30/01/2024
SELEPAS berlakunya kematian, satu perkara wajib yang perlu dihadapi waris adalah urusan pembahagian harta.
Seperti yang kita ketahui, apabila si suami meninggal dunia, semua harta yang dimiliki atas nama arwah tersebut adalah dikira sebagai harta pusaka.
Namun begitu, masih ramai dalam kalangan kita yang kurang arif mengenai pembahagian harta antara isteri dan waris-waris lain.
Salah satu perkara yang menjadi persoalan ramai adalah sama ada si isteri boleh menuntut wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik arwah suaminya sebagai harta sepencarian.
Sekiranya seorang isteri hendak bahagian lebih daripada tinggalan KWSP suami, ia tak boleh dituntut melalui harta sepencarian. Tak sama macam bahagian harta lain seperti rumah misalnya.
Sekiranya isteri menerima sebagai penama selepas kematian suami, wajib bagi isteri tersebut membahagikan bahagian sebagaimana bahagian faraid.
Memang sedikitlah bahagian isteri jika ada ramai anak daripada si mati dan juga ramai isteri. Inilah cabaran yang akan diterima oleh isteri untuk survive selepas kematian mengejut suami.
Kalau suami meninggalkan duit KWSP beratus-ratus ribu, ada juga bahagian ribu-ribunya.
Kalau hanya sekitar RM10,000 sahaja sewaktu kematian tersebut, bank simpanan pun sedang stuck sebelum ada perintah pusaka.
Berapa lama agaknya tempoh untuk isteri tersebut bertahan jika dia pun bergantung penuh pada suaminya semasa hidup?
Inilah antara sebab kenapa suami perlu tinggalkan Hibah Takaful kepada isteri untuk survive membesarkan anak-anak. Jangan ada rasa ‘biarlah mereka urus sendiri’ sedang kita menagih doa mereka sewaktu di alam sana.