08/03/2026
𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐧𝐚 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬?
Sebelum kita mula simpan emas, penting untuk kita tahu kita berada di posisi yang mana supaya keuntungan dapat dimaksimumkan. Adakah anda seorang penyimpan, pelabur, atau peniaga emas?
Mari kita semak ciri-cirinya:
1. Posisi Penyimpan (Penyimpan Gram)
Fokus utama adalah menambah gram emas. Ada sahaja duit lebihan untuk simpanan jangka panjang, terus tukar jadi emas.
Tidak kisah harga naik atau turun.
Kalau harga turun, itu dianggap "bonus" untuk borong lebih banyak gram dengan harga diskaun.
Yang penting, jumlah kepingan atau gram emas dalam simpanan makin bertambah.
2. Posisi Pelabur (Fokus Nilai RM)
Fokus utama adalah keuntungan tunai. Pelabur beli emas dan akan jual semula apabila harga naik untuk dapatkan p**angan dalam bentuk RM.
Contoh: Beli 100g emas dengan modal RM 25,000.
Apabila harga naik 10% (jadi RM 27,500) dan capai sasaran, mereka akan jual.
Untung RM 2,500 masuk poket, kemudian mereka akan ulang langkah yang sama untuk pusingan seterusnya.
3. Posisi Peniaga (Dealer/Ejen)
Ini adalah posisi terbaik untuk mereka yang mahu tambah gram emas dan tambah RM serentak. Dengan menjadi Dealer, anda boleh:
Menjana pendapatan hasil daripada perniagaan emas.
Simpanan emas bertambah, duit dalam bank pun makin berkembang.
Apa pun posisi yang anda pilih, matlamat dan fokus yang jelas adalah kunci utama. Ingat, yang menjadikan kita kaya bukanlah emas semata-mata, tetapi ilmu emas yang kita ada.
Jika anda berminat untuk dapatkan bimbingan percuma dan mahu menjadi penyimpan emas yang berilmu, hubungi saya di:
www.wasap.my/0179197311
Jom sertai keluarga besar G100 Network!