19/02/2025
TIPS NAK ELAK SCAM PELABURAN
1. Aku rasa cam dah terlambat nak tulis benda ni sebenarnya. Tapi aku dah lama tak tulis secara serius (…aku pernah serius ke?)
2. Cara dia senang sahaja. Kau pakai prinsip-prinsip asas Shariah dalam Kewangan Islam (Islamic Finance).
3. Yang pertama, kita panggil dia Teori ‘Iwad (‘Iwad Theory) yang dipelopori oleh Prof. Saiful Azhar Rosly. Prof. ni sebaris dengan penerima anugerah Nobel dalam buku Who’s Who in Finance (World Edition). Yang best, dia sendiri tak tahu benda ni sampai student dia balik US hadiahkan buku tu kat dia.
4. Semua tahu kenapa riba (atau usury) adalah haram merujuk pada dalil dari Surah Al-Baqarah ayat 184 dan hadith-hadith Nabi SAW. Tapi kenapa keuntungan dari perniagaan adalah halal, tapi interest/bunga adalah haram?
5. ‘Iwad tu maksudnya nilai balas setara. Kat sini teori ‘Iwad Prof. Saiful menggariskan 3 benda fundamental kena ada dalam setiap perniagaan: 1. Kena ada pengambilan risiko (al ghurm bil ghunum), 2. menanggung liabiliti (al kharaj bil daman) dan 3. Penambahan nilai atau usaha (Kasb).
6. Bila kita buka stall jual burger, kita ambik risiko perniagaan di situ. Kalau hujan, mau orang tak datang stall kau. Dan kita tanggung liabiliti, kalau-kalau orang nak pulangkan balik burger tu kalau kau salah masak. Dan ada penambahan nilai, dari patty burger kepada sebentuk burger. Tu yang profit yang dikenakan jadi halal.
7. Jadi dengan ada ‘Iwad ni menyebabkan transaksi tu jadi halal. Kalau setakat bagi loan dengan interest, tu dah jadi macam jual beli wang dengan nilai tambah. Takde satu bentuk usaha pun.
8. Aku ada kawan yang nak simpan duit dengan Ahlong. Kalau nak tahu, Ahlong pun bergerak macam bank jugak lah. On left side, dia mintak orang deposit duit dengan dia. Aku dengar ramai jer orang kaya deposit duit dengan diorang. On the right side, dia akan berikan pinjaman haram dengan interest berkali ganda.
9. Kalau Ahlong tu boleh bagi return 20% pada orang yang simpan dengan diorang, kau rasa berapa pulak diorang caj pada orang yang meminjam?
10. Kawan aku cakap, dia tak paksa pun Ahlong tu bagi interest 20%. Aku pun terima ajelah apa dia bagi. So, celah mana haramnya? Kan mutual consent by both parties. So aku jawab balik, yang kena tangkap basah kat hotel pun mutual consent jugak. Semenjak bila mutual consent menyebabkan transaksi tu jadi halal? Dia senyap. Dia tanya pun dalam surau pulak tu.
11. So, kalau nak melabur, buat lah kerja sikit. Tengok apa kerja business syarikat tu buat. Raison d'etre syarikat tu. Kenapa syarikat atau pelaburan tu ada atas mukabumi ni. Apa sebab dia? Kalau syarikat tu dok cerita projek atas angin aje, susahlah. Syarikat baru setahun, dah cerita macam nak ke bulan. Core business pun tak tahu yang mana satu. Ada satu syarikat baru setahun tu siap nak buat airport kat Kazakhstan lagi… piiraah.
12. Ada satu syarikat nak aku cari pelabur pasal nak bukak e-hailing taxi. Presentation sangat superb. Last-last aku tanya, mana agreement dengan MOT, dengan airport etc. Diorang senyap. Yang aku nampak aset diorang adalah apps taxi tu aje.
13. Salah sorang yang jumpa aku tu pengikut tareqat mana ntah. Siap cakap malam sebelum jumpa aku, dia dah mimpi bulan terang kat muka aku. Apa ke jadahnya kau cerita ni kat aku oiii… aku ni memang dah bebulu dengar nama tareqat2 nih.
