07/07/2026
PELANCARAN CORPORATE REGISTRY SYSTEM (CRS) TERKINI
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melancarkan Corporate Registry System (CRS) pada 14 Julai 2026, jam 9.00 pagi.
Sebagai makluman, kaunter dan sistem-sistem sedia ada boleh digunakan semula dari 30 Jun hingga 7 Julai 2026.
Pada 7 Julai 2026, waktu operasi terakhir bagi MyCoID dan e-Secretary adalah sehingga 7.00 petang, manakala kaunter SSM akan dibuka sehingga 4.00 petang.
Seterusnya, kaunter SSM serta sistem MyCoID, e-Secretary dan MBRS akan ditutup semula mulai 7 Julai 2026. Sistem MBRS akan dibuka pada 14 Julai 2026, jam 9.00 pagi bagi tujuan persediaan pelaksanaan CRS.
Sistem MyCoID dan e-Secretary tidak akan beroperasi sepenuhnya bermula 7 Julai 2026 dan akan digantikan dengan CRS.
SSM turut memberikan pengecualian fi lewat serah simpan bagi tempoh berikut:
1. 20 - 30 Jun 2026: Berikutan penutupan perkhidmatan serah simpan melalui kaunter dan sistem MyCoID bagi pelaksanaan CRS; dan
2. 14 Julai - 30 September 2026: Bagi serah simpan dokumen statutori melalui CRS
Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan, hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di 03-7721 4000 atau e-mel ke [email protected].