31/05/2026
AIMAN, JOE DAN KERETA BARU
Di pagi hari yang indah, 2 orang sahabat sedang sarapan bersama. Joe datang dengan kereta barunya dan Aiman datang dengan kereta lamanya.
Joe : "Bro, gaji kau kan lebih kurang je dengan aku, RM3,000 lebih. Tukar lah kereta cantik sikit bro"
Aiman : "Takpe lah, aku tak mampu lah nak bayar kereta mahal-mahal. Ni pun gaji Alhamdulillah cukup-cukup je. Komitmen aku pon dah tinggi ni"
Joe : "Laaa apa kau merepek ni Man, gaji kau dengan gaji aku lebih kurang, macam mana p**ak kau cakap tak mampu bayar. Kereta kau pakai tu berapa je kau bayar sebulan kalau nak banding dengan aku. Jadi apanya yang komitmen tinggi tu Man?".
Aiman : "Ya Joe, memang komitmen aku dah tinggi jadi aku tak mampu lah nak pakai kereta macam kau, komitmen bulanan aku dah RM1,000 lebih jugak Joe."
Joe : "Kau ni agak-agak lah Man, kereta aku ni ya lah, dah RM1,300 sebulan. Kereta kau bulanan berapa je bro, apa yang sampai komitmen kau jadi RM1,000 lebih?"
Aiman : "Ye betul tu, kereta aku tak mahal Joe, kereta second, sebulan RM400 je aku bayar. Tapi aku kan ada beli rumah, bayar sebulan RM800, rumah murah je, ok lah."
" Kau rumah kau duduk sekarang berapa kau bayar bulan-bulan tu? "
Joe : "Rumah parents aku tu. Aku masih duduk dengan parent aku. Aku tak beli rumah lagi. Aku tak tau lah mampu ke tak nak beli rumah ni dengan keadaan ekonomi sekarang ni ."
" Eh bulanan kereta dengan rumah kau baru RM1200 kan? Haaa boleh je lagi kau nak tukar kereta nice sikit."
Aiman : " Tak kot bro, aku ok je dengan kereta sekarang ni. Aku ada jugak buat pelan hibah dengan medical card, sebulan dalam RM200 jugaklah."
" Haaa lagi satu, aku ada jugak buat saving ASBF, sebulan dalam RM200 macam tu. Ok lah dividen tiap tahun tu dapat lah aku buat emergency fund. Kadang-kadang aku guna dividen tu pergi holiday"
Joe : " Hebat lah kau. Aku nak buat medical card dengan simpan ASB memang tak cukup lagi. Ekonomi sekarang ni lain macam."
Aiman : "Takpelah Joe, rezeki masing-masing. InsyaAllah kau pon boleh."
" Eh maaf aku tak boleh lama, aku ada urusan, macam nak kena gerak dah"
Joe : " Yeke, baru nak ajak kau pergi survey iPhone 17. Kalau tak free takpe lah. Ni nanti kau bayar kan dulu makanan aku boleh? Nanti gaji aku bayar"
Aiman : "Ok boleh je, Aku faham ekonomi sekarang macam mana."
***Jadi lah seperti Aiman kawan-kawan,
ππ‘π΅π°
Jika anda berminat untuk buat simpanan melalui ASBF, boleh wasap no di bawah.
Kita ada promo rate bermula 4.3% sahaja.
ππ» www.wasap.my/+60107666074
Jom join telegram info kewangan
ππ» t.me/bijakkewanganbyfaizal
Google