02/11/2023
APA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG MEDICAL CARD?
1. Medical Card bukan macam Credit Card yang kita boleh terus guna pakai selepas diluluskan, kecuali untuk kes kemalangan.
2. Medical Card ada tempoh menunggu 120 hari bergantung kepada jenis-jenis penyakit sebelum boleh digunakan tanpa perlu melalui proses "Pay & Claim".
3. "Contestable Period" adalah tempoh 2 tahun pertama dimana Syarikat Takaful berhak untuk menjalankan siasatan ke atas claim yang mencurigakan.
Kenapa ya?
Bagi mengelakkan penipuan (tidak declare sakit yang ada).Besar kemungkinan Guarantee Letter (GL) mungkin tidak dikeluarkan dan siasatan akan dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Syarikat Takaful. Client perlu membayar dahulu kesemua kos rawatan dań failkan tuntutan untuk pembayaran balik semula.
4. Ada juga kos rawatan/penyakit yang tidak dilindungi oleh Medical Card seperti rawatan yang berkaitan dengan perempuan mengandung dan bersalin, rawatan kosmetik serta kesemua rawatan untuk penyakit yang sedia ada.(Exclusions).
5. Kita kena faham yang Medical Card atau Plan Takaful yang ada dipasaran adalah salah satu ikhtiar kita dalam pengurusan kewangan. Di mana, sekiranya kita ditimpa musibah sakit, kita dah ada satu jaminan yang akan menanggung kos rawatan hospital tanpa perlu mengeluarkan wang simpanan kita yang sedia ada.
Sebagai seorang Perunding Takaful, Kak Nurul sarankan korang apply lah Medical Card seawal yang mungkin sementara masih muda dan sihat. Kos perubatan semakin hari semakin mahal. Malang tidak berbau, buatlah persediaan dari sekarang.
Plan Medical Card Great Eastern Takaful adalah antara yang terbaik dan sangat mampu milik bermula RM127 sebulan, siap ada simpanan juga untuk anak belajar dan juga persaraan.
Nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi Kak Nurul segera.
GM Nurul Markzzaki
Great Enrich Legacy
Great Eastern Takaful Berhad