29/07/2022
REFINANCE RUMAH? PERLU KE?
Rumah dah beli 10 tahun lepas, value dah makin tinggi, like pun dah bukan-bukan, patut ke tidak buat refinancing?
First kena tahu juga, untuk apa anda nak buat refinancing ni? Antaranya:
- Kurangkan kadar faedah dan ansuran rumah dari sebelum ni.
- Untuk disatukan dengan hutang lain (debt consolidation)
- Pendekkan tempoh loan
- Nak dapatkan cash melalui equity semasa yang ada pada hartanah
Mungkin ada yang cakap tak perlu, bazir masa nak cari lawyer, cari banker apa semua.
Kami dulu ada klien yang terdesak sebab hutang bertimbun, hampir kena panggil AKPK, kini dapat kurangkan komitmen bulanan dengan refinance rumah.
Nak refinance ni, kita kena rajin survey pada banker untuk dapat nilai tertinggi hartanah kita tu, paling tinggi boleh dapat hingga 90% harga pasaran.
Klien yang saya maksudkan tadi, gaji not bad, tiap-tiap bulan RM6,000, tapi total hutang bulanannya sampai RM5,000 (bayar rumah, kereta, personal loan dan kad kredit). Ada RM1,000 je untuk buat belanja makan dan lain-lain.
Lepas buat refinancing, dapat loan baru dengan 90% market price, dia terus langsaikan semua hutang jahat. Sekarang dari RM5,000 sebulan, komitmen bulanan dia terus jadi RM1,700 je. Jauh kan beza?
Sebab itulah penting untuk belajar macam mana nak tutup hutang jahat dengan hutang baik. Sekarang, komitmen dah sikit, baru ada ruang sikit nak ‘bernafas’
Apa-apa pun, kena tanya diri sendiri juga, untuk apa anda nak buat refinancing ni?
Kalau rasa kesihatan kewangan tu stabil, boleh bayar komitmen tiap-tiap bulan, tak buat pun takpe.
Tapi kalau rasa hutang tak surut-surut sampai efek belanja bulanan, nak tidur malam pun susah, bolehlah cuba refinance rumah tu.