18/09/2021
FAKTOR YANG MENJADI PUNCA HARTA PUSAKA TIDAK DAPAT DISELESAIKAN DAN CARA PENYELESAIANNYA.
1. Tidak mencapai permuafakatan keluarga semasa pengurusan harta pusaka.
2. Waris tidak mempunyai wang untuk menguruskan harta pusaka simati.
3. Waris tidak tahu harta yang simati ada.
4. Waris tidak tahu cara pengurusan harta pusaka.
5. Waris tiada masa untuk menguruskan harta pusaka simati.
6. Waris sudah jadi complicated atau berlapis disebabkan pengurusan yang lambat.
Ini adalah beberapa sebab kenapa pengurusan harta pusaka menjadi lambat dan tidak dituntut.
Ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan supaya harta pusaka kita nanti dapat diuruskan dengan cepat, mudah dan pantas.
1. Buat perancangan awal untuk harta kita. Lakukan semasa kita hidup. Wasiat dan hibah harta.
2. Lantik syarikat amanah untuk menguruskan harta kita apabila kita tiada nanti. Apabila melantik syarikat amanah, mereka mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan harta ni.
Dengan ini, kita dapat mempercepatkan process pengurusan harta pusaka nanti. Company yang uruskan, bukan waris.
3. Sediakan file untuk simpan segala document yang kita ada. Document harta ya, bukan resit sahaja. S&P, Geran, No acc bank, no acc investment, no sijil takaful.
Tak mahu tinggalkan no pin ATM pun takpe, janji tahu no acc supaya mudah dimasukkan kedalam urusan harta pusaka nanti.
4. Sediakan satu plan takaful dengan manfaat kematian. Berikan secara Wasi kepada waris supaya penerima perlu melangsaikan hutang kita yang tidak di insured.
Boleh juga mereka gunakan wang ini untuk uruskan harta pusaka jika tidak sempat buat perancangan harta. Kemudian kalau ada wang lebih, boleh sediakan satu manfaat untuk dihibahkan kepada pasangan, ibu bapa atau anak anak atas dasar kasih sayang.
Jangan kita ingat kita tiada harta atau harta kita sedikit kita tidak perlu untuk buat perancangan harta.
Sebab kalau itu je harta yang kita ada, kita kena pastikan harta itu sampai kepada waris kita apabila kita tiada. Mereka bergantung kepada harta tersebut untuk terus hidup.
Kalau kita ada banyak harta, benda sama juga kita kena consider. Dah penat kumpul semasa hidup, end up waris tak dapat apa apa. Penat bergaduh nak bahagian itu dan bahagian ini. Last last tersadai begitu sahaja.