22/04/2022
A: Dah ada takaful?
B: Ada. Pihak universiti dah sediakan medical card untuk saya.
A: Dah ada takaful?
C: Dah, company dah tolong sediakan sesiap.
Agak agak berapa banyak pihak universiti dan company dah sediakan? Berapa lama kita boleh terima manfaat tu?
Waktu syaza belajar dulu, ada juga medical card yang pihak universiti sediakan, syukur alhamdulillah pihak universiti sangat prihatin dengan kebajikan setiap pelajar.
Bila dengar siap boleh buat pembedahan plastik jika mahu, kedengaran seperti banyaknyaa yang ditanggung. Memang tak risau jatuh sakit.
Tapi hakikatnya tidak. Untuk kecederaan kecil, gejala demam batuk tu, lepas la. Tapi bila melibatkan penyakit yang memerlukan pembedahan yang serius dan berulang kali rawatan, belum tentu cukup. Mungkin lepas untuk sekali pembedahan ringan sahaja.
Tapi, medical card yang diberikan oleh pihak universiti atau company, hanyalah ditanggung ketika kita masih belajar atau bekerja di situ. Once dah keluar dari universiti atau company tu, kita dah takda apa apa coverage. Ibarat masuk pakai perisai, keluar dengan seurat benang (tiada apa apa perlindungan).
Adalah lebih baik, kalian mempunyai takaful sendiri.
Keluar masuk mana mana company pun kalian masih mempunyai perlindungan. Andai berlaku sesuatu pada kalian pada bila bila masa pun, sekurang kurangnya kalian dah tak perlu risau.
Jika sakit, kalian masih boleh menerima rawatan di hospital tanpa menyusahkan sesiapa atau mengharapkan duit sesiapa.
Jika tetiba kehilangan perkerjaan ataupun bersara, sekurang kurangnya kalian mempunyai simpanan dalam takaful.
Sekiranya berlaku sesuatu pada kalian nanti, sekurang kurangnya kalian meninggalkan sesuatu pada yang tersayang untuk meneruskan kehidupan. Bukankah lebih baik begini?
Setuju dengan syaza yang miliki takaful sendiri adalah lebih baik untuk kalian dan keluarga?
- Syaza Anuar