02/02/2026
Dari RM 764 Ke RM 675
Kecoh kelmarin harga emas naik mendadak sehingga naik RM 764. Hari ini turun mendadak kepada RM 675 p**a. Perbezaan dalam 24 jam sehingga RM 89.
Inilah pengalaman kali pertama saya sejak kenal emas ia berubah sebesar ini dalam sehari. Biasanya paling tinggi sekitar RM 10 sahaja.
Situasi ini membuatkan ramai orang gelisah. Ia bertambah gelisah bagi mereka yang pandang emas sebagai seperti main saham. Kita penyimpan emas bukan pelabur emas. Jangan terpengaruh dengan influencer atau artikel yang ulas emas seperti main saham.
Jika anda terpengaruh dengan kata-kata pelabur emas, masa harga naik anda akan rasa tak leh beli sebab takut tengah pucuk. Masa harga jatuh tak leh beli sebab takut harga akan turun lagi. Akhirnya tak beli-beli. Segram pun tak ada selepas bertahun-tahun.
Tapi bagi penyimpan emas (gold saver), ceritanya berbeza.
Bila harga naik, kita senyum.
Sebab aset yang kita miliki sedang membesar nilainya. Bayangkan emas yang saya beli yang bernilai RM 170 segram masih ada.
Bila harga turun, kita tetap senyum.
Sebab emas beri peluang untuk tambah gram pada harga lebih rendah.
Kalau kita terbeli pada harga tinggi sebelum inipun, tak perlu menyesal. Inilah masanya buat averaging cost. Sementara masih bekerja, ada gaji, beli sedikit demi sedikit. Ratakan kos. Tenangkan emosi.
Emas bukan permainan emosi jangka pendek.
Ia simpanan jangka panjang.
Ia tentang disiplin, bukan ramalan.
Siapa disiplin dia akan miliki emas yang banyak.
Yang penting bukan bila harga naik atau turun.
Yang penting kita konsisten menukar wang simpanan kepada aset sebenar.
Simpan emas dengan ilmu. Fokus tambah gram.
Harga berubah itu biasa. Yang penting setiap bulan tambah gram. Itulah cara orang yang faham emas berfikir.
Kredit Azlan Abdul Rahman