Khairul & Norbil Business Services

Khairul & Norbil Business Services Established in 1990. Muslim accountant in Muar. Services: Accounting, Taxation & Secretarial.

Khairul & Norbil Business Services welcome students that are looking for internship placements.Here, at this establishme...
18/08/2026

Khairul & Norbil Business Services welcome students that are looking for internship placements.

Here, at this establishment, you can gain various experiences and skills such as:

▪️Real-life working environment
▪️Corporate communication
▪️Planning and Organizing
▪️Analytical thinking
▪️Professional soft skills
and many more

A monthly allowance will also be given. 😊

We are located in Muar, Johor. Email your application to [email protected]

Jawatan Kosong : KERANI SETIAUSAHA SYARIKAT SYARAT-SYARAT:1. Diploma atau Ijazah dalam Kesetiausahaan Syarikat, Perakaun...
03/08/2026

Jawatan Kosong : KERANI SETIAUSAHA SYARIKAT

SYARAT-SYARAT:

1. Diploma atau Ijazah dalam Kesetiausahaan Syarikat, Perakaunan, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan atau bidang berkaitan.
2. Graduan baharu digalakkan memohon.
3. Berpengalaman dalam bidang kesetiausahaan syarikat merupakan satu kelebihan
3. Bertanggungjawab, teliti,mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan kemahiran susulan.
4. Boleh menyelesaikan tugasan secara berdikari dengan betul.
5. Seeloknya ada pengangkutan sendiri.
6. Boleh menerima teguran dan boleh mendengar arahan dengan baik.

Tempat : Taman Sungai Abong, Muar.
Whatssap: https://wa.me/60123515953 (Puan Farah)
Emel: [email protected]

Jawatan Kosong : KERANI AKAUNSYARAT-SYARAT:1. Sekurang-kurangnya pernah belajar subjek perakaunan (SPM atau peringkat le...
03/08/2026

Jawatan Kosong : KERANI AKAUN

SYARAT-SYARAT:

1. Sekurang-kurangnya pernah belajar subjek perakaunan (SPM atau peringkat lebih tinggi) atau mempunyai Diploma Perakaunan dan setaraf.
2. Mesti bertanggungjawab, teliti,mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan kemahiran susulan.
3. Boleh menyelesaikan tugasan secara berdikari dengan betul.
4. Seeloknya ada pengangkutan sendiri.
5. Boleh menerima teguran dan boleh mendengar arahan dengan baik.

Tempat : Taman Sungai Abong, Muar.
Whatssap: https://wa.me/60123515953 (Puan Farah)
Emel: [email protected]

📢 PERINGATAN e-FILING BORANG BTinggal 15 Hari Lagi!Dimaklumkan bahawa tarikh akhir penghantaran e-Filing Borang B semaki...
01/07/2026

📢 PERINGATAN e-FILING BORANG B

Tinggal 15 Hari Lagi!

Dimaklumkan bahawa tarikh akhir penghantaran e-Filing Borang B semakin hampir. Sehubungan itu, diingatkan kepada semua pembayar cukai yang terlibat untuk melengkapkan dan menghantar Borang B dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Sila ambil perhatian bahawa kelewatan penghantaran selepas tarikh akhir boleh menyebabkan tindakan atau penalti dikenakan ke atas pembayar cukai.

Orang ramai digalakkan untuk membuat penghantaran lebih awal bagi mengelakkan kesesakan sistem pada saat-saat akhir. 😉

26/05/2026
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera warga muka buku.📌 BORANG B, BORANG P DAN BORANG TF 📌Setiap individu, perniagaan ...
26/05/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera warga muka buku.

📌 BORANG B, BORANG P DAN BORANG TF 📌

Setiap individu, perniagaan dan pertubuhan mempunyai jenis borang cukai yang berbeza untuk dihantar kepada LHDN. Pastikan anda menggunakan borang yang betul serta menghantar sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan sebarang denda dan penalti.

Jangan ambil mudah perkara ini bagi mengelakkan denda dan penalti daripada pihak LHDN.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di..
☎️ 06-9520064 (office)
📱 www.wasap.my/601154245953/akaun⁠�
📧 [email protected]
🏢 No. 1, Jalan Kurau 2, Taman Sungai Abong, 84000 Muar, Johor

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera warga muka buku.  *‼️JANGAN SAMPAI KENA DENDA DAN PENALTI LHDN‼️* Lembaga Hasil ...
21/05/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera warga muka buku.

*‼️JANGAN SAMPAI KENA DENDA DAN PENALTI LHDN‼️*

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenakan denda, penalti atau kenaikan cukai kepada individu atau syarikat yang gagal mematuhi Akta Cukai Pendapatan 1967.

