05/02/2022
π Alhamdulillah π
Dunia jual beli ialah apa yang kita lalui setiap hari. Samada kita menjadi orang yang menjual ataupun orang yang membeli, kedua duanya mendapat manfaat.
Dunia jual beli ialah medan kita memudahkan urusan orang lain. Maka amalkanlah sikap bermurah hati, baik kita sebagai penjual mahupun pembeli.
Murah hati (PENJUAL)
Sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk pelanggan dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata. Anggap pelanggan sebagai keluarga sendiri.
Murah hati (PEMBELI)
Tidak begitu berkira dengan penjual dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Bukan hanya fikir untuk manfaat diri sendiri sahaja.
Hakikatnya, baik kita penjual atau pembeli. Kita semua mahukan kejayaan, dan kejayaan itu satu perjalanan bukan destinasi.
Bermurah hatilah sesama kita. Jadilah orang yang s**a BERNIAGA.
Walaupun bukan semua orang s**a berniaga. S**a berjual beli namun umum tahu bahawa orang yang berniaga ini banyak sangat kelebihannya walaupun hanya sebagai peniaga sambilan.
1. Belajar bersabar
Dunia perniagaan memang medan ujian kesabaran yang tinggi, terutama dengan kerenah para pelanggan. Setiap pelanggan yang kita jumpa mempunyai kisah dan emosi mereka yang tersendiri. Di sini kita akan belajar bagaimana berhadapan dengan kerenah yang macam-macam ini.
2. Belajar asah otak
Kita akan menggesa otak untuk terus berfikir bagaimana dan bagaimana. Bagaimana ya? Nak dapatkan pelanggan. Bagaimana ya? Nak buat iklan. Bagaimana ya? Nak jadi berjaya dalam industri ini. Ianya ialah tekanan yang baik mampu untuk buat kita jadi lebih kreatif dan berjaya. Sebab itu orang yang berniaga ini otak mereka memang pandai cipta peluang.
3. Belajar sentuh emosi
Tidak kisah kita jual apa sekalipun, pembeli kita ialah manusia. Manusia ini p**a makhluk yang ada emosi. Membeli juga kerana emosi mereka. Kita akan menjadi peniaga berjaya jika kita berjaya sentuh emosi pelanggan. Bukan senang untuk sentuh emosi. Hanya peniaga yang pandai sentuh hati manusia, akan membuatkan ramai manusia mendapatkan barang yang dijualnya.
4. Belajar terus hidup
Peniaga ialah orang yang mencari rezeki dari apa yang dijualnya. Jika banyak yang dijual, maka banyaklah duitnya. Namun hal yang sebaliknya pun benar, iaitu jika kurang jualannya maka kuranglah duitnya. Orang putih cakap 'survival'. Untunglah orang yang berniaga kerana mereka akan jadi manusia yang mempunyai dorangan yang tinggi untuk terus berusaha. Kerana di sini penentu kelangsungan hari yang mendatang.
Cc: NajmiNawawi
Mencari Career Growth yg Laju, mahupun dari Income & Kenaikkan Pangkat?
Boleh join team kami. Kami bukan scammer. Kalau buat, mesti dapat π