26/08/2021
Adakah kita sedar betapa pentingnya income yang kita dapat setiap bulan samada melalui gaji bulanan atau melalui untung rugi dalam perniagaan.
Semua orang disekeliling kita mempunyai income, tidak kisahlah samada dapat secara harian,mingguan atau bulanan.
Sedikit atau banyak bukan persoalannya kerana jumlah itu adalah subjektif. Bergantung kepada sumber, jenis pekerjaan atau perniagaan yang dijalankan.
Kalau kita lihat dan sedar, saluran bantuan kerajaan juga disasarkan mengikut pengkelasan pendapatan kasar isi rumah. Dimana dibahagikan kepada 3 kategori iaitu B40, M40 Dan T20.
Semenjak pandemik melanda dan kesannya secara tak langsung telah menyebabkan wujud kategori baru iaitu B50. Ramai dikalangan kita dimana sebelum ini tahap kehidupan berada di tahap T20 jatuh ke M40 malahan ada sampai B40. Yang berada di B40 jatuh ke level Baru B50 . Perdana menteri sendiri mengumumkannya wujud pengkelasan baru B50.
Bayangkan dari level T20 boleh jatuh ke B40 berpunca dari hilangnya income dari pekerjaan sebelum ini.Semoga bertabahlah kepada semua yang terkesan dan mendapat pekerjaan Baru.
Disini jelas menunjukkan betapa seriusnya dan PENTINGnya kita melindungi Dan menjaga pendapatan kita.
Hilang pendapatan disebabkan diberhentikan kerja bersifat sementara. Kita mampu lagi mencari peluang pekerjaan lain. Mungkin kita akan dapat jumlah gaji yang kurang,sama atau lebih Dari sebelum ini. Tetapi....
Bagaimana keadaannya kalau kita hilang pendapatan selamanya?
Bagaimana kita hendak tanggung perbelanjaan harian,hutang PTPTN, personal loan, hutang rumah, hutang kereta Dan seumpamanya?
Apakah keadaan yang boleh menyebabkan kita boleh hilang pendapatan selamanya?
1.Penyakit kritikal
Sedangkan kita sakit kepala atau sakit2 badan pun kita bekejar ke klinik untuk dapatkan cuti sakit. Dah tak berdaya NAK layan kerja di pejabat. Apatah lagi kalau didiagnose 'Cancer' , buah pinggang, jantung atau lain2 penyakit kritikal. Adakah kita mampu lagi untuk bekerja?
2.Total permanent Disability (TPD)@ Lumpuh
Kecacatan kekal atau lumpuh tidak memungkinkan lagi kita untuk bekerja bagi memperolehi pendapatan. Malahan di saat ini kita lagi memerlukan kos yang tinggi untuk perbelanjaan pampers pakai buang Dan rawatan susulan.
3.Kematian
Noktah kepada kehidupan. Terputus segala punca pendapatan. Tatkala kita dijemput pencipta, Maka hilang bersama kita sumber income untuk keluarga tersayang.
Ini adalah kenyataan bahawa 'Kehidupan penuh dengan ketidakpastian'. Kita hanya mampu merancang jadual kehidupan kita dengan sebaik mungkin. Walau seberapa banyak yang kita rancangkan,dikalangan kita,tidak ada yang tahu apa yang akan berlaku seterusnya atau adakah ianya akan berubah seperti dirancang.
Walaupun ianya begitu, merancang adalah lebih baik dari kita tidak buat apa-apa.
Rancanglah dan lindungilah pendapatan kita supaya kita bersedia untuk menghadapi apa sahaja musibah kewangan yang akan menimpa kita. Bukan semata-mata untuk kita tetapi fikirkan apakah nasib orang yang tersayang akibat hilang pendapatan.
"' 1 KELUARGA 1 INCOME PROTECTION'"