12/03/2023
RM1 JUTA, BANYAK ATAU SIKIT ?
Katakan awak ada RM1 Juta dalam banyak bentuk aset, apa akan berlaku kepada aset awak jika berlaku sesuatu musibah pada awak? Adakah semuanya akan diwarisi sepenuhnya oleh insan yang awak sayang?
Untuk pengetahuan , bila kita meninggal aset kita akan dibekukan sehingga ada yang menuntut dan membawa beberapa dokumen yang diperlukan seperti LA, GP dan lain lain. Tak mudah kan? Urusan dia sangat rumit dan mahal serta mengambil masa yang panjang lebih lebih lagi apabila si mati tiada buat wasiat.
Walaupun ada wasiat, asetnya tak semestinya 100% dapat diwariskan kepada orang yang kita nak, sebab sebahagian wasiat hanya membenarkan 1/3 sahaja kepada bukan waris.
Kemudian , katakan aset berjaya dicairkan dan tiada wasiat, ada satu lagi cabaran yang waris kita perlu lalui, dimana jumlah yang dicairkan ini bukan semua milik waris kerana perlu melalui beberapa peringkat pelaksanaan harta pusaka islam.
Antara peringkat - peringkat yang perlu harta ini lalui mengikut hukum adalah :
Peringkat 1 - Perbelanjaan Pengebumian kita
Peringkat 2 - Pelangsaian Hutang kita ( Hutang manusia / Hutang dengan Allah )
Peringkat 3 - Harta sepencarian
Peringkat 4 - Pembacaan wasiat islam (jika ada)
Peringkat 5 - Faraid
Semua peringkat ni perlu dilaksanakan mengikut tertib dari belanja pengebumian hingga ke faraid. Pada peringkat faraidlah terkandung ahli keluarga terdekat termasuk isteri dan anak. Ini bermakna mereka akan menerima bahagian mereka pada peringkat TERAKHIR sekali.
PERINGKAT TERAKHIR bermaksud jika terdapat baki yang cukup selepas perlaksanaan peringkat - peringkat tadi, jadi tiada masalah. Tapi , kalau baki hanya tinggal RM100,000 macam mana? Perlu ingat baki RM100K perlu dibahagikan mengikut waris faraid yang lain termasuk ibu,ayah, dan beberapa lagi yang berhak. Selepas dibahagikan , berapa jumlah yang tinggal untuk isteri dan anak-anak?
Kalau TIADA baki macam mana p**a? Tahu tak puncanya kat mana? Sebab pusaka ni habis dibayar dengan HUTANG ! Kalau benda ni terjadi, Keluarga kita perlu bermula semula untuk bina kehidupan baru. Kasihan isteri dan anak. Nak tak kalau saya tunjukkan cara untuk selesaikan segala masalah ni?