07/11/2022
KOLABORASI SIRIM DAN PUBLIC GOLD MINT
Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam bidang kualiti di sektor perkilangan dan sedang bertugas di Jepun mendalami budaya masyarakat yang mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan, ada beberapa isi tersurat dan tersirat yang menarik perhatian dari berita ini.
Antara fakta menarik yang membezakan Public Gold dengan syarikat emas lain;
1๏ธโฃ Kilang sendiri
Public Gold Mint (PGMint) ialah kilang pengeluar emas milik Public Gold Group, fasiliti yang digunakan untuk proses logam mentah sampai bentuk produk emas milik Public Gold dan untuk syarikat emas lain.
Antara kelebihan memiliki kilang sendiri;
โช๏ธ Bekalan terjamin dan tak putus
โช๏ธ Pengeluaran maksimum boleh tampung permintaan tinggi
โช๏ธ Penjimatan kos operasi dapat kurangkan harga pergram emas
2๏ธโฃ Pengiktirafan SIRIM
PGMint ialah syarikat pertama akan melalui saringan ketat Piawaian Emas SIRIM. Pengiktirafan SIRIM akan memberi jaminan produk berkualiti tinggi kerana disahkan mempunyai penyeliaan, kawalan dan pemeriksaan yang ketat.
Kata orang โkalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantaiโ. Kesediaan untuk berada di bawah kanta pembesar SIRIM menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi terhadap keupayaan proses dan produk Public Gold.
3๏ธโฃ Panel penasihat industri
Kolaborasi bersama SIRIM menjadikan Public Gold sebagai panel rujukan kepada SIRIM perihal industri penapisan dan penempaan logam (โmetal minting and refinaryโ).
Proses dan produk Public Gold akan digunakan sebagai rujukan dan menjadi penanda aras untuk memastikan keberkesanan dan memperkasakan Piawaian Emas SIRIM untuk kemajuan industri emas tempatan.
4๏ธโฃ โMarket Leaderโ
Public Gold sentiasa menjadi peneraju kepada pasaran emas tempatan. Ketika pelanggan beragama Islam gusar dengan kepatuhan syarak, Public Gold mengambil inisiatif menjadi syarikat pedagang emas pertama di dunia yang mendapatkan sijil patuh syariah.
Kini dengan lambakan produk emas di pasaran, Public Gold akan terus membezakan kualiti produk dengan jaminan oleh SIRIM.
5๏ธโฃ Pasaran antarabangsa
Pelan strategik Public Gold seterusnya ialah untuk menembusi pasaran dunia. Pengiktirafan dari SIRIM diperlukan sebagai batu loncatan untuk memperoleh akreditasi London Bullion Market Association (LBMA) untuk pasaran antarabangsa.
Sehingga kini Public Gold telah tembus pasaran negara jiran Singapura, Brunei dan Indonesia.
6๏ธโฃ Kepuasan pelanggan
Sejak penubuhan tahun 2008, Public Gold telah menjadi syarikat pengeluar emas yang berkredibiliti tinggi.
Public Gold sentiasa berusaha meningkatkan keyakinan para pelabur dan penyimpan emas. Tidak hairanlah Public Gold menjadi syarikat emas pilihan nombor satu Malaysia dengan hampir 900,000 keahlian telah berdaftar sehingga kini.
Kredit Ezzy Ismail