22/07/2025
“Kisah Amir: Penat Bayar Cukai, Tapi Tak Tahu Boleh Jimat”
Amir seorang usahawan kecil. Dia jual pakaian Muslimah secara online sejak tahun 2020. Perniagaan makin berkembang, order makin banyak, dan Alhamdulillah pendapatan juga makin meningkat.
Tapi ada satu masalah…
Setiap tahun bila tiba musim cukai, Amir mula rasa resah.
“Kenapa aku bayar banyak sangat cukai ni? Aku rasa aku dah rugi hampir RM10,000 tahun lepas…” — keluh Amir pada dirinya.
Dia tak pernah simpan rekod perbelanjaan dengan teratur. Semua resit perbelanjaan syarikat campur dengan resit peribadi. Dia pun tak tahu yang ada perbelanjaan boleh ditolak cukai (tax-deductible expenses) — contohnya macam:
• Sewa pejabat
• Belanja pemasaran
• Bayaran akaun & audit
• Elaun kenderaan
• Kursus bisnes
• Sumbangan kepada NGO berdaftar
Amir ingat, bila bisnes untung, dia kena bayar cukai atas semua jumlah tu. Tapi hakikatnya, cukai hanya dikenakan atas pendapatan yang telah ditolak kos-kos perniagaan yang dibenarkan.
Nasib baik, satu hari Amir terjumpa EMES Accountants & Consultants di TikTok. Dalam video tu, seorang akauntan terangkan secara ringkas cara-cara untuk kurangkan cukai secara halal dan sah di sisi undang-undang.
Amir terus DM.
Kami bantu Amir:
✅ Susun semula akaun bisnes dia
✅ Rekod semua transaksi dengan sistem
✅ Kira semula cukai yang betul
✅ Rancang strategi cukai tahun depan
Hasilnya?
Tahun ini, cukai Amir berjaya dikurangkan lebih 40% — dan semua secara legal & patuh LHDN.