21/02/2022
SIAPA YANG AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENYELESAIKAN HUTANG KITA SETELAH BERLAKU KEMATIAN?
Adakah kita hendak meletakkan beban hutang kita kepada isteri dan anak-anak kita jika kita sudah meninggal dunia?
Apakah persediaan kita sebagai seorang ayah dan suami untuk memastikan isteri dan anak-anak tidak terbeban setelah kita meninggal?
Adakah simpanan dan harta kita sedia ada sekarang mencukupi dan boleh digunakan untuk menyelesaikan segala hutang-hutang kita dan dapat meringankan beban waris kita setelah kita meninggal dunia?
Saya yakin persoalan diatas pasti bermain di minda setiap orang yang memiliki isteri dan anak-anak. Namun saya pasti ramai yang tidak tahu bagaimana hendak mencari ikhtiar yang terbaik untuk keluarga mereka.
Disini HIBAH TAKAFUL dapat memberikan penyelesaian yang anda perlukan.
‼️5 SEBAB UTAMA KENAPA PERLU ADA HIBAH TAKAFUL‼️
1. SUAMI PENYUMBANG UTAMA PENDAPATAN KELUARGA
Anda sebagai suami perlu sedar bahawa anda adalah penyumbang utama pendapatan keluarga. Pampasan daripada takaful ini gunanya untuk cover perbelanjaan yang isteri dan anak-anak perlukan. Boleh ke anda siapkan simpanan 10 tahun gaji sebelum anda meninggal dunia?
Katakan anda buat hibah takaful sebanyak RM 500K hari ini. Jika ditakdirkan Allah esok anda meninggal dunia. Selepas beberapa hari, isteri dan anak-anak anda akan dapat pampasan RM 500K tu. Tidak perlu lagi untuk meminta- minta simpati orang lain disebabkan anda seorang suami yang bertanggungjawab yang sudah membuat persediaan awal.
2. SUAMI PALING BANYAK HUTANG.
Kereta hutang, rumah hutang. Nanti kalau berlaku apa-apa pada anda, macam mana isteri anda nak bayar hutang-hutang ini? Tak pasal-pasal habis harta kena tarik, kena lelong. Belum campur lagi hutang kredit kad, hutang dengan orang dan lain-lain.
Salah satu kelebihan HIBAH TAKAFUL adalah bank atau kreditor tidak ada hak untuk menuntut wang pampasan hibah takaful untuk menyelesaikan hutang anda kerana wang pampasan Hibah Takaful adalah HAK MUTLAK penama dan dilindungi dibawah AKTA IFSA 2013.
3. SUAMI ADALAH KETUA KELUARGA
Dah nama pon ketua. Kenalah bertanggungjawab untuk kebajikan ahli keluarga anda sendiri. Kalau sewaktu anda hidup anda bagi duit poket RM 500 kepada isteri setiap bulan. Macam mana nak pastikan isteri masih dapat RM 500 setiap bulan daripada anda walaupun anda dah tak ada buat selamanya? So, dengan cara HIBAH lah.
Contoh buat hibah 100k, bila isteri dah terima 100k, pesan pada isteri jangan belanja sakan. Simpan dalam mana- mana unit amanah, ASB atau Tabung Haji dan gunakan dividen yang akan diperolehi sebagai wang poket.
4. SEDIAKAN DANA PENDIDIKAN ANAK
Bila anda sudah tiada, bukan isteri saja yang susah, anak-anak pun sama juga. Paling kurang kalau anda ada sediakan Hibah Takaful sebagai income protection, sebahagian daripada pampasan itu boleh terus jadi dana pendidikan untuk anak anda. Dengan pendidikan, boleh ubah nasib keluarga yang anda tinggalkan.
Berbaktilah kepasa keluarga walaupun kita sudah tiada di dunia.
Nilai hibah yang sepatutnya kita sediakan mestilah sama dengan 10 tahun gaji kita.
Contoh gaji kita RM 4000. Jadi kita perlu sediakan hibah takaful RM 4000 x 12 x 10 = RM 480,000 kepada anak-anak dan isteri.
5. ISTERI JUGA PERLU HIBAH TAKAFUL
Zaman sekarang ini, kebanyakan istero bekerjaya. Jadi, jika perkara buruk berlaku kepada isteri, keluarga anda juga akan terjejas financially. Untuk isteri, cukup untuk sediakan 5 tahun gaji dengan hibah takaful.
ANGGARAN CARUMAN HIBAH TAKAFUL
================================
Lelaki/ 25 Tahun/ Tidak Merokok
RM 100k : RM 74 sebulan
RM 500k : RM 220 sebulan
Lelaki/ 30 Tahun / Tidak Merokok
RM 100k : RM 86 sebulan
RM 500k : RM 232 sebulan
Lelaki/ 35 Tahun / Tidak Merokok
RM 100k : RM 98 sebulan
RM 500k : RM 262 sebulan
Lelaki/ 45 Tahun / Tidak Merokok
RM 100k : RM 143 sebulan
RM 500k : RM 364 sebulan
Tetapi, apa-apa pun ikutlah bajet masing- masing. Asalkan jangan sampai rasa terbeban setiap bulan.
Disaran, peruntukan untuk hibah takaful ini tak lebih daripada 10% daripada gaji bulanan kita.
Boleh click butang whatapps untuk hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut.