bagi memenuhi keperluan asas.
Keperluan seperti kediaman, hartanah dan kenderaan merupakan antara faktor utama individu terpaksa menandatangani kontrak pembiayaan dengan institusi perbankan. Begitu juga dengan pinjaman peribadi sama ada bagi memulakan perniagaan, persiapan majlis perkahwinan, menyediakan kelengkapan rumahtangga atau untuk tujuan kecemasan.
Pahitnya lagi, kita juga perlu menerima hakikat bahawa terdapat segelintir masyarakat berhempas p**as mengabdikan diri membanting tulang sepanjang hayat, semata-mata bagi melangsaikan hutang.
Apatah lagi, apabila jumlah yang perlu dibayar kepada institusi perbankan tersebut meningkat dua atau tiga kali ganda berbanding nilai asal pinjaman dengan tempoh keberhutangan yang panjang.
Justeru, bukanlah suatu perkara asing apabila suami atau isteri mengambil inisiatif berhutang dengan pasangan masing-masing. Pinjaman yang diberikan p**a segalanya dilakukan atas dasar kasih sayang dan tolak ansur dengan harapan agar perkahwinan yang dibina tersebut terus utuh, berkembang bahagia seiring kemampanan ekonomi keluarga.
Di Malaysia, kajian menunjukkan punca utama perceraian adalah disebabkan faktor kewangan dengan empat alasan dikenalpasti sebagai penyumbang kepada faktor kewangan tersebut, iaitu tidak memberi nafkah zahir, gaya hidup berhutang, kewangan belum kukuh dan perbelanjaan melebihi kemampuan.
Persoalannya, apakah tatacara berhutang yang ditetapkan oleh Islam? Apakah peruntukan undang-undang di Mahkamah Syariah yang membenarkan tuntutan hutang terhadap pasangan difailkan? Apakah pembuktian yang perlu dikemukakan?
Bagaimana p**a jika isteri/suami menjadi proksi pinjaman kepada pasangannya? Dan adakah tuntutan hutang ini boleh dilakukan terhadap pasangan yang telah meninggal dunia? Serta apa kesannya terhadap pembahagian harta pusaka?
Untuk menjawab persoalan tersebut, ikuti artikel penuh nukilan YBrs. Dr. Roziana Mat Amin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Latihan JKSM di kolumn Lensa JKSM, Utusan Malaysia.
π±ππππππ π²ππππππππ πΊππππππ π΄πππππππ