21/02/2023
BEST TAK JADI LAWYER?
Aisya tanya malam tadi.
"Dulu Ibu lawyer kan?"
"Ye"
"Ibu tolong orang BAIK2 je kan?"
Hmmmm....
"IBU LAWYER BANK, SO IBU TOLONG BANK LA"
Sampai satu hari, ada pakcik & makcik ni dari Kedah mintak tolong ibu sebab rumah dia nak kena LELONG. Dia dah try semua lawyer, tapi tak ada orang yang nak tolong dia.
Bila tengok kes pakcik ni, hutang pinjaman rumah dia RM55K & dia dah bayar setiap bulan RM400 selama lebih kurang 10 tahun. Ada gap berapa bulan dia tak bayar.
So maknanya
Dia dah bayar RM400 x 12 bulan x 10 tahun = RM48000
Masa tu bank claim balance dia belum bayar lebih kurang RM45K. Maknanya walaupun dia dah bayar RM48K, bank cuma kira RM10K je. (So, RM38K tu bayar INTEREST semata2).
Pakcik tu simpan semua documen dengan rapi. So, aku pun tolong la buatkan kes ni macam2 aku pusing. Tapi akhirnya memang kes ni tak boleh menang. Macam mana aku pusing pun, pakcik ni salah. Rumah tu susah nak diselamatkan. Cuma boleh tangguhkan sementara settle kes ni.
Pakcik tu tak percaya.
AKU PUN TAK PERCAYA..
Sia² bayar loan 10 tahun semua tu tolak interest je..
Aku frust giler sebenarnya tak dapat nak tolong pakcik & makcik ni diorang dah tua. Macam mana nak settle bayar rumah tu?
Mulai dari tu aku baru slow2 buka mata..
Kes pakcik ni, bukan kes terpencil. Hakikatnya kes pakcik ni kes KITA SEMUA.
Sebab masa nak beli rumah tu, kita terpukau dengan show house yg gilang gemilang. Lepas tu, ada pulak Loan Islamik.
Macam kena pukau.
Aku pun sama.
Tapi tak lama lepas tu, aku dah tak nak jadi lawyer bank dah. Aku nampak sendiri kemusnahan hidup yg terhasil dari suatu "pinjaman".
Aku usaha jugak nak jadi lawyer utk orang baik² je tapi tak mampu nak tolong orang baik² ni. Sebab semua orang baik² dah kena tipu dari awal.
Aku doakan orang baik² ni jangan la terus menerus kena tipu. Dan semua geng penipu termasuk yg menghalalkan penipuan ni diberi hidayah. PEACE ✌
*gambar ni contoh pengiraan bayaran balik pinjaman, ikut kadar interest semasa. Zaman pakcik tu buat loan interest rate rasanya 6-8%. Mungkin ramai yg tak percaya bila guna loan calculator ni, kita "in denial" sebab rasa macam tak logik langsung. Percaya la, memang ni la cara pengiraan bayaran balik pinjaman. So, sebelum pinjam buat la percaturan dengan bijak semoga tak sesal dikemudian hari.
Cerita ini adalah cerita kita semua sebagai peminjam.
Kredit: Liza Ariffin
Eyeda Osem