26/03/2025
3 TEMPAT TUNTUTAN HARTA PUSAKA
Jom ambil tahu 3 jenis tempat tuntutan ni dan kos yang terlibat bersama sama dengannya.Perlu kita ambil tahu sebab kita taknak tinggalkan waris kita dalam keadaan terkapai kapai melalui proses tuntutan harta pusaka yang rumit dan panjang.
1.Amanah Raya Berhad
▪️Nilai harta kurang RM 600K
▪️Harta hanya jenis boleh alih sahaja (cash/simpanan/kenderaan)
▪️Hanya pemohon perlu hadir untuk tuntutan, isi borang dan sediakan dokumen yang diperlukan
▪️Kos pengurusan sekitar 1-5% dari jumlah harta mengikut pecahan
2.Pusaka Kecil/ Pejabat Tanah
▪️Nilai Harta kurang RM 2 Juta
▪️Harta terdiri daripada harta tak alih (rumah/tanah) dan harta alih (cash)
▪️Waris semua perlu hadir ke perbicaraan
▪️Waris berjaya capai kata sepakat
▪️Kos pengurusan sekitar 0.2% dari jumlah harta tidak termasuk kos2 documentation lain.
3.Mahkamah Tinggi
▪️Nilai Harta lebih RM 2 Juta
▪️Waris perlu bayar cash upfront 5% daripada total harta kepada mahkamah
▪️Jika waris tiada 5%, perlu bawa 2 orang penjamin yang ada nilai harta sama dengan arwah dan cagarkan 5% amount tersebut kepada mahkamah.
▪️Perlu wakil peguam atau syarikat amanah harta pusaka
▪️Waris semua perlu hadir ke perbicaraan
▪️Waris berjaya capai kata sepakat
▪️Kos pengurusan sekitar 5-10% dari nilai harta. Jika harta arwah bernilai RM 3 juta, sekitar RM 150K - RM 100K diperlukan untuk selesaikan tuntutan
Oh ya.. kalau belum tahu,ada tempat kita boleh dapat free kos pengurusan harta ni..
Rancanglah harta dengan bijak, kerana setiap sen dari harta kita akan ditanya dari mana datangnya,kemana pergi nya, dan apa manfaatnya.