26/04/2026
Kesalahan merekod akaun
1) penghutang
Mula-mula rekod in voice
Dt debtor
Kt sales
Tapi apabila pelanggan membayar invoice itu payment yang dalam Bank tidak set off dengan debtor..
Payment direkod
Dt bank
Kt sales
Ini menyebabkan Double rekod jualan kesannya untung Syarikat tinggi, cukai tinggi dan baki akhir penghutang tidak tepat.
Patutnya rekod macam ni
Dt bank
Kt debtor
Puncanya mungkin kerana dokumen tak cukup dan butiran dalam akaun bank tak jelas bayaran diterima dari debtor mana
2) salah rekod bayaran ansuran bulanan pinjaman bank
Ada yang rekod ansuran bulanan tanpa ambil kira berapa principal dan interest terus masuk dalam belanja
Dt belanja
Kt bank
Patutnya cara rekod pinjaman
Kenalpasti dulu dalam bayaran bulanan tu berapa principal berapa interest
Amount principal di bawah liabiliti hanya interest sahaja di bahagian belanja
Dt loan payable
Kt bank
Dt interest paid
Kt loan payable
Puncanya tiada info lengkap pinjaman itu tapi setiap bulan ada bayaran dalam Penyata bank.
3) staff claim
Staff claim ada yang rekod pembayaran claim sahaja dalam belanja.. Sepatutnya kena kenalpasti dulu claim tu untuk belanja apa..
Dt staff claim (belanja)
Kt bank
Patutnya rekod untuk pembayaran staff claim
Dt staff claim (other payable)
Kt bank
Dan Check dulu staff claim untuk apa
Contoh claim 200
100 beli stationery
100 petrol
Jadi rekod
Dt printing stationery 100
Dt petrol 100
Kt staff claim (other payable) 100
Puncanya sebab takde info claim untuk apa sebab tak simpan resit. Kesannya dalam pengiraan cukai staff claim tu jadi belanja tak dibenarkan.
4) tidak rekod susut nilai aset
Susut nilai aset perlu rekod. % susut nilai aset bergantung pada polisi syarikat.
Cara rekod
Dt susut nilai (belanja)
Kt susut nilai terkumpul ( aset)
5) prepayment
Prepayment ini merupakan bayaran dahulu... Sepatutnya prepayment di bahagian aset tapi ramai yang terus letak di bahagian belanja
Contoh
Pada 1/6/2021 Syarikat telah membayar sewa pejabat sebanyak RM 12,000 untuk sewa setahun bermula 1/6/2021 - 31/5/2022
Perakaunan tutup 31/12/2021
Kesalahan rekod masa tahun 2021
Dt belanja sewa 12,000
Kt bank 12,000
Sepatutnya direkod masa tahun 2021
Dt prepayment (aset) 6,000
Dt belanja sewa 6,000
Kt bank 12,000
Dan ada juga bila dah rekod prepayment untuk tahun selepas tu lupa nak set off.. Jadinya terbawa lah prepayment tu setiap tahun
Jadi untuk tahun 2022 patutnya rekod
Dt belanja sewa 6,000
Kt prepayment (aset) 6,000
Kesan salah rekod prepayment.. Untuk tahun 2021 belanja jadi tinggi untung rendah. Pengiraan cukai tidak tepat jika ambil kira untung tersebut.
Untuk tahun 2022 p**a berlaku sebaliknya untung jadi tinggi dan mungkin kita bayar cukai tinggi dari sepatutnya.
6) Deposit
Apabila kita membayar deposit penyewaan, kita akan merekod dalam. Kunci kira-kira bahagian aset semasa...
Dt deposit ( current asset)
Kt bank
Setelah. Tamat tempoh penyewaan deposit itu mungkin dip**angkan atau di set off dengan sewa terakhir tetapi tidak dikeluarkan dari aset semasa.. Hasilnya dalam aset semasa berlaku lambakan deposit lama-lama yang tidak dapat dikenalpasti...
Sebarang pertanyaan akaun dan cukai boleh hubungi kami k..
Madiha & co
0179465987