22/03/2024
Pemilikan tanah merupakan aspek penting yang perlu anda ketahui dan fahami sebelum membuat keputusan untuk memiliki aset hartanah. Dalam perkongsian kali ini terdapat 3 jenis pemilikan hartanah yang paling utama di Malaysia.
𝟭- 𝗛𝗮𝗸 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗶𝗻𝗱𝘂𝗸
Hak milik induk merujuk kepada dokumen pemilikan yang didaftarkan di bawah nama pemilik projek atau pemaju. Dokumen ini dikeluarkan pada peringkat pembinaan dan pembangunan hartanah.
Ia adalah hak pemilikan untuk pemilik projek atau pemaju untuk menjual atau mengurus hartanah yang dilindungi di bawah hak milik induk. Sebaik sahaja pemaju telah diberi kebenaran untuk membangunkan sebidang tanah, hak milik induk akan diberikan kepada mereka dari pejabat tanah tempatan. Ia dimiliki secara teknikal oleh pemaju atau pemilik projek sehingga hak milik strata atau hak milik individu dikeluarkan.
𝟮- 𝗛𝗮𝗸 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗶𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂
Hak milik individu merujuk kepada dokumen pemilikan yang dikeluarkan apabila anda adalah pemilik tunggal bagi seluruh keluasan tanah. Ini biasanya dikhaskan untuk jenis hartanah seperti rumah separuh-D (semi-D), rumah teres dan banglo.
Secara keseluruhannya, ia menyatakan keluasan tanah, syarat yang berkaitan dengan pemilikan dan nama pemilik yang terkini.
Sebaik sahaja pemaju telah menyiapkan pembinaan seluruh pembangunan, hak milik individu boleh dimohon dan dikeluarkan untuk mendaftarkan pemilikan lot tanah yang berasingan dan harta yang berkaitan di atasnya.
𝟯- 𝗛𝗮𝗸 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝘀𝘁𝗿𝗮𝘁𝗮
Secara definisi, hak milik strata ditakrifkan sebagai pembangunan atau skim yang mana bangunan atau tanah yang dibahagikan ke dalam lot atau petak yang berlainan.
Kediaman bertingkat tinggi seperti flat, pangsapuri, kondominium dan rumah bandar (Townhouse) adalah contoh milikan strata. Walaubagaimanapun, komuniti di kawasan kediaman Gated and Guarded (G&G) juga boleh dimasukkan ke dalam kategori ini.
Ini serba sedikit perkongsian secara ringkas berkatian pimilikan hartanah di Malaysia. Semoga anda peroleh manfaat dari perkongsian ini.
Di 𝗝𝗲𝗻𝘀𝗼𝗻 𝗔𝗴𝗲𝗻𝗰𝘆 kami menawarkan program refinance rumah, untuk pemilikan rumah yang telah berusia lebih 8 tahun ke atas bagi membantu anda menurunkan komitmen bulanan anda sehingga 70%.