Mari kita lihat apakah kesalahan yang boleh dikenakan denda dan penalti.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di..
@
☎️ 06-9520064 (office)
📱 www.wasap.my/601154245953/akaun
📧 [email protected]
🏢 No. 1, Jalan Kurau 2, Taman Sungai Abong, 84000 Muar, Johor

Assalamualaikum. Dimaklumkan, Encik Khairul Azmi bin Mahlin (Khairul Azmi Mahlin) pemilik bersama Khairul & Norbil Busin...
16/05/2026

Assalamualaikum.

Dimaklumkan, Encik Khairul Azmi bin Mahlin (Khairul Azmi Mahlin) pemilik bersama Khairul & Norbil Business Services dan juga Tadika Sri Pintar Muar telah meninggal dunia pada jam 3.50 pagi (15/05/2026) akibat komplikasi selepas pembedahan.

Saya selaku anaknya, ingin mohon maaf jika ada sebarang salah dan silap dari Encik Khairul yang tidak disedari. Mohon doakan agar segala dosanya diampun dan ditempatkan di Syurga selayaknya.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu’anhu.

𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 ❓📍 Individu atau sebuah syarikat/perniagaan yang mempunyai pendapatan melebihi nilai ambang yan...
06/05/2026

𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 ❓

📍 Individu atau sebuah syarikat/perniagaan yang mempunyai pendapatan melebihi nilai ambang yang ditetapkan atau pemilik harta yang diwajibkan oleh undang-undang untuk mendaftar fail dan membayar cukai kepada LHDNM.

𝐊𝐀𝐓𝐄𝐆𝐎𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 👤

📍 𝐈𝐍𝐃𝐈𝐕𝐈𝐃𝐔 👤
1. Penggajian (Pemastautin)
- Pendapatan setahun melebihi RM 37,333 (selepas potongan KWSP)
- Layak menuntut pelepasan cukai mengikut tahun taksiran
- 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐄

2. Penggajian (Bukan Pemastautin)
- Pendapatan setahun melebihi RM 37,333 (selepas potongan KWSP)
* Tidak layak menuntut pelepasan cukai mengikut tahun taksiran
* Kadar cukai dikenakan tetap
* 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐌

3. Milikan Tunggal
- Pendapatan perniagaan dicampurkan dengan pendapatan peribadi.
- Kadar cukai yang dikenakan mengikut kadar cukai individu
- Layak menuntut pelepasan cukai
- 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁

4. Perkongsian
- Perkongsian tidak perlu membayar cukai.
- Rakan kongsi yang akan melaporkan nya di dalam cukai individu masing-masing.
- 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏

5. Pekerja Berpengetahuan (Knowledge Worker) & Pekerja Pakar (Expert Worker)
- Individu pemastautin yang bekerja dalam sektor strategik yang diluluskan oleh menteri Hasil.
- Individu pemastautin di bawah Program Kepulangan Pakar (Returning Expert Programme)
- 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐓

6. Individu Berpendapatan Luar Negara
- Individu pemastautin yang menerima pendapatan dari luar negara
- Mendapat pengecualian cukai sehingga 31 Disember 2026

📍𝐄𝐍𝐓𝐈𝐓𝐈 🏢
1. Syarikat (Sdn Bhd/Bhd) :
- Cukai yang dikenakan adalah mengikut modal berbayar (15% / 17% / 24%)
- 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐂

2. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT):
- Cukai yang dikenakan adalah mengikut modal berbayar (15% / 17% / 24%)
* 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐓

3. Koperasi
- dikecualikan cukai bagi tempoh 5 tahun pertama (bagi yang mendapat pengecualian)
- masih dikecualikan selepas 5 tahun sekiranya kumpulan wang ahli kurang daripada RM 750,000
- Jika tidak mendapat pengecualian, perlu bayar cukai ikut kadar yang ditetapka oleh LHDNM
- 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐂𝟏

Dapat info baru hari ni? 🤩

Jika anda memerlukan khidmat perakaunan, percukaian dan kesetiausahaan, sila hubungi kami di talian:

☎️ 06-9520064 (office)
📱 www.wasap.my/601154245953/akaun
📧 [email protected]
🏢 No. 1, Jalan Kurau 2, Taman Sungai Abong, 84000 Muar, Johor

⏳ Countdown e-Filing Form E.11 hari lagi sebelum tarikh akhir. Jangan lupa hantar segera.Kami boleh bantu jika anda meng...
20/04/2026

⏳ Countdown e-Filing Form E.

11 hari lagi sebelum tarikh akhir. Jangan lupa hantar segera.

Kami boleh bantu jika anda menghadapi masalah dalam memghantar borang E.

Hubungi kami.
06-9520064
011-5424 5953
[email protected]

Address

NO 1, Jalan KURAU 2, TAMAN SUNGAI ABONG
Muar
84000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khairul & Norbil Business Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Khairul & Norbil Business Services:

Shortcuts

Share

Category