14. Last-last, aku cakap kat diorang, ada 3 jenis aje syarikat kat dunia ni. Sama ada kau profit-based company (ada profit lah), atau kau value-based company (profit takde, tapi orang percaya pada value kau), atau kedua-duanya sekali, profit-and-value based. Syarikat kau semua takde, tapi nak orang melabur juta-juta. Diorang tak call aku lagi lepas tu.
15. Kalau setakat bagi ‘promissory estopel’ atau future faking, hentikan ajelah melabur. Contoh, kalau kami pegi listing, kau akan dapat shares, kau akan jadi BOD, semuanya ‘future-based’. Kau bagi 5 jari aje pada orang macam ni. Jangan bagi satu. Kalau bos syarikat tu cakap kita kan ‘family’, jangan percayalah. Jadah apa dia nak ambik kau jadi family dia.
16. Prinsip ke-2: Tidak boleh ada ‘Gharar’. Gharar ni bahasa pasar dia uncertainties, ketidakpastian. Kalau diorang sendiri tak boleh nak tunjuk emas tu kat mana, diorang sendiri tak tahu apa ke benda ‘arbitrage’ investment yang diorang buat, jauhkan lah dari pelaburan macam nih.
17. Sedangkan nak menikah pun, disunatkan tengok muka bakal isteri. Kita kahwin nak sampai Jannah. Dah kalau kau tak boleh blah tengok muka pasangan tu, kau sanggup sampai syurga nanti nak mengadap dia? Tu pasal kena tengok muka. Bila tak tengok, sekali terkahwin dengan mak perempuan tu tak haru. Tiap malam nak kena seterika. Kedut sangat baju tu.
18. Melaburlah kat tempat yang dikawal selia walaupun tak seksi. At least kau tahu duit kau pergi mana. Aku rasa isu Gharar ni sangat menonjol. Pasal ramai melabur kat tempat yang penuh uncertainties.
19. Pelabur pun kena amal, for lack of better word, something like ‘Caveat Emptor’ (Buyer Beware). Tanggungjawab untuk menilai risiko pelaburan tu adalah atas pelabur tu sendiri.
20. Pasal tak buat benda ni lah, ramai benau yang melabur kat i-RPS syarikat yang baru setahun jagung. Baru-baru ni, syarikat yang melingkup lepas dah isu i-RPS beratus juta. Tu baru satu. Yang berlambak-lambak kat market tunggu bungkus macamana pulak?
21. Korang rasa boleh dapat duit tu balik kalau syarikat tu cakap pelaburan memang macam tu, ada untung ada rugi? Kalau tanya aku, ada angle untuk boleh dapatkan balik lah. Tapi banyak lah kerja sikit.
22. Benda-benda pelaburan kena belajar. Benda macam ni bukan belajar kat restoran mamak, sambal mengeteh, dengar orang bercerita pasal investment berjuta. Bhai…. orang yang cerita investment juta-juta, diorang tak minum kat mamak lah. Masuk kelas pelaburan. Cari cikgu yang betul macam bro Alwi Adam. Baca buku-buku pasal benda yang kau nak melabur tu.
23. Prinsip ke-3 adalah tidak boleh ada ‘Maysir’ atau judi. Maksud judi tu apa? Tidak boleh ada element zero-sum game. Satu pihak untung, satu pihak lagi terbakar, rugi gila. Tak boleh ada element ni dalam perniagaan yang kau nak invest, pasal dia haram. Duit korang pun boleh terbakar kalau invest kat tempat macam ni.
24. Prinsip ke-4 adalah perniagaan tu tak boleh terlibat dengan benda-benda haram. Rokok dan v**e tu confirm haram dah. So janganlah melabur kat tempat macam ni.
25. Dengarnya dah ada investment terbaru melibatkan emas lagi. Tapi laa ni pakai digital pulak dah.
26. So, korang yang nak melabur tu cek lah balik apa aku tulis kat atas tadi. Ada tak element gharar kat situ? Ada dia tunjuk kau emas tu? Korang yang nak melabur ni biasa tak benda-benda digital ni? Setakat pandai pakai smart phone, tu tak masuk dalam ketegori pandai benda-benda digital.
27. Aku rasa sekali lagi, investment ni akan ramai yang melabur. Lepas setahun, lepas dua tahun bila investment tu dah caput… korang akan faham apa aku maksudkan dengan gharar tu.
28. Salam.
Dr Arzim Naim II