10/08/2026
Profesion perakaunan di Malaysia mesti berkembang menjadi profesion yang bersedia untuk masa depan, didorong oleh nilai dan berteraskan kepercayaan untuk mengukuhkan daya saing ekonomi negara dalam persekitaran transformasi teknologi dan permintaan kemampanan yang semakin meningkat.
Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA), Datuk Saniza Said menekankan bahawa golongan profesional dalam bidang perakaunan hari ini memainkan peranan jauh lebih luas sebagai penasihat perniagaan, membuat keputusan strategik dan memelihara keyakinan pihak berkepentingan serta mengamalkan sikap skeptisisme (keraguan) profesional dan pertimbangan profesional.
Berita penuh: https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2592469